Bab 60

Fanfiction Series 42303

Setelah hampir beberapa hari perang dingin, Tengku Nabil masih cuba memujuk Nana kembali. Namun, setiap kali dia memujuk, dibalas pula dengan jelingan. Jawapan dari mulut Nana hanyalah 'hmm' dan 'okay'. Itu sahaja. Tambah pula, dirinya dipanggil nama sahaja. Tahulah dia bahawa dirinya bersalah, mencari maklumat tentang Nana secara rahsia. Namun itu sahaja caranya untuk mendekatkan diri dengan Nana. Dahulu, ingin dekat dengan Nana pun susah. Disebabkan sayang, dia berusaha sedaya upaya cuba merendahkan egonya sebagai seorang lelaki. Dia tahu, api tidak boleh lawan dengan api. Kena air! Dialah airnya. Stereng kereta diketuk beberapa kali. Jam di dashboard kereta dipandang. Lambatnya dia keluar. Dia berkata di dalam hati. Baru sahaja tadi selesai meeting, terus dia bergegas ke hospital untuk mengambil Nana pulang. Jika dibiarkan, ada pula Nana lari dari rumahnya. Dia taknak begitu! Di kerling lagi muka pintu hospital. Masih tiada jejak Nana. Dekat satu jam dia tunggu Nana. Masih lagi tiada jawapan. Message tidak dibalas pula tu! Dia mengeluh. Perut yang berbunyi di usap. Laparnyaaaa... Namun ditahan juga. Dahlah lunch dia skip, semata untuk teruskan sahaja meeting yang sepatutnya pukul 5 petang. Matanya tertangkap sosok Aisyah keluar dari muka pintu. Segera dia keluar mendapatkan Aisyah.
"Aisyah!!" tegurnya tatkala berada di hadapan Aisyah.
"Oh mak kau hijau!" latah Aisyah tatkala dirinya diterjah secara tiba-tiba. Nasib baik dia tak buka silatnya. Mahu sahaja Tengku Nabil dimasukkan ke hospital kembali.
"Eh sorry sorry... Saya tak sengaja." ujar Tengku Nabil. Dia tergesa nak mencari Nana.
"Kenapa Tengku ke sini ni?" soal Aisyah sambil mengeluarkan kunci dari dalam beg kecilnya. Dia pelik dengan kehadiran Tengku Nabil.
"Takde. Saya cari Nana. Dia belum keluar lagi ke?" soal Tengku Nabil lagi. Sudah hampir satu jam dia tunggu, masih tiada kelibat Nana. Takkanlah Nana keluar ikut pintu belakang? Peluh di dahi dilap. Panasnya kat luar ni. Tali leher dilonggarkan. Beberapa butang baju atas dibuka memberi angin masuk. Dikipas-kipaskan wajahnya yang membahang tahan panas terik.
"Eh Nana dah keluar dari tadi lagi. Bukan Tengku ke yang ambil dia tadi?" soal Aisyah kembali. Kebetulan saat dia ingin turun membeli coffee di cafe bawah, dia terserempak Nana memasuki sebuah kereta Range Rover berwarna hitam. Dia fikir itu kereta milik Tengku Nabil.
" Hah? Dah keluar? Takde. Saya baru je sampai ni. " jawabnya kembali. Punya lah dari tadi dia tunggu. Rupanya Nana dah pergi. Dengan siapa pula tu? Setahu dia... Nana memang tak membawa kereta pergi kerja, kerana dia lah yang menghantarnya.
"Takpelah terima kasih. Btw take care balik. Assalamualaikum" tambahnya lagi lalu patah kembali menuju ke dalam kereta nya. Dia mengeluarkan telefon bimbit di poket seluar. Aircond dikuatkan, panas masih lagi terasa. Nombor Nana didail. Kedengaran beberapa detik deringan telefon. Tidak dijawab. Panggilan kedua dibuat. Tidak dijawab lagi. Dia geram! Takkan lah sebab tu je dia dihukum sebegini teruk? Takkanlah Nana takde rasa ingin menurunkan egonya bagi membetulkan hubungan mereka kembali? Taknak ke Nana merasa bahagia kembali? Dia rindu. Dia rindukan Nana yang dahulu. Setiap kali dia habis solat, tak putus dia doakan hubungan dia dan Nana dirahmati Allah. Hampir 10 panggilan dibuat, masih tidak dijawab. Dia give up! Terus gear D ditolak dan stereng kereta dibelokkan. Baik dia pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience