Jari jemari maskulinnya menari mengetuk meja. Sekali sekala dia terfikir lagi. Siapa lelaki itu? Sampai sanggup nak ambil hantar Nana? Setahunya Nana tidak mempunyai sedara mara rapat lelaki kecuali ayahnya sahaja. Rambutnya diruap ke belakang. Ishhhh serabutnya! Siapa siapa siaaaapaaaa!! Hatinya ingin mengetahui identiti lelaki terbabit. Dilihat Azmir di atas sofa bersama Laptop di tangan. Laju dia menaip. Entah apa yang di taipnya pun tak tahu. Dari tadi menunggu, masih tidak dapat result! Dia menjeling Azmir lagi.
"Dah dapat ke belum?" soalnya dengan nada yang agak tinggi. Giginya diketap tanda geram. Dah hampir 2 jam tunggu. Dilihat Azmir menunjukkan telapak tangannya tanpa melihat wajahnya.
"Gimme 5 minutes more" balas Azmir lantas jarinya kembali berlari laju di atas keyboard. Gayanya macam nak tercabut pad kekunci laptop miliknya itu. Taip macam nak terlerai laptop aku! Tengku dah mula tak sabar. Dia berdiri. Sekejap berjalan ke kanan. Sekejap ke kiri. Berulang kali dia berjalan tanpa arah tuju. Dikerling Azmir sesekali. Masih terdiam sahaja mamat ni. Akhirnya dia berhenti di hadapan Azmir, pinggangnya di cekak.
"Kau ni betul ke ada PhD in science computer?" soalnya lagi. Lama betul nak hack!
"Done!!!" balas Azmir saat jari terakhirnya menyentuh papan kekunci. Terus dia berlari anak menuju ke sebelah Azmir. Dilihat pada skrin tertera profile Brian di hadapannya ini. Berumur 30 tahun. Seorang business man yang berpengaruh kuat di UK dan beberapa buah negara lagi.
"Ada something about him" sambung Azmir sambil menyilangkan tangannya.
"Huh? Maksud kau? " jawan Tengku. Matanya masih tertacap pada skrin laptop. Something? Otaknya tak berapa ligat pula nak menyambung sel sel neuron untuk berfungsi.
"You see... Business man. First apa kena mengena business man yang terkenal buat dekat Malaysia ni? Lagipun depends on his background, he's already got too many of... Kaya gila weyh! Plus, with a Doctor. What business man need to do with a doctor? Second, if dia ni terkenal, why our project on UK, never lead to him? Usually company kita will provide some of company that will be better for us to collaborated. But selama ni, memang tak pernah nampak nama dia pun. " jelas Azmir. Betul jikalau lah dia ini seorang yang berpengaruh, pasti dia mengenalinya. Walaupun dia ternama di Malaysia, namun company dia juga bekerjasama dengan company luar negara. Dia termenung. Apa sebenarnya hubungan diaorg?
***Lamunannya terganggu dek ketukan dipintu masuk. Dia memalingkan diri ke belakang, mengadap pintu. Mahu melihat siapa yang datang. Nana? Mungkin dia boleh bertanyakan soal pemuda bernama Brian itu. Tapi.. Apa kelayakannya? Seorang kawan lelaki? Seorang kawan rapat lelaki? Seorang pesakit? Seorang boyfriend? Jauh sekali seorang suami. Matanya masih berharap figura yang dinantikannnya. Kelihatan seorang wanita yang memakai dress 3 suku tanpa lengan memasuki ruangannya bersama sejambak bunga peony di tangannya. Tengku melirik dari bawah ke atas, tepat pada wajah wanita itu. Sepatutnya, perasaan gembira menerjah wajahnya. Namun, apabila menatap mata itu, sepasang mata itu. Dia menjadi amarah. Lantas dipalingkan ke tepi wajahnya. Risau dirinya tidak terkawal. Dikepalkan tangannya sekuat hati. Azmir terkedu di atas sofa. Tidak sangka wanita ini boleh jejak kaki di sini.
"Hye babe. This is for you. Hope you get well soon.." di hulurkan bunga tadi kepada Tengku di hadapan ya. Tengku hanya mengeraskan dirinya. Azmir melihat, terus mengambil posisi sepatutnya. Dia mendapatkan jambangan bunga bagi pihak Tengku.
"Saya ambil. Thank you.." balas Azmir dengan senyuman yang dipaksa. Dia kena menjaga hati Elisya, kalau tak disebabkannya juga, pasti company Tengku tidak dapat diselamatkan. Dia menyiku Tengku di belakangnya. Memberi isyarat. Tengku hanya mendengus kasar.
" Yang kau ambil kenapa? Ada aku suruh?" soalnya kepada Azmir. Geram dibuatnya apabila melihat Azmir mengambil bunga tersebut. Siap kata bagi pihak aku! Tangannya disilangkan.
"How's your health? Makin okay ke? Sorry I tak dapat datang awal, cause my schedule. I'm too busy. Ini pun I senyap-senyap curi keluar sekejap. I risaukan you. Bila I dapat tahu je berita you masuk hospital, terus I gelabah tau." tanya Elisya. Dia mendekati Tengku. Dicapai lengannya yang dilapisi baju hospital. Namun, pegangannya di tepis kasar. Dia menuju ke arah katilnya. Ditarik selimut menutupi seluruh badannya. Elisya hanya berdiam diri. Mengambil nafas semula dan mendekati sisi katil Tengku. Dia duduk di ruangan kecil atas katilnya.
"Azmir, can you buy me some water? Please." rayu Elisya. Walhal dia nak berduaan dengan Tengku sahaja. Ingin memujuk kembali hati itu.
"Ouh yea yea... Sure.. Coffee? Is it okay for you?" soal Azmir sebelum berlalu pergi. Tengku Nabil, I'm sorry. Goodluck bro! Bisik hati Azmir lalu berlari menuju ke Cafe bawah.
Facts : Peony flower membawa maksud kesihatan yang baik dan kebahagiaan. Peony sangat sesuai diberikan kepada pesakit sebagai tanda supaya mereka kembali ceria dan sihat.
Share this novel