Bangunan ESteem NYC di pandang tinggi. Pergh tinggi gila! Buat yang tak tahu, ESteem NYC adalah perusahaan kreatif No.1 yang terkenal dalam bidang fesyen, kecantikan, seni dan budaya. Syarikat ini juga bekerjasama dengan Republic of Korea sejak 2004. Azmir mengemaskan fail di tangannya. Nak tak nak, kenalah dia hadap dulu dengan Elisya. Disebabkan dia dah berjanji dengan Tengku, kenalah dia jayakan collaboration ini walaupun hatinya berat nak jumpa Elisya. Siapa sahaja tak geram bila jumpa balik orang yang buat rakannya hampir gila? Dia melangkah masuk menuju kaunter pertanyaan di lobby.
"Erm Hello. Sorry ganggu. Boleh saya nak jumpa dengan Miss Elisya?" soalnya kepada kedua wanita yang bertugas di kaunter itu.
"Maaf encik, encik ada buat appointment?" soal salah seorang wanita itu pula. Azmir menganggukkan kepalanya. Dua hari sebelum ini, telah dia menempah appointment dengan Elisya. Tahulah dia bukan mudah nak jumpa model yang ternama, macam idol pun ada juga. Macam - macam. Walhal company Tengku cukup besar, tidak perlu appointment! Namun kenalah dia ikut protokol yang ditetapkan oleh Company Elisya. Kelihatan wanita tadi sedang mencari sesuatu di dalam pcnya.
"Encik Azmir dari company Tengku Nabil ye?" balasnya kembali. Azmir mengangguk.
"Okay encik boleh naik ke tingkat 4. Rasanya Miss Elisya tengah shooting sekejap tu. Nanti encik sampai sana, ada seorang perempuan yang jaga kaunter depan after pintu masuk, nanti cakap je pada dia yang encik ada appointment." jelas wanita itu dengan senyuman. Amboi sopannya! Nasi baiklah aku dah ada buah hati. Azmir yang mendengarnya terus mengucapkan terima kasih lalu bergerak menuju tingkat 4.
*** Seperti yang dikatakan, terdapat seorang wanita sedang menjaga kaunter di pintu masuk. Setelah berbicara dengannya, Azmir menunggu di dalam office Elisya. Boleh tahan besar juga. Eleh yang penting office aku lagiiiiii besar! Dia membuat muka.
"Kenapa? Office I tak menarik macam you punya ke?" soal Elisya saat melangkah masuk. Matanya tertangkap muka yang dibuat oleh Azmir sebentar tadi. Azmir yang mendengar itu, terdiam seribu bahasa. Bila masa dia masuk!? Terus Azmir berdiri.
"Hahaha I gurau jelah. Duduk duduk. Macam tak biasa dengan I" sambung Elisya sambil melangkah duduk di sofa hadapan Azmir. Azmir kembali melabuhkan duduknya. Dia memandang Elisya. Telah wanita ini berubah hampir 200%. Dari segi percakapan, gaya hidup, gaya pemakaian. Ia tidak dia bantah, bahawa itu adalah gaya hidup seorang model. Dia mengeluh, macam manalah kalau Tengku nampak Elisya depan mata macam ni? Mahunya bertambah mengamuk lagi. Elisya yang perasan dengan pandangan Azmir terus menyilangkan kakinya.
"Ouh sorry saya takde niat macam tu pun" jelas Azmir. Dia melihat Elisya mengubah posisi duduknya. Eh macam aku gatal lah pulak! Elisya gelak manja.
"How's your friend, Tengku Nabil?" soalnya. Dia sebenarnya ingatkan Tengku sendiri datang jumpa dia. Punya lah cantik dia bergaya, aleh-aleh dihantar si Azmir ni.
"Erm he's fine so far. Makin bahagia maybe?" perlinya kembali. Ouh! Lepas kau tinggalkan dia, baru sekarang kau nak tanya pasal dia! Dasar perempuan! Dia cuba memaniskan senyuman yang pahit itu.
"So let's us get to the point. So our company really want to collaborate with you, Esliya. You can read our proposal first. Here" dihulurkan satu fail berwarna hitam kepada Elisya di hadapannya itu. Elisya membelek proposal itu satu persatu. Tidak ada ada yang menarik baginya. Terus dia menutup. Tap!
"Look, I nak tahu satu ni je. Is Tengku will participate on this program?" soalnya. Dia mana minat baca semua benda natang point dalam proposal tu. Duit? Dia dah berlambak! Identiti? Seluruh dunia kenal dia! Semua dia dah ada. Cuma satu je dia takde lagi, hati Tengku! Azmir yang mendengar soalan itu terkedu. Walhal di company Tengku tadi, telah pun rakannya itu menekankan bahawa dia takkan terlibat walaupun sedikit dalam urusan ini. Aduh, macam mana ni.
"I terus terang jelah. I akan terima projek ni, if Tengku ada. That's all. Itu je yang I minta." Elisya meletakkan kembali fail itu di atas meja. Dia menyilangkan tangannya. Azmir di hadapannya dipandang. Tahulah dia bahawa Tengku memang taknak participate. Azmir mendiamkan diri beberapa minit.
" I takde masa yang banyak untuk you Azmir. Tengku ada or not?" tanyanya lagi. Kini lebih keras intonasinya. Geram pula menunggu Azmir.
"Ada ada. Tengku join." terpaksa lah dia jawab. Balik ni, kenalah dia pasang armor satu badan. Mahu patah tulang dia Tengku kerjakan. Elisya tersenyum lalu mengambil sebatang pen yang tersedia di atas mejanya. Dia tanda tangani projek itu. Lalu dia berdiri. Salam dihulurkan pada Azmir.
" I hope a great work with you guys" katanya sambil tersenyum. Azmir menyambut tangan Elisya.
" Me too" kepalanya telah melayang kepada Tengku. Apa dia nak jawab nanti? Huaaaaaa!!
Korang rasa... Tengku suka siapa sebenarnya? Cer komen <3
Share this novel