Derapan tapak kaki yang sedang berlari menuju ke arah mereka, menarik minat mereka bertiga menoleh ke belakang. Kelihatan Nana sedang berlari menuju ke arah mereka dengan riak wajah yang risau. Terus Nana mendapatkan Mawar.
"Mawar.... Are you okay?" tanya Nana. Dia memegang kedua pipi Mawar yang kemerahan akibat baru selepas menangis. Mawar mengangkat wajahnya. Melihat wajah Nana di hadapan, terhambur tangisannya kembali. Dia memeluk Nana erat. Ibarat taknak dilepaskan lagi.
"Shhhh Shhhh okay okay.. Kak Nana ada kat sini." pujuk Nana sambil mengelus lembut belakang badan adiknya itu. Risau hatinya tatkala mendapat panggilan dari Boy sebentar tadi mengatakan bahawa dia kehilangan adiknya. Tatkala mendapat panggilan daripada Tengku, terus dia bergegas keluar dari hospital. Nana merangkul bahu adiknya, dia memandang mata Mawar dalam-dalam.
"Mawar, look at me. Why? Kenapa?" soal Nana.
"He's... He's... He's here. He wants me" jawab Mawar perlahan. Tengku di sebelah hanya mendengar. Dari tadi dia soal siasat Mawar, satu pun tak buka mulut, bila dengan kakaknya terus jawab. Penangan kakak itu amatlah kuat. Terus Nana kembali merangkul badan adiknya. Tak guna! Aku akan pastikan kau jatuh pada tangan aku! Tengku menepuk perlahan bahu Nana. Dia ingin memberitahu sesuatu kepadanya. Nana melepaskan rangkulan lalu menuju ke satu sudut yang agak berjauhan dengan Mawar.
"Look, thank you sebab selamatkan adik saya." kata Nana di mana matanya masih tertumpu pada adiknya di atas kerusi. Wajah Tengku dipandang.
"No its okay..kebetulan sahaja tadi. Anyway, masa saya terjumpa adik awak, saya ada nampak satu orang ni. Dekat sana. Dia pakai cap. Saya suruh Azmir tangkap. Tapi terlepas. I'm so sorry. Nak buat report ke?" tanya Tengku lagi. Bab-bab macam ni jangan dibuat main. Wajah Nana dipandang. Air muka itu. Air muka yang tak pernah dilihatnya. Air muka yang penuh dengan dendam, kebencian, kemarahan. Boleh dikatakan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Nana lah buayanya! Cuma buaya yang lawa. Cis sempat lagi.
"No its okay... I've got this." balas Nana. Perbualan mereka terganggu dengan kehadiran Boy. Nana memandang ke belakang Tengku. Kelihatan Boy yang berlari anak menuju ke arahnya. Hatinya membakar amarah. Terus dia berlari mendapatkan Boy. Kolar baju Boy dirangkul ganas.
" Kenapa kau tinggalkan Mawar?!" tanya Nana perlahan.
"No no.. I'm sorry. Aku tak tinggalkan Mawar. I just missed her." jawab Boy. Dilihat pandangan Nana itu berubah. Jikalau dia sekarang ini di rumah, memang mati gayanya.
"Kita sambung dekat rumah!" sambung Nana lalu melepaskan rangkulannya. Baru dia teringat ada sosok lain di sini. Dia melihat wajah Tengku. Ada riak pelik di situ. Buat-buat tak nampak jelah! Terus Nana mendapatkan Mawar.
"Mawar... Jom balik. Kak Nana hantar." kata Nana lalu merangkul bahu adiknya. Dia memandang Azmir dan Tengku silih ganti.
"Thank you so much for this. I've gotta go first. Nanti kita discuss lagi. " sambung Nana lalu melangkah pergi bersama Boy di belakangnya. Tengku menghampiri Azmir.
"Kau nampak tadi?" soal Tengku. Azmir mengangguk berulang kali.
"Ganas betul! Tu ke taste kau? Habislah kau nanti.." sambung Azmir lagi. Kalaulah dirinya tadi di tempat Boy, memang dah K.O jawabnya. Nampak je badan Nana kecil, tapi terangkat jugalah badan Boy semasa Nana merangkul kolar baju Boy. Tak tahu lah matanya salah tengok ke apa.
" Tapi kan.... Kau tak rasa pelik ke?" soal Tengku kembali. Wajah Azmir dipandang.
"Kenapa dia orang tak report je polis? Nampak macam kes ni selalu terjadi." sambung Tengku. Azmir mula mengusap dagu nya perlahan. Acah macam tengah fikir!
"Eh apehal pula aku kena fikir? Azmir. Kau lah uruskan. Aku tahu. Minggu depan file atas meja aku!" sambung Tengku lagi. Azmir terpaku. Aik aku pulak? Deringan telefon dipoket seluar mengganggu mereka berdua. Kelihatan panggilan daripada umi nya. Alamak! Akibat sibuk dengan kes tadi, dia hampir lupa pesanan umi nya. Panggilan diangkat...
" TENGKU NABIL!!!" jerit uminya di hujung panggilan. Habislah aku....
Share this novel