Bab 5

Fanfiction Series 42303

Dalam kesamaran ballroom tersebut, tangannya kuat memaut lengan papanya, Dato Keith. Dia dah lah buta sosial. Tak tahu nak buat apa dalam upacara macam ni. Lantas di bisikkan ke telinga ayahnya ; "Papa, Nana nak buat apa ni? Seganlah" soalnya. Dia memandang sekeliling. Satu pun manusia dia tidak kenal. Tangannya digosok manja oleh Dato Keith. Hidung mancung itu dicuit sedikit. "Takpe jom ikut papa. Follow je papa ye" balas ayahnya sambil berjalan menuju ke arah seorang pelayan yang sedang berdiri. Invitation card di hulurkan. Pelayan itu menyambut dengan senyuman. Nana di sebelah memberikan senyuman kepadanya juga. Hormat orang kata!
"Boleh follow saya ye Dato Keith." balas pelayan tersebut sambil menunjukkan meja yang disediakan. Hurm dia kenal siapa Dato Keith. Namun kenapa Dato Keith ditempatkan pada kalangan VVIP. Walhal, keluarga Tengku yang lebih berpengaruh hanya ditempatkan di VIP sahaja. Dato Keith juga salah seorang business man. Namun dia tidak sefamous Tengku. Ah aku pun tak tahu. Tak faham sangat bab-bab business ni. Buat jelah kerja kau Aiman oi!
"Ini seat Dato ye. Jika ada apa-apa. Boleh panggil saya atau rakan yang lain. Have a nice meal." balasnya lalu berlalu pergi menjalankan tugas. Saat ingin melabuhkan duduk, Dato Keith didatangi oleh seorang rakannya.
"Assalamualaikum Dato Keith. Ya Allah lama tak nampak you. Makin sihat dan segak ye you malam ni." tegur seorang lelaki yang agak berumur menegur papanya dengan ramah sekali.
"Waalaikumsalam, ya Allah. Mr Kim. Lamanya tak berjumpa." kelihatan papanya menyambut salam dan berpelukan bersama lelaki tersebut.
"Your daughter?" tanya lelaki itu. Lalu Dato Keith menganggukkkan kepalanya.
"My precious daughter, Hanna". Nana yang mendengar hanya tersenyum dan tunduk.
"Nice to meet you Uncle Kim" sapa Nana di sebelah ayahnya.
"Banggaweo (nice to meet u)" balas usik Mr Kim kepada Nana. Nana tersenyum kembali lalu dia membalas "Banggawayeo Mr Kim".
Mr Kim tergamam, "You know Korean?" tanya Mr Kim apabila mendengar balasan Nana kepadanya. Tak sangka pula dia tahu. "Yup, I've already been in Korean almost 2 years for a future studies. So I know a little bit." balas Nana. Nana menyambung studies di Korea selama 2 tahun dalam bidang medical, sengaja dia ingin belajar berdikari di negara orang.
"Impressive betul anak you ni. Proud of you Dato Keith" balas Mr Kim sambil menepuk belakang badan papanya. Dato Keith tersenyum manja. Bangga lah dapat anak bijak macam ni!
"Let's have a talk right there. Banyak nak borak ni. Lama tak jumpa" ajak Mr Kim. Dato Keith memandang anaknya, lalu Nana menganggukkan kepalanya.
"I can wait for you. Go on" balas Nana. Dia melihat ayahnya berlalu pergi bersama Mr Kim dalam kesamaran ballroom. Tinggallah dia berseorangan.
"Wanna some refresher?" tanya seorang pelayan wanita yang lalu di situ. Nana menganggukkan kepalanya menandakan dia mahu. Lalu diletakkan secawan air strawberry acai di hadapannya. Dia menyisip sedikit. Sedap. Lalu phonenya dikeluarkan. Bosan. Sementara menunggu papanya sampai, dia bermain dengan phone. Malas ingin bersosial. Bukannya dia kenal sesiapa pun dalam majlis ini. Lengan yang terdedah digosok perlahan. Sejuklah pulak. Menyesal ambil dress yang tiada lengan.
________
Sedang melayan phone, dia didatangi oleh seorang lelaki yang agak berumur.
"Hye miss. Alone? Wanna grab some water?" tanya lelaki itu. Nana memandang kiri kanan ya bergilir lalu menunjukkan ke arah dirinya. Dia bercakap dengan aku ke?
Lelaki tua itu hanya tergelak kecil.
"Yes I'm talking with you darling" balasnya. Amboi gatal je bunyinya. Sejak bila aku jadi darling kau! Nana membuat muka. Tak suka betul! Tak nampak ke orang layan phone ni, sibuk nak menegur.
"No thank you" balas Nana sambil sambung melayan phonenya itu. Lagi menarik dari bercakap dengan kau! Akibat ditolak oleh wanita di hadapannya ini, dia menyambung.
"Comeon. Just some water will not be bad." ajaknya lagi. Isyh! Tak faham bahasa ke? Orang kata taknak, taknak lah! Nana hanya memandang kosong kepadanya lalu menggelengkan kepalanya.
Akibat tidak dilayan, dia memegang bahu wanita itu sambil berkata "Comeon darling". Terkejut Nana dibuatnya. Amboi, aku tahu lah aku seksi. Tapi takde nya itu satu tiket kau boleh pegang aku sesuka hati. Walaupun dia tidak bertudung, namun dia masih menjaga batas pergaulan. Perlahan - lahan dia cuba berubah. Terus Nana memandang tajam lelaki tua itu. Tangan lelaki itu di tepis kasar. Nana menyimpan phonenya kembali dalam beg silangnya. Lantas dia sambung, "Excuse me. First, I'm not your darling. Second, I'm not comfortable with this action. Can you please go away?". Dia menyampah dah dengan laki ni. Ada kena ni kang!
"Isyh jual mahal betullah. Jom lah teman abang" taknak mengaku kalah betullah dia ni. Nana tersenyum sinis. Dia memandang ke bawah sambil gelak sinis, lalu tatapan tajam diangkat menuju ke arah mata lelaki tua di hadapannya ini. Terkedu lelaki tersebut. Tatapan tu. Menakutkan. Nana bangun berdiri. Dia memandang sekeliling, kelihatan papanya masih sibuk berborak dengan Mr. Kim. Okay takde orang perasan. Masing-masing busy. Nana bergerak perlahan menuju ke arah belakang lelaki itu. Lalu di bisikkan kepadanya "I'm warning you right? Go away. But you missed it" jawab Nana sambil memusing kan tangan kanan lelaki tersebut. Terus dia mengerang kesakitan.
"Shhhh Shhhh. Jangan lah bising-bising. Btw this is VVIP table. Kenapa kau boleh ada kat sini ye? Plus, abang? Heh. Kau tu dah cukup tua untuk dipanggil abang. Hey, rumah kata pergi, kubur kata mari. Kau tak tahu ke siapa kau cari pasal ni. Ah? Memanglah tak kenal. Lupa nak introduce my self, let me introduce, my name is.. No no. Takyah nama. Tahu ni je.. ******" dia membisikkan sesuatu pada telinga lelaki tua itu. Terus berubah air mukanya. Ketakutan menyerang satu badan. Peluh sejuk di dahi menitik. Tangannya dilepaskan oleh Nana. Lalu cepat-cepat dia memohon maaf dan berlalu pergi. Nana hanya melihat jauh. Settle pun masalah!
______Namun dalam kegelapan suram ballroom itu, kelakuannya ditangkap oleh sepasang mata. Nana perasan. Dia bergerak menuju ke arah pemuda itu. Nana mempunyai sense yang sangat sensitif, dia tahu jika ada yang memerhati. Maybe sebab di trained dari kecil. Membuatkannya lebih berhati-hati dengan sekeliling. Lenggok jalannya dituju laju ke arah pemuda itu. Moodnya dah swing sebab tadi. Ditambah ada yang memerhati.
"Eh tepi lah sikit" jerkahnya kepada pemuda itu. Ditolaknya ke tepi pemuda itu, lantas dia melangkah pergi meninggalkan ballroom. Dia ingin ke tandas. Bengang dengan situasi tadi.

Sorry jika ada kekurangan. Saya akan up satu persatu bab. Sebab taknak nampak serabut story line. Thanks sudi membaca <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience