Telefonnya ditenung lama. Sekali sekala jari-jemarinya mengetuk skrin telefon. Dia hanya mendiamkan diri di atas sofa berwarna hitam itu. Cahaya kamera terkelip-kelip memenuhi ruangan studio yang didudukinya. Namun, tidak pula dia terganggu dengan kehadiran cahaya itu. Dia masih lagi termenung jauh. Kalau ikutkan hati, nak je dia larikan diri dari studio ni. Tapi disebabkan kerja, terpaksa dia beratkan punggung untuk stay! Bahunya di tepuk kuat. Dia menjeling Azmir di sebelahnya. Sebab kau lah, aku terpaksa kat sini!
"Bro, lepas ni shot kau pula" kata Azmir sambil matanya gilat memandang Elisya yang sedang melalukan pelbagai posing. Kejap cekak pinggang. Kejap cekak leher. Dia pun tak faham apa style minah tu buat! Dilihat Tengku masih mendiamkan dirinya. Mulalah tu buat muka! Haish dia ni... Azmir mendekatkan dirinya pada Tengku. Tengku yang perasan menjauhkan diri. Dah kenapa dekat-dekat ni?
"Kau dah kenapa? Aku tumbuk kang." marah Tengku. Dia dah lah mood ke laut. Tangannya menolak muka Azmir untuk jauh darinya.
"Aku nak kiss kau." sakat Azmir sambil memuncungkan bibirnya. Kelihatan Tengku dah gelabah. Akhirnya, Azmir tergelak.
"Otak kau! Aku nak bagitahu something lah! Kau fikir kau hensem sangat ke aku nak kiss kau. Bodo betul" sambung Azmir lagi. Ditolak kepala Tengku.
"Dah nak bagitahu takyah lah dekat sangat. Hekeleh!" balas Tengku sambil membetulkan rambutnya yang telah rosak sebabkan Azmir.
"Okay lah. Merajuk lah! Taknak bagitahu kau! Ingatkan baru nak story pasal Nana. Kau marah aku tadi an? Dah ah kau!" kata Azmir sambil pura-pura merajuk. Dia membelakangi Tengku. Tengku yang mendengarnya membuntangkan matanya. Nana?!
"Nana? Apehal dengan Nana?" soal Tengku sambil menarik badan Azmir.
"Tak nak bagitahu! Pujuk aku dulu" sakat Azmir lagi. Saja nak sakat! Amboi tadi kemain monyok. Bila mention Nana je mulalah senyum sampai ke telinga. Nasib baik tak koyak je pipi tu! Menyampah.
"Kau nak gaji kau kena tolak ke bulan ni?" perli Tengku lagi. Tak kuasa aku nak pujuk kau! Pujuk Nana takpelah juga! Berbunga hati aku. Pujuk kau, berkulat aku! Azmir terdiam. Alamak! Salah jolok sarang ni! Perlahan - lahan badannya dipusingkan ke arah Tengku. Dia mencapai tangannya lalu digenggam erat. Mukanya di dekatkan.
"Janganlah.. Sampai hati kau nak tolak gaji aku..." Tengku melempiaskan tangannya. Nak cakap, cakap jelah! Ni main pegang-pegang pulak! Aku pelekung dia ni kang.
"Jangan pegang-pegang boleh tak? Isyh!!" marah Tengku. Azmir segera melepaskan tangannya. Okay.. Okay tak pegang!
"Hah apehal dengan Nana?" soalnya kembali. Menanti jawapan daripada Azmir. Matanya mengharapkan satu berita.
"Erm camni. 2 minggu yang lepas, aku dapat tahu Nana gi UK. Tp tak tahu untuk apa. Aku adalah suruh budak-budak kita cari dia kat sana, bila sampai sana je. Takde berita. Aku pun tak tahu kenapa? Macam... Lesap haaaa gitu. But aku tanya hospital dia, maybe esok or lusa dia dah masuk kerja. For further information, nanti kalau ada apa-apa update aku inform kau. Don't worry. Yang penting dia selamat je. "terang Azmir. Kelihatan Tengku hanya menganggukkan kepalanya. Lagi 2 hari... Terbayang wajah Nana. Phone di tangan digenggam. Selama 2 minggu ini, sehari pun Nana tidak ada contact dengannya. WhatsApp, Insta, last seen pun 2 minggu lepas. Perbicaraan mereka terganggu apabila salah seorang staff menghampiri mereka berdua.
"Sorry Tengku, it's your turn." kata wanita itu. Takut juga weyh nak dekat dengan Tengku. Dari masa mula-mula Tengku datang, mukanya bengis betul. Takde siapa yang berani dekat dengannya. Kecuali, Azmir sahaja. Macam manalah Azmir tahan dengannya? Kesian mamat ni... Keluh kecil hatinya.
"Bro go" sambung Azmir sambil menepuk belakang badan rakannya itu. Tengku melepaskan keluhan yang besar, rambutnya diruap kebelakang. Kalau bukan disebabkan kerja, aku takkan hadap muka kau lagi! Dia memandang wajah Elisya yang sedang melangkah ke arah kerusi yang disediakan untuknya. Kelihatan beberapa staffnya sedang mengipaskan dan membetulkan makeup nya. Elisya memandang ke arah Tengku, dia mengukir kan senyuman semanis mungkin. Namun, Tengku hanya menjeling dan berlalu pergi. No worries babe, slowly and steady.... Gerak kecil hatinya!
"Okay so Tengku, today you are gonna do 2 shoots. First one, only you. The second one, dengan Miss Elisya. Alright?" terang si photographer. Tengku mengangguk malas.
"Okayyy so first shoot. Readyyy....."
***Setelah hampir 30 minit shoot pertama dijalankan, mereka berehat sebentar untuk menunggu shoot yang kedua. Tengku memejamkan matanya dan bersandar pada sofa. Penatnya! Shoot pun penat!
"Want some water?" tegur Elisya sambil menghulurkan sebotol air mineral ke arahnya. Dia membuka mata kecil. Kemudian menjeling Elisya di hadapannya. Menyampah pula melihat wajah ini makin hari! Dia membatu kan diri. Buat-buat tak pandang Elisya. Akibat tidak ada tindak balas dari Tengku, dia mengambil tempat duduk di sebelahnya. Terkejut dengan tindakan Elisya, Tengku mengesot sedikit. Biar ada jarak antaranya!
"You did well,congrats. Anyway,tak sangka kita jumpa lagi kan?" soal Elisya sambil memandang wajah di sebelahnya ini. Tidak berubah dari dulu! Malah makin menarik pandangannya. Tengku hanya membatu kan diri.
"Well, mungkin jodoh kot? Manalah tahu kan.." sambung Elisya lagi. Tengku yang mendengarnya memandang Elisya dengan meluat. Jodoh?
"In you dreams!" tekan Tengku lalu melangkah pergi. Dia ingin mencari Azmir. Namun langkahnya terhenti akibat tangannya ditarik Elisya dari belakang. Dia memandang Elisya dengan tajam.
"I will make it, OUR dreams babe" balas Elisya lalu melepaskan tangan Tengku. Dia mengenyitkan matanya. Tengku melibaskan tangannya yang disentuh ibarat terdapat najis disitu. Terus dia melangkah pergi.
Sorry sebab tak up semalam. Yesterday terlalu busy dengan kelas online, kerja, and so on. Badan pun tak berapa sihat sikit. Anyway, sebagai reward untuk you alls! Saya up 4 chapter harini! Keep wait tauuuu <3
Share this novel