Bab 8

Fanfiction Series 42303

Kereta diberhentikan. Kelihatan beberapa reporter dan polis sedang melakukan penyiasatan. Tengku membetulkan dirinya terlebih dahulu. Azmir di seat pemandu dipandang.
"Kau kata polis je? Ni apehal reporter berlambak kat sini?" Azmir terkedu. Dia pun tak tahu. Saat dapat panggilan. Memang hanya polis sahaja diinformkannya.
"Aku pun tak tahu bro. Aku tahu polis je. Maybe diaorang nampak polis ramai-ramai kot. Tu yang datang. Lagipun projek kau ni, memang ramai yang tahu." terangnya. Mereka pun turun daripada kereta. Reporter yang perasan akan kehadiran mereka terus menyerbu Tengku Nabil.
" Tengku betul ke yang projek Tengku ini tidak selamat untuk diteruskan? "
" Tengku adakah ini projek yang tidak diiktiraf? "
" Tengku tidak menetapkan safety yang betul sebelum melakukan projek?"
"Apa yang terjadi pada mangsa? Adakah telah dihantar ke hospital? Bagaimana dengan keadaannya" bertubi tubi soalan dikeluarkan. Tengku Nabil menahan marah. Dia geram. Orang tengah serabut macam ni dia sibuk tanya itu ini. Azmir terus menghalang reporter. Dia membimbing Tengku Nabil untuk berjumpa ketua polis yang bertugas.
"Assalamualaikum tuan. Ini bos saya, Tengku Nabil." tegur Azmir kepada salah seorang ketua polis disitu.
"Waalaikumsalam, ouh yea Tengku. How's you doing?" tegur Inpektor Rahimi kepada anak rakan rapatnya ini. Tengku membalas dengan senyuman.
"Okay jelah. Macam ni jelah tuan. So macam mana tuan boleh sampai ke sini. Saya betul-betul minta maaf atas kejadian ini. Saya harap pihak tuan buat siasatan selanjutnya. Saya yakin safety di sini memang dijamin, sebelum ni tak pernah jadi macam ni." terang Tengku Nabil. Soal keselamatan memang dia ambil berat. Setiap pekerjanya dilayan sama rata sama ada warganegara ataupun tidak. Namun, kejadian yang tidak diduga ini tidak boleh diterima akalnya. Inpektor Rahimi memandangnya dengan serius. Rakan adalah rakam, namun dalam tugasnya. Perlu tegas. Dia menjaga nama baik polis di Malaysia.
"Saya faham Tengku. Saya dan rakan sedang melakukan penyiasatan. Jangan risau. Nanti ada apa-apa saya inform pada Tengku." balasnya. Tengku Nabil mengambil nafas untuk bertenang. Azmir disebelah menepuk-nepuk belakang kawannya. Sabar Nabil, ini dugaan untuk kau! Tuhan tahu kau mampu tempuhi.
" Tuan, kami jumpa ini" mereka semua berpusing menghadap salah seorang anggota polis disitu, kelihatan di tangannya terdapat sampel botol air Coke. Mereka memandang satu sama lain? Coke? Apa kena mengenanya?
"Dalam botol ini, kami mendapati terdapat alcohol. Dan kami temui beberapa paket dadah di tingkat atas." terkejut Tengku Nabil mendengarnya. Alcohol? Dadah? Setahunya setiap pekerjanya akan ditapis dahulu sebelum diterima masuk. Macam mana mereka boleh terlepas ni. Ya Allah, kepalanya bertambah sakit. Ditambah dengan reporter yang sibuk mencari topik hangat darinya.
"Bawa sampel ke makmal." arahan dari Inspektor Rahimi.
"Maaf Tengku, kami kena bawa Tengku ke balai. Kita kena dapatkan penerangan lanjut. Harap Tengku dapat beri kerjasama" terang Inspektor Rahimi. Prosedur perlu dijalankan mengikut aturan yang ditetapkan.
"Weyh, macam mana dengan pekerja kita? Aku nak jumpa diaorang" kata Tengku kepada Azmir di sebelahnya. Azmir memikirkan cara.
"Macam ni, Tuan. Tuan boleh bawa saya untuk penerangan. Saya pun tahu dan ada maklumat setiap pekerja kami di sini. Saya salah seorang yang bertanggungjawab dalam projek ini. Jika tiada masalah, saya boleh menggantikan Tengku untuk ke balai" terang Azmir kepada Inspektor Rahimi. Biarlah dia yang pergi ke balai. Kesian pula melihat rakannya. Lagipun projek ini, mereka bersama-sama usahakan. Sedikit sebanyak dia tahu informasi tentang projek ini. Inpektor Rahimi menganggukkan kepalanya.
"Kau pergilah hospital. Diaorang ada kat emergency lagi tu. Sampai sana nanti, kau jumpa lah dengan Zain. Dia ada teman sana". Tengku senyum hambar "Thank you bro. Pape roger aku tau".
Mereka pun gerak menuju destinasi masing-masing.
________
[di hospital]
"Aisyah, more gauze please. Normal saline. Katherine, do dressing for these two man. Alif, take vital sign all of them." jerit Nana memberikan arahan kepada staffnya. Pagi tadi dikejutkan dengan kes accident, petang ni pulak ada kes dekat site.
"Dr, all of them vital is okay. This man, mengadu sakit dada." balas Alif kepada Nana yang sedang membersihkan luka di kepala salah seorang pesakit. "Take him to xray and give the result to me. Luka dia dh dressing?" soalnya. Alif menganggukkan kepalanya.
"Bandage" Nana menghulurkan tangannya meminta bandage pada Aisyah. Lalu di hulurkan segulung bandage. Kepala pesakit itu dibalut. Setelah selesai, dia membuka glove dan membuangnya ke dalam clinical bin.
"Where's their guardian?" soal Nana sambil memandang card patients di tangannya.
"Ada kat luar tu" balas Aisyah sambil menunjukkan ke arah luar pintu emergency. Nana melangkah menuju ke arah seorang pemuda di luar.
"Encik guardian kepada pesakit di dalam ke?". Pemuda itu menganggukkan kepalanya.
"Nak kata guardian takde lah sangat. Saya cuma temankan datang sini." balasnya.
"Okay so Encik...." sambung Nana lagi. Lepas tu mana guardiannya?
"Zain. Nama saya Zain"
Nana menyambung ; "Okay so Encik Zain. Mana guardiannya?" soal Nana sambil bercekak pinggang. Masa macam ni guardian tu penting. Dah lah tiga orang dalam tu cedera teruk juga. Boleh guardiannya hilang. Zain terkedu. Dia tak tahu nak kata apa. Kata Azmir, bossnya sedang otw datang. Dahlah Dr ni seram lain macam.
"I'm here" jawab seseorang yang baru sampai. Mereka berdua memandang. Kelihatan Tengku Nabil berpeluh-peluh. Berlari mungkin? Tengku Nabil terkejut apabila melihat Nana di hadapannya kini. Namun dikawal ekspresinya agar tidak diketahui.
"Okay so you're their guardian? Okay first, one of the patient saya hantar untuk xray. Other's two still kat dalam. Saya dh buat dressing and prosedur yang patut. Cuma saya nak tanya, kenapa kandungan alcohol tinggi dalam badan mereka? Dan macam mana boleh ada kandungan dadah dalam darah mereka juga? You know these can't be used in industry. Illegal tahu tak? "marahnya bertubi. Tahulah mereka tu bukan warganegara. Namun, itu bukan tiket untuk dia sesuka hati melakukannya sembarangan. Dia orang pun manusia juga! Geram je melihat pemuda di hadapannya ini.
"Look Dr Nana. First of all, Im sorry for this accident. Second, you cannot accuse me like this. Saya pun tak sangka benda ni akan terjadi." terang Tengku Nabil. Dia tahu dia ada juga salah dalam hal ni. Namun, dia perlu juga mempertahankan dirinya jika itu bukan salahnya. Tengku menyambung ;" Can I meet them right now? ". Nana menjeling Tengku atas bawah.
" Yea you can. Masuklah". Mereka berdua pun masuk ke dalam emergency room. Kelihatan dua orang pekerjanya sedang terbaring. Dia berdiri di antara mereka. Ya Allah kenapa boleh jadi macam ni. Kelihatan seorang pekerjanya membuka mata.
"Are you okay? I'm so sorry for what had happened" tanya Tengku kepada pekerjanya itu. Pekerjanya hanya tersenyum sambil mengangguk lemah.
"How could this happened?" soalnya. Dia ingin mengetahui bagaimana situasi ini boleh terjadi. Selaku penjaga mereka, dia wajib bertanggungjawab atas apapun yang berlaku. Dia pelik, masalahnya yang kena ni semua pekerja lamanya. Sebelum ni takde pulak jadi macam ni. Tambah lagi, pekerjanya tidak mengambil dadah atau alkohol seperti yang dikatakan.
"I... I tak.. Tahu. D.. Da.. Dalam pukul 10 tad.. Tadi. Ada yang hantarkan makanan pada kami. Dia.. Kata dari.. Boss. Bila kami makan, tiba-tiba kepala.. Dunia pusing. Se.. Sedar. Sedar di hospi.. Tal" terangnya secara perlahan. Tengku Nabil mendengarnya secara teliti. Hantar makanan? Bila masa dia suruh? Tak boleh jadi ni. Nana hanya memerhatikan mereka berdua. Dia menyilangkan tangannya. Walaupun tadi dia berpendapat bahawa Tengku Nabil adalah seorang pemuda yang tidak bertanggungjawab, namun kini dia pasti, Tengku adalah seorang pemuda yang baik. Air muka dan pandangan Tengku pada pekerjanya ibarat pandangan kepada keluarganya. Dia rasa serba salah pula memarahi Tengku tadi. Tengku Nabil terasa diperhatikan lalu memandang Nana. Nana yang tertangkap terus memalingkan pandangannya. Tengku Nabil tersenyum. Dia melangkah menuju ke arah Nana.
"Panas ke kat sini Dr.?" soalnya. Nana memandangnya pelik. Kenapa pula?
"Takdelah, merah sangat tu muka." tambahnya lagi disertai dengan gelak. Nana memegang kedua pipinya. Dia menjeling Tengku Nabil.
"Btw saya nak tanya. Boleh tak kalau saya nak warded kan pekerja saya sampai diaorang betul-betul sihat?". Nana meletakkan kedua tangannya di dalam poket kot putihnya.
"Boleh tu boleh je. Lagipun kalau ikutkan situation sekarang, lebih baik warded. Nanti saya uruskan ward diaorang" balas Nana dengan profesional. Tengku Nabil menghembuskan nafas lega. Dia memandang kembali pekerjanya. Rasa serba salah menyelubungi dirinya.
"Tak payah rasa serba salah sangat. Bukan salah awak pun. Benda nak jadi. Baik awak fikirkan cara nak settle masalah ni." Nana menyambung. Tengku terkejut dengan perilaku Nana. Biar betul dia kata macam tu? Jauh sangat perangai dia dari yang dia nampak sebelum ni. Nana berdehem. Dia pun tak tahu macam mana terkeluar ayat tu.
" Dr. result xray dah keluar" kata Aisyah saat melangkah masuk ke dalam ruangan emergency. Terkejut dia melihat keduanya. Aik ada pape ke yang aku terlepas? Mata memandang Nana. Nana yang perasan terus menolak keluar Aisyah. Mulalah dengan fikiran dia entah pape tu. Baik dia bawa lari dulu, kang merepek minah ni depan Tengku. Aisyah yang ditolak terus bertanya "Hah kau buat apa dengan Tengku Nabil tadi?" usiknya. Nana mencubit pinggang Aisyah.
"Kau ni kan kalau takde kerja lain ke? Mengumpat je tahu!" sambung Nana sambil melangkah menuju ke bilik xray. Aisyah mengejarnya dari belakang.
"Alah kau ni. Sekali sekala. Apa Tengku tanya weyh?" tambahnya lagi. Tak puas hati dengan jawapan Nana. Mengelat lah tu!
"Kau ni kan. Dari kau duk sibuk benda ni. Baik tolong aku uruskan ward patients tadi tu. Guardian dia nak warded kan. Tapi kan, macam mana kau kenal laki tu? " jawab Nana untuk memotong topik Aisyah tadi. Aisyah menyilangkan tangannya. Dia tak tahu siapa Aisyah ni? Pergh selebew!
" Siapa je tak kenal Tengku Nabil? Dia tu arkitek and business man yang berjaya tau. Terkenal dia. Eh makcik tukang kat bawah tu pun kenal dia. Siapa yang tak kenal dia tu. Kalah lembu lah" terang Aisyah. Nana berhenti. Amboi! Perli aku ke tu? Dia memandang tajam Aisyah. Aisyah memusing kan badannya. Ops! Terlepas Hehehe.
"Ouh kau nak kata aku lagi teruk dari lembu lah ni?" perli Nana lalu meluku kepala Aisyah. Tuk!
"Eh bukan bukan! Sorry sorry hahahaha" pujuk Aisyah sambil memeluk Nana. Mereka pun sambung menuju ke arah bilik xray.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience