Bab 44

Fanfiction Series 42303

Nana perlahan-lahan memasuki bilik adiknya di tingkat atas. Dia memulas tombol pintu dan melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring tidur. Dilihat adiknya sekejap tersentak sendirian. Mulut terkumat kamit meminta tolong. Sedih rasanya melihat penyakit adiknya kini kembali lagi. Dia perlahan-lahan mendekatinya, taknak bagi adiknya itu terkejut. Digenggam tangan mulus adiknya itu perlahan. Tangan kirinya pula mengelap air mata yang mengalir di pipi gebu adiknya itu.
"Taknak! Lepas aku! Lepas... Kak Nana... Tolong..." ngigau Mawar sambil tersentak badannya. Nana terus memeluknya. Air mata yang ditahan selama ini terburai melihat keadaan adiknya. Setelah kes pagi tadi terjadi, terus Nana menelefon private doktor keluarganya. Walaupun doktornya berada di luar negara, namun untuk adiknya dia sanggup berhabis duit. Niat di hati semoga adiknya kembali pulih seperti remaja biasa. Senyuman dan gelak ketawa Mawar tidak puas dia menghayatinya lagi. Tiba-tiba terjadi kes seperti ini. Ubun-ubun adiknya diusap dan dicium perlahan. Perlahan jari jemarinya turun ke dahi, diusap pula parut yang terserlah di kanan dahi milik adiknya itu.
"Kak Nana minta maaf... Kak Nana tak mampu jaga Mawar sebaik mungkin. I'm sorry sayang..." kata Nana. Dia menjadi serba salah. Dia rasa dirinya lah punca terjadinya semua ini. Kali ni dia nekad, apa pun yang terjadi, cara apa pun yang terjadi. Dia dah tak kisah. Asalkan 'lelaki' itu jatuh di tangannya. Melihat keadaan Mawar kembali diam, dia perlahan bangun dan menuju ke ruang tamu di tingkat bawah. Telefon dikeluarkan. Nombor yang telah lama dia tinggalkan didail.
"Hello Miss Nana... Long time no see." ramah suara di hujung panggilan. Kalau bukan disebabkan Mawar, tidak ingin dia berhubungan dengan simpulan ini. Tapi dia terpaksa guna cara 'kotor'. Walaupun cara ini amatlah bahaya. Dia nekad!
"I've job for you." Nana dah tak kisah. Apa nak jadi, jadilah. Terus dia menjelaskan plannya kepada simpulan di hujung talian. Tanpa dia sedari, Dato Keith mendengar perbualannya. Dia hanya memerhatikan dari jauh. Tak sangka puteri sulungnya akan gunakan cara ini. Namun dia tahu, jika dia menghalang, tetap juga Nana teruskan. Lebih-lebih lagi melibatkan Mawar, adik kesayangannya. Dato Keith terus memasuki biliknya dan nombor Boy didail.
"Boy, we've got problem. I need you to do something for me. Protect Nana at all the cost. Nana did the same thing again.." kata Dato Keith setelah panggilannya dijawab. Buat masa ini, biarlah Boy dahulu yang menguruskannya. Tidak mahu dia melibatkan polis di Malaysia. Tambah-tambah lagi, jikalau terlibat polis di Malaysia, memang Nana naik hantu. Nana lebih gemar menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri tanpa bantuan mana-mana pihak berkuasa. Baginya, caranya lebih mudah dan lebih puas hati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience