Bab 18

Fanfiction Series 42303

'Sorry the number you have dialled is reachable. Please try again later'. Dia kembali memandang skrin phonenya. Dah hampir 5 kali di cuba call. Tak dijawab. Mana kau pergi ni? Didail lagi nombor itu. Masih jawapan yang sama. Tidak diangkat! Tiba-tiba dia teringat Aisyah. Nombor Aisyah didail. Angkat.. Angkat lah... Angkatlah...
"Hello?" suara Aisyah kedengaran di hujung talian. Yes! Finally angkat! Kedengaran Aisyah macam busy.
"Hello Aisyah. Ni saya Tengku Nabil. Sorry ganggu. Awak tengah kerja ke?" balasnya.
"Tengku? Nabil? Siapa..... TENGKU NABIL KE?!" jerit nya sedikit di hujung talian. Nabil menjauhkan telinga sedikit. Oi! Boleh pecah gelendong telinga aku.
"Ouh sorry sorry. Hehehe. Ha'ah tengah kerja. Kenapa Tengku call saya ni? Rindu ehhhh." sambung Aisyah. Tengku yang mendengarnya terasa meremang. Bukan kau! Tapi Nana! Akibat gagal berkali-kali cuba contact Nana, dia terpaksa guna cara ini.
"Eh main gurau pula awak ni. Ni saya nak tanya. Nana ada tak?" soalnya kembali. Harap ada jawapan positif lah.
"Ouh Nana? Dia ambil cuti 2 minggu. Tengku tak tahu ke?" Aisyah menyoal kembali. Takkan tak tahu kot? Bukan rapat ke? Tengku pelik. Cuti? Kenapa pula?
"Cuti? Eh saya tak tahu. Nana takde bagitahu apa-apa pun. Kenapa ye dia cuti?" soal Tengku inginkan penjelasan. Takde pula message atau call dari Nana sejak kebelakangan ini
"Entah saya pun tak tahu. Dia takde bagitahu apa-apa pula. Last kita orang jumpa masa dekat office dia lah. Dia minta saya sampaikan pada Dr Farisya untuk gantikan dia sementara. Esoknya tu tetiba dapat tahu Nana ambil cuti 2 minggu. Dia pun senyap je." terangnya lagi. Betul. Even Aisyah kawan rapat Nana. Namun, tidak dia tahu banyak soal kehidupan Nana. Nana seorang yang perahsia. Tidak pula dia bertanya, takut dicop busy body!
" Dia ada bagitahu Tengku apa-apa ke? "soal Aisyah kembali. Dia pun risau. Takde khabar berita dari rakannya itu. Manalah tahu kot-kot Nana bagitahu Tengku.
" Erm takdelah pula. Takpelah. Thank you Aisyah. Sorry ganggu awak. Bye. Assalamualaikum. ". Panggilan dimatikan. Dia termenung sendiri. Mana awak pergi Nana? Dia melepaskan keluhan. Saat ini, dia serabut sangat. Kalau sebelum ini, jika dia ada masalah. Nana lah pengubat hatinya. Ada sahaja akal wanita itu untuk hiburkan dia kembali. Dia terasa kosong. Kepalanya di sandarkan pada kerusi. Dia memejamkan mata. Gambaran wajah Nana terbayang. Rindunya Ya Allah!
____
Azmir mengetuk pintu office Tengku. Dia memegang fail yang tadi ditandatangani oleh Elisya. Kedengaran suara Tengku menyuruhnya masuk. Azmir memandang Tengku yang sedang sibuk bekerja. Aduh! Timing tak kena pula. Bismillah. Terus dia melangkah masuk dan berdiri di hadapan Tengku.
"Hah apehal?" soal Tengku tanpa mengangkat mukanya. Fail berwarna hitam di hulurkan. Tengku mengangkat mukanya lalu memandang Azmir.
"Kau dah kenapa? Pucat semacam je muka? Tak sihat ke?" sambungnya lagi. Tengku mengambil fail yang diberikan. Dia membelek satu persatu muka. Kelihatan tanda tangan Elisya disitu.
"Okay great job. Yang kau ni kenapa?" sambungnya lagi. Dia meletakkan kembali fail itu. Wajah pucat Azmir dipandang.
"Kau janji dulu. Jangan marah" jari pinky Nabil ditarik. Lantak lah apa nak jadi! Nak tak nak kena juga dia bagitahu. Ya Allah, lindungi lah hambaMu ini.
"Ehh ehhhh apa ni? Sakitlah gila" jerit Nabil sambil menendang jauh Azmir. Jarinya diurut.
"Janji lah dulu!" balas Azmir. Muka dah macam nak menangis dah ni. Tengku memandangnya pelik. Dah kenapa budak ni sekor?
"Kau dah kenapa gila? Aku tapak kau satgi". Azmir kembali mendekati Tengku. Muka sepuluh sen dipamerkan.
"Janji lah dulu? Huuuu huuuyy" rengek Azmir lagi.
"Isyh yelah yelah. Sana lah sikit. Dekat dekat dengan aku ni kenapa. Jijik bodo" balas Tengku kembali. Ditolaknya lagi Azmir menjauhinya. Kang kalau pekerja dia lain nampak, hancur reputasinya sebagai seorang lelaki yang macho! Dipandang keluar. Kelihatan pekerjanya turun berehat.
"First of all. Aku nak minta maaf dulu. Aku terpaksa. Aku taknak pun buat benda ni. Maafkan aku Huaaaaa. Jangan ceraikan aku!" jelas Azmir.
"Iyaaaa ape benda sebenarnya? Kau nampak bawak tu, kalau aku campak kau dari tingkat ni, hapah kau tak dapat." jerkah Tengku. Penat lah tunggu mamat ni cakap.
"Tadi.. Aku pergi lah company Elisya tu. Astu dah jumpa dia. Dia kata... Dia ada syarat kalau nak collaborate." kata-kata Azmir terhenti di situ. Wajah Tengku Nabil dipandang. Setapak dia ke belakang. Ambil dulu posisi selamat. Dia memandang atas meja Nabil. Okay takde alatan tajam! Boleh teruskan.
" So apa syarat dia? "tanya Nabil lagi. Apa yang ditakutkan sangat sampai susah nak bagitahu aku?
" Dia nak kau join tu je" laju Azmir bercakap. Tengku yang dengar tidak dengar pelik. Hah? Apo kau borak ni raju.
"Hah apa benda? Tak dengar lah. Eh cakap lah kuat sikit." marah Tengku. Geram pula aku dengan mamat ni. Terjongket bahu Azmir di jerkah Nabil. Setapak langkah ke belakang diambil lagi.
"Kau gerak lagi setapak. Boleh tulis surat resign." ancam Tengku Nabil. Gulp! Air liur ditelan. Peluh sejuk di dahi disapu.
"Elisya nak kau join! Tu aje. Janganlah pecat aku" balas Azmir dengan kuat. Wajah Tengku dipandang. Alamak! Pandangan tu. Setapak ke belakang di ambil lagi. Ahhh baik selamatkan diri dulu. Kelihatan Nabil berdiri secara perlahan. INI LAGI MENAKUTKAN DARI CERITA ANNABELLE! Dia menilik ke belakang. Pintu keluar dipandang. Okay sikit je lagi!
"Apa kau cakap? Ulang balik" Nabil perlahan-lahan mendekati Azmir. Setapak Nabil ke hadapan, setapak Azmir ke belakang.
"Eeeeerrr..takdelah. Elisya nak kalau kau ada. Aku pun katalah kau join. Tu yang di setuju collaborate dengan kita. Hehehe janganlah marah boskur. Cer kau fikir, nanti an mudah lah saham kita naik an an an... Huaaaa janganlah marah" Azmir hampir menangis lihat Nabil. Dah macam harimau nak terkam rusa! Dialah rusanya.! Membuntang mata Nabil mendengarnya!
"KAU SINI AZMIR!!" jeritnya ingin menerkam Azmir. Kecil besar je aku tengok kau! Namun Azmir lebih pantas, terus dia melarikan diri ke tingkat bawah. Kedengaran jeritan Tengku bergema di floor atas. Azmir yang dibawah mengurut dadanya. Fuh sebaik terlepas! Di bawah dia terserempak dengan beberapa rakan sekerjanya.
"Korang jangan naik sekarang. Kalau nak selamatlah." terang Azmir lalu pergi. Rakannya yang lain terpinga-pinga. Nak naik ke tak ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience