Bab 57

Fanfiction Series 42303

Kata-kata umi ibarat satu spell baginya, setiap masa pasti kata-kata itu bermain di segenap fikiran. Setiap kerja yang dilakukannya pasti tak perfect. Setiap kali itu juga, dia ditegur oleh Azmir. Macam mana nak tenang? Hatinya rasa gusar sahaja. Dengan Nana pun dia tidak tahu isi hati sebenarnya. Dengan Elisya pula yang datang kembali mendambakan hatinya pula. Dengan uminya lagi asyik bertanyakan soal Nana. Dia jadi keliru. Rambutnya diruap ke belakang. Stereng kereta BMW miliknya sesekali diketuk guna jari telunjuknya. Bangunan company miliknya dipandang sepi. Isyh tak boleh jadi ni! Telefon dikeluarkan. Dia ingin mengajak Nana untuk keluar. Hal ni mesti dibincangkan! Satu panggilan dibuat. Tidak berjawab. Panggilan kedua dibuat. Masih tidak dijawab. Dia jeda seketika. Cuti ke? Busy ke? Lantas number Aisyah didail. Okay jawab!
"Hah?!" jeritnya kecil saat mengetahui bahawa Nana tidak datang kerja. Menurut Aisyah, dia juga cuba menghubungi Nana, namun tidak dijawab. Message tidak berbalas. Dia nak ke rumah Nana pun tidak boleh memandangkan dia kerja shift pagi. Tengku Nabil menghidupkan enjin keretanya kembali. Button call pada stereng kereta ditekan, no Azmir didail.
"Hello? Hah.. Aku nak keluar sekejap pagi ni. Ada hal sikit. Nanti kau tolong cover kan aku untuk meeting pagi sat. Okay thank you" ujarnya lalu memandu menuju ke rumah Nana.
***Loceng rumahnya ditekan berulang kali. Masih tidak dijawab. Dia mengetuk pintu rumah Nana dengan sekuat hati. Hatinya jadi tidak keruan. Kerisauan melanda dirinya. Lock pada pintu dipandang. Baru dia teringat, sebelum ni Nana ada memberitahunya password rumahnya. Ditekan beberapa nombor. TIT! Pintu terbuka. Perlahan dia melangkah masuk. Iya lah risau, buatnya anak dara orang duk berkemban je kang! Satu hal pulak!
"Assalamualaikum.. Nana? Hello?" soalnya saat melangkah masuk. Kasut kulit miliknya ditanggalkan. Dia memandang sekeliling. Sunyi. Pintu bilik Nana dipandang. Kelihatan terbuka sikit. Dia berdolak dalih untuk masuk. Dah lah bilik tidur pula tu! Sesekali telinganya menangkap bunyi jeritan kecil dari bilik itu.
"Nana!!!" terus dia berlari masuk. Ah lantak lah apa nak jadi! Pintu dikuak luas. Kelihatan Nana sedang terbaring. Peluh di wajahnya di pandang. Terkerut-kerut dahinya. Dia perlahan duduk bersebelahan dengan Nana. Matanya menangkap beberapa papan ubat di sebelah katilnya. Tisu yang bersepahan di lantai diangkat. Dia memandang wajah Nana yang pucat. Lah sakit rupanya. Sedikit sebanyak dia berasa lega. Dia meletakkan telapak tangannya ke dahi mulus milik Nana. Hmm panasnya. Perlahan tangan itu turun mengelus lembut pipinya. Kesian dia ye, demam.. Dia melipat lengan kemejanya ke atas,dan melangkah menuju ke arah sinki di dapur. Towel kecil yang tergantung di ampaian di ambil. Setelah itu, dia kembali ke bilik Nana. Diperahkan kain yang direndam tadi dan dilap ke wajah Nana. Sesekali Nana tersentak apabila kain itu tersentuh kulitnya.
"Rest dulu ye.. Saya buatkan awak bubur" bisik Tengku. Dia meletakkan kain di atas dahi Nana. Perlahan kakinya diatur menuju ke arah dapur. Apron bercorak bunga kecil dicapai dan dipakai. Periuk kecil diambil dan dibasuh. Satu cupak beras dimasukkan dan dibasuh lagi. Air dimasukkan ke dalam periuk kecil sehingga setengah. Dapur elektrik dihidupkan. Sementara itu, beberapa jenis sayur dipotong dadu kecil. Dia dah biasa dengan kerja dapur, lebih-lebih lagi saat ayahnya masuk ke hospital. Dialah yang sering menjaga makan minum ayahnya. Sedang mengacau bubur di atas dapur, dia terdengar jeritan Nana yang agak kuat.
"Noooooo!!!" jerit Nana memecahkan suasana hening rumahnya. Dia terkejut. Dipandang ke belakang, arah bilik Nana. Terus dia berlari menuju ke arah bilik Nana. Sikit lagi nak terjatuh wooo!
"Kenapa Nana?!" soalnya saat melihat Nana duduk menghadapnya. Nana kelihatan tercungap-cungap mengambil nafas. Beberapa ketika, Nana berlari mendapatkannya dan memeluknya erat. Erat sangat! Dia terkedu. Senduk di tangan dipegang kuat.
"Shhh Shhh kenapa ni?" bisiknya perlahan sambil mengelus lembut belakang badan Nana menggunakan sebelah tangan lagi.
"Give me 5 minutes... Please" jawab Nana perlahan. Dia membenamkan wajahnya pada bahunya. Tengku Nabil hanya mendiamkan diri. Memberi ruang kepada Nana untuk menenangkan diri. Mesti mimpi buruk ni. Dia menggosok perlahan belakang kepala Nana.
***Beberapa senduk bubur di tuangkan ke dalam mangkuk bercorak floral. Dia melangkah menuju ke arah ruang tamu, di mana Nana kelihatan duduk bersilang kaki di atas sofa. Perlahan dia meletakkan semangkuk bubur di atas meja. Dia memandang Nana. Kedua bahu Nana ditarik menghadapnya.
"Let me see..." ujarnya lalu meletakkan telapak tangannya ke dahi Nana. Matanya memandang ke atas.
"Okay dah surut sikit demam... Ni saya ada masakkan bubur. Makan ni dulu, lepas tu makan ubat ni pula." sambung Tengku lagi sambil menunding ke arah bubur dan 2 biji ubat di atas meja. Nana masih mendiamkan diri. Apa yang difikirkannya pun, dia tak tahu. Dari tadi asyik diam je.
"Makanlah... Ke nak saya suapkan?" usik Tengku Nabil. Sengaja nak sakat Nana. Perlahan Nana mengambil semangkuk bubur dan disuakan ke dalam mulut. Hmmm sedap. Sesuap lagi dimasukkan ke dalam mulut. Tengku Nabil tersenyum.
"Sedap?" soalnya memecahkan suasana. Nana hanya mengangguk kecil. Dia menyandarkan badannya ke belakang sambil melihat Nana menghabiskan bubur tadi.
"Btw...macam mana awak boleh ada kat sini?" soal Nana lagi. Dia pelik. Buka je mata, orang pertama dia nampak adalah Tengku Nabil. Mangkuk bubur tadi diletakkan di atas meja. Dia menghadap Nabil di sebelahnya.
"Saya call awak nak jumpa.. Tapi awak tak angkat. So saya call Aisyah, then she said that she tried to contact you, but failed. So, dia minta saya datang rumah. Check awak. So here I am." jawabnya. Nana mengangguk tanda faham.
"Btw kenapa awak nak jumpa saya?" soal Nana lagi. Tengku Nabil mengangkat mangkuk bubur yang telah habis untuk dibasuh. Sambil berjalan dia menjawab.
"I have something to discuss with you..." jawab Tengku Nabil. Tangannya masih sibuk membasuh mangkuk dan beberapa pinggan lain lagi. Nana memandang belakang badan Tengku Nabil. Entah kenapa dia rasa selamat berada di antara Tengku Nabil. Mimpi tadi masih terbayang. Jelas! Dia risau. Telefon di sebelahnya berbunyi.
"Macam ni... Sebelum ni umi saya..." baru sahaja dia ingin menyambung. Telinganya terdengar bunyi deringan telefon bimbit. Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Nana mengawangkan telefon. Dia tersenyum. Nana terus bangun dan menuju ke arah biliknya. Dia menutup pintu.
" Hello? Kenapa? " soal Nana perlahan. Sekali sekala dirinya menoleh ke arah pintu. Risau Tengku Nabil mengendap.
"He's have another target." jawab seseorang dari hujung talian. Nana mengerutkan dahi.
"Who?" soal Nana.
"Tengku Nabil." jawabnya. Nana membuntangkan matanya. Maksudnya mimpi tadi tu petanda?! Dia memandang ke arah pintu. Sekali bilas, kepalanya terbayang situasi di mana Tengku Nabil ditembak.
"How did you know..?" soal Nana lagi.
"Dia ada attack Tengku Nabil before this. Boleh dikatakan... Attack something around him. Like his company. That's all the information I got. If you want to know more, you need to take a step closer." balas satu suara lelaki di hujung talian. Panggilan dimatikan. Nana terjeda seketika. Dia merupakan rambutnya ke belakang. Pinggangnya di cekak. Bibirnya diketap geram. Terdengar bunyi ketukan pada pintu biliknya. Lantas dia berjalan keluar menuju ke arah ruang tamu. Mereka berdua duduk bersebelahan.
"Ehem are you okay?" soal Tengku memandang wajah muram Nana. Nana hanya menggeleng perlahan.
"Huh about tadi. Sorry? Umi awak kenapa ye?" soal Nana lagi. Baru dia teringat cerita Nabil yang tergantung. Tengku Nabil memegang peha nya. Dia cuba mengumpulkan kekuatan.
"Umi saya... Dia nak masuk minang awak." balas Tengku Nabil jujur. Dia memandang anak mata Nana.
"What?!" jerit Nana kecil.
"I know this is too suddenly. Saya pun tak sangka umi tiba-tiba ungkit pasal ni. Tapi, saya tak paksa awak. Cuma saya just nak cakap, that... I really love you. Seriously. I know, saya ni tak berapa perfect untuk awak. But, Im fallin in love with you. Sincerely Nana. "terang Tengku Nabil sambil memandang anak mata hazelnut milik Nana. Dia tahu situasi sekarang macam tak kena nak bincang. Tapi dia kena usahakan juga! Baik dia mencuba dari terlepas begitu sahaja.
" What....." Nana terkedu dengan pengakuan oleh Tengku Nabil. Dia cuba menghadam setiap bait kata dari mulutnya. Semuanya terlalu cepat baginya.
"I know... Take your time. Saya sanggup tunggu. Takpelah, saya kena balik office ni. Ada meeting petang nanti. Awak fikirkan dulu lah ye. Rest well." ujar Tengku Nabil lagi. Dia bangun dan memusing kan badannya membelakangi Nana. Belum sempat kakinya melangkah, tangannya di capai dari belakang. Dia menoleh. Kini tangannya berada di dalam genggaman Nana.
" Lets get married " ujar Nana sambil memandang matanya. Kini, giliran dia pula terkedu!
"What?!" soalnya lagi untuk kepastian.
"I said... Let's get married" jawab Nana lagi. Tengku Nabil menutup mulutnya menggunakan kedua belah tangan. Dia terkejut. Eh ke gembira? Eh.. Ehh... Ehhhhhhh?!!! Tiba-tiba hidungnya terbau nasi minyak. Entah mana datang tak tahu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience