Kereta BMW milik Tengku Nabil berhenti di hadapan apartment Aetas Damansara. Azmir memandang Tengku dari cermin pandang belakang. Tengku Nabil dan Elisya berada di seat belakang. Dilihat kepala Elisya elok terlentok di bahu milik Tengku. Ini kalau Nana nampak... Habislah kau Nabil.
"Elisya... Elisya... Bangun" Tengku menggerakkan bahunya perlahan-lahan. Melihat Elisya tiada respon. Dia menepuk bahu Elisya dengan agak kuat.
"Nooooooo taknak!!" jerit Elisya lalu tersedar. Tercungap-cungap dirinya cuba mengambil nafas kembali. Dia memandang Tengku di sebelahnya,lantas badan Tengku di rangkul.
"I'm so scared... I'm scared Nabil..." tangis Elisya di dada miliknya. Tengku pula tergamam tak tahu nak buat apa. Dia memandang Azmir di hadapan, meminta tolong. Malangnya, Azmir buat-buat tak nampak!
"Heyyy you're safe now... Look." perlahan Tengku menolak badan Elisya. Dia menatap wajahnya yang penuh dengan air mata. Setelah hampir 5 minit menenangkan Elisya, Tengku Nabil dan Elisya menaiki lif untuk ke tingkat 12. Disebabkan Elisya merayu-rayu meminta Tengku menemankannya, terpaksalah dia naik sekali. Pintu rumah dibuka oleh Elisya, tetapi Tengku yang melangkah masuk terlebih dahulu. Memastikan selamat. Setelah itu barulah dia membenarkan Elisya masuk. Lampu di setiap ruang tamu di buka. Kini apartment Elisya, meriah dengan lampu. Tengku hanya menunggu di muka pintu. Dia pun tak tahu nak masuk ke tak. Biarlah dia tunggu kat sini sampai Elisya benarkan dia pulang. Nak pulang sendiri kang, macam rude pula. Dia memasukkan kedua tangannya ke poket seluar. Dipandang Elisya menuju ke bilik tidurnya untuk menukar baju. Dia memandang sekeliling. Interior design milik Elisya sedikit sebanyak bertukar style. Setahunya, semasa dirinya dan Elisya masih bersama, Elisya dahulu lebih gemar dengan nature style. Namun di hadapannya kini, lebih kepada modern style.
"Meowww..." kedengaran suara kucing di kakinya. Tengku menoleh ke bawah. Kelihatan seekor kucing parsi berwarna kelabu menyendeng kepadanya. Dia menundukkan diri dan menggendong kucing tersebut. Diusap perlahan bulunya. Lembut... Kucing itu pula terpejam mata, seronok mungkin dibelai. Pintu bilik Elisya kedengaran dibuka. Kelihatan sosok Elisya yang hanya berbaju tali halus satin dan berseluar pendek berjalan menuju ke arahnya. Tengku jadi tidak keruan. Dia segera menundukkan pandangan nya.
"Eh meh sini Fluffy.." kata Elisya lalu mengambil kucingnya daripada Tengku.
"Sorry Fluffy memang suka orang belai dia. Jom lah duduk dulu. I buatkan air.." sambung Elisya lagi lalu menuju ke arah sofa. Diletakkan Fluffy di atas sofa miliknya. Dia menoleh. Kelihatan Tengku masih tidak berganjak.
"Come..." pelawanya sekali lagi. Kelihatan Tengku perlahan-lahan melangkah ke arahnya.
"Aku tak boleh lama... Azmir ada kat bawah tengah tunggu tu. Kalau kau takut, call lah kawan-kawan kau yang lain." kata Tengku lagi. Tidak manis jika dilihat orang luar waktu sebegini. Nasib baiklah, apartment milik Elisya ini jenis yang private. Tangan milik Tengku di rangkul erat oleh Elisya. Matanya terus memandang Elisya di hadapan nya.
" Tak boleh ke you teman I kat sini? I takut lah. Dengan kes tadi lagi. I mana ada kawan.. You je yang I kenal dekat sini. Please?" pujuk Elisya lagi. Tengku terus menarik tangannya. Main sentuh-sentuh pula!
"Tak boleh. Kau call lah PA kau ke..." balas Tengku lagi. Tak kuasa dia nak teman anak orang malam-malam macam ni! Buatnya uminya tahu, kenalah dia yassin 40 hari.
"Taknak... I nak you temankan I. Please!" rayunya sekali lagi lalu memeluk badan Tengku. Terkejut dia dibuatnya. Semakin lama semakin liar pula perempuan ni. Setahunya, Elisya yang dahulu tidaklah sebegini perangainya! Sesuka hati memegang orang sana sini.
" Elisya let me go!! Macam ni, aku minta Azmir call kan sesiapa boleh temankan kau malam ni! Let me be clear, I cannot accompany you! Aku lelaki! It's not inappropriate for us. Apa kata orang kalau diaorang nampak kita berdua macam ni? Dengan kau pakaian macam ni lagi. " jelas Tengku lagi. Biarlah dia berterus terang. Apa Elisya nak kata, kata jelah! Kelihatan Elisya mendiamkan diri.
" Takpelah macam tu... You balik lah. Thanks sebab tolong I tadi. " balas Elisya perlahan. Dia melabuhkan duduknya di atas sofa. Pandangannya diturunkan ke lantai. Mengharap rajuknya mungkin sedikit sebanyak boleh mencairkan Tengku. Kluk! Pappp!! Kedengaran pintu dibuka dan ditutup. Elisya segera mengangkat kepalanya. Kelihatan figura Tengku telah hilang dari pandangnnya. Tak guna! Dia betul-betul pergi! Berkali dia menghentakkan kaki tanda marah.
***Pintu kereta dibuka dan dia melangkah masuk. Dipandang Azmir di seat hadapan yang sedap melayan telefon bimbit.
"Eh ingatkan tak ingat aku dah kat bawah ni" perli Azmir perlahan. Dia memandang wajah Tengku di cermin. Tengku Nabil membuat muka geram.
"Banyaklah kau. Dah jom balik! Nanti kau call lah sesiapa minta temankan Elisya kat atas tu." ujar Tengku sambil mengibas bajunya yang terlekat bulu Fluffy tadi.
"Uhuk uhukkk... Haachommmmm!," bersin Azmir di hadapan. Segera cermin tingkap di turunkan. Azmir menutup hidung dan mulutnya lalu pandang ke belakang.
"Bulu kucing ke?" soalnya dengan kerutan di dahi.
"Ha'ah pehal? Tadi aku peluk kucing Elisya. Bulu melekat pula." terus Tengku menepuk bajunya lagi.
"Otak kau! Aku alergi bulu kucing lah!!" terus Azmir turun dari kereta. Terdengar dia bersin di luar. Tengku menurunkan cermin belakang.
"Ehhh yeke? Manalah aku tahu!" ujar Tengku lagi. Kesian pula melihat Azmir terbersin di luar. Merah dah hidung dan mukanya.
"Tapi.. Hachom!! Kau kata... Hachom!! Apa tadi.. Haachommmmm!!" tanya Azmir lagi sambil bersin. Tengku menaikkan keningnya.
"Kucing Esliya?" soal Azmir lagi. Tengku hanya mengangguk.
"Apehal kau ada certain cats ke yang alergi?" soal Tengku kembali. Manalah tahu kot-kot ada jenis kucing yang dia alergi! Memilih orang kata.
"Setahu aku... Elisya kan alah pada kucing? Takkanlah dia bela kucing? Kau tak ingat ke sebelum ni masa anniversary korang, kau nak belikan dia British short hair, tapi dia tolak sbb dia alergi." terang Azmir lagi. Dia menggosok hidungnya yang telah berair. Tengku jeda seketika. Dia cuba mengimbas kembali memori lamanya. Zapppp!! Ha'ah. Setelah kata-kata Azmir di hadam, baru dia teringat. Elisya alergi kucing... Takkan lah someone boleh hilang penyakitnya macam tu sahaja? Dia memandang bangunan apartment di sebelah kirinya. So that's mean.....
That's mean what??
Share this novel