Bab 37

Fanfiction Series 42303

Setelah hampir 2 minggu menetap di hospital, kini dia kembali bekerja seperti biasa. Kegirangan para staff bawahannya ketika dia melangkah masuk, menaikkan mood kerjanya. Tak sangka, seorang boss yang garang sepertinya masih lagi staffnya menyayanginya. Tombol pintu biliknya dipegang. Baby~ I'm back!! Jerit kecil hatinya sambil membuka luas pintu office nya. Bau yang dirinduinya. Bau bilik yang dipenuhi kertas, fail, alatan elektronik dan semestinya, instant coffee machine. Semasa berada di hospital, kerap kali dia dilarang oleh Nana supaya mengelakkan caffeine. Katanya tidak bagus untuk orang yang ada insomnia. Terpaksalah hampir 2 minggu itu juga dia minum jujube tea dibuat oleh Nana. Terpaksa ditelan pahitnya air tersebut masuk ke segenap ruangan perutnya. Eleh, pahit coffee takpe pula! Pahit ubat tak nak! Biasalah insan bergelar manusia, bab kesihatan memanglah tak sedap! Kalau bab yang tak sihat, semuanya sedap belaka. Kakinya diatur merapati meja kerjanya. Diusap pcnya yang masih elok terjaga. Rindunya! Terus dia memeluk setiap alatan di atas mejanya. Tanpa disedari, kelakuannya dirakam oleh Azmir di muka pintu.
"Niceeeee" kata Azmir yang masih merakam menggunakan telefonnya. Saat dia melangkah masuk, dia lihat Tengku leka dengan perangai budak kecilnya. Masa macam ni lah aku kena manfaatkan!
"Woiiii kau buat apa Azmir?! Kau delete skang!" jerit Tengku. Malu apabila perangainya ditangkap orang luar. Walaupun kawan baiknya sendiri! Taknak taknak!! Mukanya membahang menahan malu.
Azmir berjalan mendekatinya sambil memasukkan telefon bimbit ke dalam poket seluarnya. Baik dia simpan dahulu, kang kena rampas dengan Tengku, sia-sia sahaja usahanya.
"Alah relaks ahhh... Jarang tau nak nampak situasi macam ni. Kena manfaatkan. Hehehehhe. Manalah tahu boleh lah bagi ke Nana" sakat Azmir lagi. Dilihat Tengku membuntangkan matanya.
"KAUUU...." Tengku menundingkan jarinya ke arah Azmir. Nak marah lelebih pun tak boleh! Buatnya dia hantar video tu betul-betul ke Nana. Tak malu seribu ganda dia? Hancur mood aku pepagi!
"Hah gitu lah. Barulah aku selamat nak bagitahu something ni." jelas Azmir.
"Apa dia?" tanya Tengku kembali. Dilihat Azmir mengisyaratkan seseorang masuk office. Kelihatan wajah Aina yang merupakan salah seorang staff disitu memasuki ruangannya dengan kedua tangan dipenuhi dengan fail. Tengku ternganga melihat fail yang hampir tinggi dengannya. Dia perlahan kembali berdiri. Ini banyak?! 2 minggu je pun aku tak kerja!
"Yes boss... Ini banyak. Itulah syok sangat duduk hospital. Hambek kau!" perli Azmir sambil tergelak jahat. Dilihat Tengku menggelengkan kepalanya.
"Hah ini baru satu.. Eh satu ke? Macam banyak je fail ni..." sakat Azmir lagi memandang tablet di tangannya. Sakat pun sakat, tapi dia tak sanggup tatap mata Tengku. Takut!
"Kau ni kalau aku hempuk! Menggelupur nyawa kau." tambah Tengku. Geram dibuatnya melihat Azmir suka tengok dia terseksa. Masa aku masuk hospital kemain lagi kau menangis! Bila aku sihat, kau kenakan aku pula.
"Hehehehe sorry sorry.. Lama tak sakat kau. Rindu lah boss! Ni hah nak tunjuk. Ingat tak.. Before this projek kita banyak kena tolak sebab ada company yang kononnya lagi better and harga murah dari company kita tawarkan? I found some information. Tengok ni." tablet di hulurkan kepada Tengku. Suasana yang tadinya bising kini kembali hening serius. Masing-masing dalam mood serius. Dia memerhatikan setiap bait pada tablet itu. Adrian Lee? Jentik hatinya.
" Yes Adrian Lee. He's the one. Company dia lah yang cause company kita punya projek banyak kena tolak. Memang betul company dia tawar harga lagi murah dari kita, but masa aku buat research, aku baru tahu kenapa dia mampu tawar harga murah. Cause the materials yang dia guna, materials murah. Not like ours. But, macam kau tahu, company lain sekarang memang tengok bajet but not quality. "terang Azmir lagi. Dilihat wajah Tengku berkerut-kerut.
" Adrian Lee... Apa-apa jelah. After this, any collaboration, explain dekat others party tu, yang company kita ni pentingkan quality over money. So siapa yang sudi je, terima. Aku dah malas nak hadap benda yang sama. Kalau diaorang nak cari yang murah, biar lantak diaorang. Aku nak company aku collaborate dengan company yang sungguh pentingkan quality. Nanti takde isu lain masa hadapan. Malas nak ada masalah lain. "jelas Tengku lagi. Dia dah malas dah. Sebelum ni dia ada ikutkan juga kehendak company yang ingin potong bajet, kurangkan quality barang. Akibatnya, belum sempat pengguna guna. Barang tu dah rosak. Kena complaint! Kalau company orang tu je rosak takpe, ini dengan nama company dia juga rosak. Dia dah taknak ambil risiko. Baik dia berhati-hati. Di hulurkan tablet kepada Azmir kembali. Setelah Azmir keluar, dia terfikir sesuatu. Adrian Lee... Kenapa nama tu macam pernah dia dengar eh?

Siapa Adrian Lee tu? Korang kenal tak? Cer komen kat bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience