Tengku menhentakkan fail di atas meja. Bilik meeting itu senyap diam tidak ada yang berani bersuara. Jeritannya bergema satu bilik. Mukanya merah menahan marah. Tangannya digenggam menampakkan urat hijau di tangan. Azmir disebelahnya pun tidak tahu untuk buat apa. Sejak berita Elisya tersebar di serata Malaysia, Tengku berubah menjadi seorang yang pemarah. Dulu, semasa bersama dengan Nana tiada pulak jadi macam ni. Azmir dan pekerja lain tertunduk kukur memandang bawah. Tengku meneliti satu persatu pekerja bawahannya.
"Satu projek pun korang tak boleh nak handle. Ini kepala otak ramai-ramai simpan buat apa?! Takkan lah setiap projek nak aku perhatikan satu-satu. Kalau macam tu buat apa aku recruit korang ni?! Buat bazir duit aku bayar gaji?! HAH? JAWABLAH APESAL DIAM?!" jeritnya lagi. Terketar tangannya menahan geram. Projek ini bukannya ambil masa berbulan, hampir 2 tahun dia usaha. Namun, ditolak proposalnya dengan sewenangnya. Dia meraup rambutnya, segala kekusutan kembali menjelma dalam benaknya. Saham companynya semakin menurun. Macam mana dia nak selamatkan Company papanya ini. Kalaulah abangnya ada di sisinya, mungkin mudah segala urusannya. Azmir cuba bersuara "Boss, erm macam ni. Saya bagi cadangan sahaja. Kita cuba naikkan imej Company kita dulu.". Tengku memandang Azmir dan gelak kecil terkeluar.
"Naikkan imej? Kau tengok lah. Projek yang sebelum ni pun dah jatuhkan imej company aku. Ini tambah lagi satu. Kau nak naikkan imej? Lawak lah!" jeritnya lagi. Dia mencekakkan pinggang.
"Bukan tu maksud saya. I mean camni, okay saham kita dah turun. Kalau kita boleh naikkan imej company balik. Tak mustahil ramai lagi company yang nak collaborate dengan kita. Maybe kita hilang satu projek, but after that. Mungkin 3 ke 4 projek datang pada kita? But we need some influencer lah for this "terangkan dengan tenang. Api jangan dilawan dengan api, mesti dilawan dengan air. Barulah reda. Tengku yang mendengar kembali mengambil tempat duduk, dia memandang Azmir kembali, isyarat supaya diteruskan penjelasannya.
" Saya ada cadangan... Tapi... " Azmir memandang Tengku. Kelihatan Tengku mengangkat sebelah keningnya. Matanya kembali membuntang. Kau jangan cakap....!!
"I think we need Elisya." sambungnya lagi. Hah! Kan dah kata! Tengku kembali bangun. Mukanya menahan merah. Lagi membakar hatinya.
"Look macam ni... -" Azmir turut bangun untuk menenangkan kawannya itu. Namun matanya tertangkap muka-muka rakan sepejabatnya. Aduh kesianlah pula! Biar aku jelah yang settle. Terus dia menyuruh kesemuanya keluar dari bilik. Kini, tinggalkan dirinya dan Tengku. Barulah dia boleh cakap dengan bebas.
"Macam ni bro. Aku tahu kau marah. Kau tak suka dengan perempuan tu. Tapi bagi aku lah, setakat ni nak naikkan imej company dalam masa yang singkat, guna cara ni. Lagipun dia tu model ternama. Kau bayangkan, kalau dia join projek kita ni. Tak meletup dunia media tu. Nanti imej company naik, dapatlah projek lain. "terangnya lagi. Dia memegang bahu Tengku. Kelihatan Tengku masih mendiamkan diri. Azmir menyambung lagi ;"Takpelah bro, kau fikirkan dulu. Aku bagi cadangan je. I mean you should separate your personal life dengan work. Be professional bro. I trust you. Kau nak selamatkan company kan?". Seusai kerjanya, Azmir melangkah keluar dari bilik meeting. Tinggallah Tengku keseorangan termenung memikirkan kata-kata Azmir. Ada betul. Tapi hatinya memberontak katakan Tidak. Mana satu dia mahu ikut? Kehendak? Atau keperluan? Dia melepaskan keluhan yang besar.
______
Azmir sedang menaip sesuatu pada pcnya. Dia sedang menyiapkan proposal kerjasama dengan Elisya. Biarpun Tengku tidak memberi maklum balas, biarlah dia yang gerakkan sendiri. Kerjanya terhenti apabila terdengar ketukan pintu officenya. Kelihatan muka Tengku terpapar. Dia mengangkat kening. Dah kenapa? Tengku melangkah masuk dengan lemah.
"Hah kenapa? Dah fikir?" soal Azmir sambil menyambung kerjanya tadi.
"Go on lah." balas Tengku pendek. Azmir berhenti. Dia memandang wajah Tengku untuk kepastian.
"Go on jelah. Pepandai lah kau pujuk dia. Aku bagi kau tugas ni. Make sure jadi eh. Kalau tak jadi! Kau tukar kerja. Jadi tukang gaji aku!" terus Tengku melangkah keluar.
"Weyh! Bukan memang aku tukang gaji kau ke hah? Anyways thank you bro!" jerit riang Azmir. Yes! Dia berjaya. Cepat-cepat jari jemarinya kembali menari di atas papan keyboard. Siulan di bibir meniti mengikut irama lagu dalam kepalanya.
Share this novel