Dilihat seluruh badan yang diselubungi oleh selimut dihadapannya ini. Walaupun dahulu pernah dia melukai hati pemuda yang mencintainya sepenuh hati ini, namun kali ni dia tekad. Tekad supaya dapat merebut kembali hati pemuda ini. Ditarik selimut sedikit. Dilihat Tengku menarik kembali selimutnya dengan kasar. Elisya menarik kembali selimut.
"Let's talk" katanya sambil menarik selimut. Dilihat Tengku mendengus kasar lalu menarik kembali selimut.
"I said let's talk Tengku Nabil!" tegasnya lagi. Ditarik lagi selimut. Kali ini kasar sedikit.
"Apa lagi?!" balas Tengku lalu kembali duduk. Kini wajahnya menghadap wajah wanita ini. Naik satu oktaf suaranya. Sepatutnya dia adalah seorang lelaki yang menghormati wanita, namun akibat wanita juga, menyebabkan dia tidak lagi menghormati wanita. Kecuali yang disayanginya! Terjongket bahu Elisya sedikit akibat di jerkah Tengku. Dia menggenggam tangannya. Sabar Elisya sabar.
"I nak tanya.. You okay ke?" soal Elisya dengan nada lembut. Tengku memalingkan wajahnya ke tepi.
"Kau nampakkan aku macam mana ni. Tak mati pun lagi! At least tak teruk macam mana kau buat aku dulu!" balas Tengku dengan kasar. Dia kembali turun katil. Nak pergi ambil angin luar! Takut-takut barannya ke bawa ke wanita itu. Yes! Memang dia benci kan wanita itu. Namun tidak lah sampai dia nak naik tangan. Dia masih waras.
" You nak pergi mana? "tanya Elisya melihat Tengku menuju ke arah pintu. Setiap langkahnya boleh dilihat bara api.
" Yang kau sibuk sangat apehal?! Suka hati aku lah! " balas Tengku lalu menarik kasar pintu biliknya. Buk! Dirangkul badan yang hampir terjatuh kehadapannya. Dilihat figura di dalam pelukannya. Nana? Apabila matanya bertentangan, hatinya yang membara kini menjadi sejuk ibarat ais di kutub utara. Memang benar, melihat wajah Nana sahaja mampu membuat dirinya tenang. Hilang segala masalah. Dia melepaskan Nana. Dilihat wajah Nana membahang merah.
"Sorry sorry. Awak okay?" tanya Tengku. Nana di tilik atas bawah.
"Okay okay... Don't worry. Ni nak ke mana?" soal Nana. Dilihat sedikit ke belakang, terdapat seorang wanita. Tray ubat di tangannya di hulurkan kepada Mimi di sebelahnya.
"Nak ambil angin sekejap kat taman" balas Tengku lembut. Dia tidak ingin amarahnya terkena Nana.
"Tapi.. Sekarang tengah hujan lebat kat luar." balas Nana sambil menunjukkan ke arah luar. Tengku menggigit bibir bawahnya. Cis! Dia kembali teringat Elisya yang berada di dalam biliknya. Lalu pandangannya bertukar ke arah tray ubat di tangan nurse di sebelah Nana. Dia dah jadi serba salah. Mana satu aku nak pergi? Akhirnya, dia kembali masuk biliknya. Di labuhkan duduknya di atas katil.
Share this novel