Bab 34

Fanfiction Series 42303

Setelah melihat Nana dan rakannya keluar dari bilik. Suasana yang agak meriah tadi bertukar hening. Dari mood gembira sampai ke langit bertukar menjadi mood ke laut. Dia menjeling Elisya yang berdiri di sebelahnya dengan anak mata. Malas nak hadap muka perempuan ni lama-lama. M.E.N.Y.A.M.P.A.H! Dia mendengus kecil. Aih faham-faham lah sendiri! Tak reti nak blah ke? Ke nak aku seret kau keluar? Azmir ni lagi satu, beli air dekat Kelantan ke? Lama sangat! Dah lah dia muak dengan perempuan ni. Elisya memegang bahunya. Pegang lagi?! Tengku membeliakkan matanya tanda amaran. Segera Elisya menjatuhkan kembali tangannya. Takut juga wei!
"You nak makan apa-apa? I boleh masakkan" tanya Elisya. Dia menundukkan sedikit badannya supaya setara dengan Tengku. Tengku memalingkan pandangannya. Masih berdiam diri.
"Okay lah, I kena gerak ni. Ada next schedule. Dah lambat. Nanti kalau you nak apa-apa call je I. Paling penting sekali, nanti you discharge call I tau. I gerak dulu ye, Bye love you" tambah Elisya lalu mendekatkan bibirnya ke pipi kanan Tengku. Terus dia menjarakkan dirinya.
"Excuse me, jaga sikit batas pergaulan! Kita dekat Malaysia. Even though dekat luar pun, kita ada agama! Jangan nak ikut nafsu sangat." bidas Tengku lalu menolak bahu Elisya. Tergamam Elisya dibuatnya. Merah mukanya akibat malu ditegur direct dengan Tengku. Dia terus melangkah keluar. Tak tahan lagi kena hina. Kebetulan, saat melepasi pintu bilik, dia terlanggar bahu Azmir. Dua cawan air panas pada tangan Azmir dipandang. Nasib baik lah Azmir tak dengar dia kena bidas tadi. Air mata ditubir dilap sedikit lalu diteruskan langkahnya.
"EH ehhh.. Air! Air awak!!" jerit Azmir kecil. Matanya bergerak mengikuti tubuh badan Elisya yang memasuki lif. Lah taknak air ke? Penat je aku beratur panjang-panjang tadi, bisik hatinya. Pintu bilik Tengku dibuka. Belum sempat kedua kakinya memasuki bilik itu, satu balingan bantal yang agak kuat menepati mukanya. BAP! Dilihat Tengku memandangnya tajam. Lahhhh ada apa hal pula ni? Apa salah aku kalini? Gulp! Air liur ditelan walaupun sakit. Dia perlahan-lahan mendekati Tengku di atas katil. Matanya masih lagi menikam tiap geri Azmir. Setibanya Azmir di sebelahnya, terus dia membuka mulutnya..
"Kau beli air kat mana? Kelantan ke? Apehal lambat sangat? Lain kali takyah datang terus. Balik je!" marah Tengku. Dahlah tinggalkan aku berdua dengan Elisya! Boleh pula terserempak dengan Nana lagi! Azmir meletakkan kedua cawan air panas di atas meja. Baik simpan tepi dulu! Risau kang kena simbah air panas.
" Tadi.. Orang ramai.. Beratur panjang. "jelas Azmir mempertahankan dirinya. Tengku mendengus geram. Dia memandang Azmir atas bawah. Kalau tak sebab aku sakit lagi, memang aku guna jutsu karate aku kerat kau 18! Geram aku!
"Hah tadi apesal dengan Elisya? Macam baru lepas nangis je? Kau buat apa kat dia?" soal Azmir. Tengku memandangnya kembali. Baran aku tak habis lagi, kau dah tambah minyak?! Azmir dengan muka selamba melabuhkan duduknya di atas sofa setelah mengambil bantal yang menjadi senjata mendarat di mukanya tadi yang agak berjauhan dengan Tengku. Selamat sikit duduk jauh-jauh....
"Entah! Malas aku nak layan perempuan tu. Annoying betul. Eh sebab kau lah lama sangat, Nana nampak aku dengan perempuan tu dalam bilik ni berdua. Kau... Kalau plan aku tak jadi. Aku tanam kau hidup-hidup" balas Tengku dengan nada tersisa marah lagi.
"Nana? Eh kenapa dia datang?" soalnya lagi.
"Nana tadi datang..." belum sempat menghabiskan ayatnya, dia baru teringat ayat Nana sebelum keluar. Semasa Nana dan rakannya melangkah keluar, dia terdengar perbualan mereka berdua disebabkan suara rakan Nana yang agak kuat. Accident? Nana accident ke? Ada lah juga dia nampak leher Nana tertampal benda warna putih.
"EH kejap. Aku ada kerja untuk kau." suruh Tengku lalu memandang Azmir di sofa. Hah sudah! Baru je duduk dah ada kerja... Alahaiiiii Nabil! Bagi lah kawan kau ni rehat kejap!! Huaaaaaa mama help meeeeeeee.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience