Bab 64

Fanfiction Series 42303

Beberapa kali terdengar bunyi keyboard ditekan dengan laju. Matanya masih tertacap pada skrin pc nya. Sengaja dibusykan diri. Taknak nampak dirinya berasa sedih. Segala meeting yang penting atau tak, besar atau kecil, semuanya dia ikuti. Sampai Azmir naik pening dengan dia. Semua benda dia nak rembat. Disebabkan itu jugalah dia sering pulang lewat ke rumah. Sengaja. Dia sengaja buat begitu. Biar dirinya tidak terserempak dengan Nana. Bukannya dia benci, tapi dia ingin beri ruang kepada Nana untuk membetulkan dirinya. Barulah nanti dia cuba slow talk. Pintu diketuk perlahan. Kelihatan Azmir di muka pintu. Dia mengangkat sebelah keningnya tanda tanya.
"Boss, ada tetamu VVIP nak jumpa boss." ujar Azmir. Tengku membuat muka pelik. VVIP? Siapa? Kedengaran derapan tapak kasut perlahan memasuki ruangan telinga. Ini... Ini derapan kasut heels! Dia membuntangkan mata. Tahulah dia siapa 'VVIP' tu. Tak guna punya Azmir! Tambah lagi serabut aku. Satu figura muncul di muka pintu. Hah! Kan dah cakap. Dia menyandarkan badannya ke belakang. Keluhan dilepaskan.
"Hye babe... Lama tak jumpa" sapa Elisya dengan manja. Perlahan dia mengorak langkah menuju ke arah Tengku Nabil. Baru sahaja ingin memeluk, Tengku Nabil bersuara.
"Please.. Have a seat." sampuknya sambil menunjukkan dua seat di hadapannya. Elisya terhenti. Dia berdehem. Malu mungkin?
"I mean... Lama tak jumpa" sambung Elisya lalu mengambil tempat duduk berhadapan dengan Tengku Nabil.
"Kenapa kau datang sini?" soal Tengku Nabil. Dia malas nak ambil tahu sebenarnya. Tapi, takde cara lain nak halau perempuan ni. Baik ditanya terus tujuannya kemari. Dia memandang Elisya lagi. Pakaian masih tidak cukup kain! Bukan nak kata Nana itu baik, namun selepas sahaja kahwin. Nana tidak pakai lagi baju yang mendedahkan lurah dada, atau skirt pendek menampakkan kakinya lagi di luar. Kecuali di dalam rumah. Itu kebiasaannya. Cuma, tudung sahajalah belum lagi di jinakkan. Inn shaa Allah dia cuba didik Nana.
"I nak tanya... Betul ke you dah kahwin?" soal Elisya. Itulah sebab dia datang ke office Tengku Nabil. Dia terdengar rumors mengatakan bahawa Tengku Nabil telah berkahwin. Dengan siapa? Dia tidak tahu. Harapnya dia dapat jawapan lah harini.
"Ha'ah dah. Kenapa?" jawab Tengku Nabil. Dia sambung melakukan pekerjaannya. Ingatkan hal apalah tadi. Matanya kini tertacap pada pc. Baik hadap pc ni, elok je tertutup. Dari hadap kau, sana sini terbuka. Dosa aku dapat.
"But why?! Bukan ke kita dah janji nak kahwin? You kahwin dengan siapa? Mesti betina tu goda you kan?!" tanya Elisya lagi. Dirinya menghentak meja Tengku Nabil. Tanda protes!
"Eh ehhh behave sikit ya. Kita ni dekat office tau. Bukan tepi jalan. Memekik macam ni helok sangat lah tu? Lagipun ini kan urusan hidup aku. Kenapa nak bagitahu kau. Lagi satu, mulut tu. Jangan sesuka hati panggil isteri aku betina. Called her well okay! Aku bagi amaran. Plus, dia tak goda aku macam kau buat sekarang ni, aku yang tertarik pada dia! Puas? "jawab Tengku Nabil lagi. Hatinya membara tatkala mendengar Elisya memanggil Nana dengan panggilan betina. Walaupun dirinya sekarang sedang berperang, namun dia masih sayangkan Nana lagi. Tidak pernah sikit pun berkurang. Cuma dalam proses kuarantin sahaja.
"Tak puas! Siapa beti.... I mean perempuan tu?!" soal Elisya lagi. Gerun melihat anak mata tajam milik Tengku Nabil ibarat menikam wajahnya.
"Why should I tell you? Apa hak kau?" soal Tengku Nabil sinis. Setahunya Elisya tiada apa-apa title yang membuatnya boleh mengetahui segalanya melainkan title EX sahaja.
"Kalau you tak bagitahu... I cari sendiri. I jumpa terus perempuan tu! I tak jamin apa yang I buat dekat dia!" ugut Elisya. Tengku Nabil membuat muka marah. Dia menghentak meja dengan kuat.
"HEY ELISYA! KAU DENGAR SINI BAIK-BAIK! KALAU KAU SENTUH NANA, WALAUPUN HUJUNG RAMBUT DIA. AKU TAKKAN MAAFKAN KAU DUNIA AKHIRAT. AKU AKAN PASTIKAN KAU DAPAT 2 KALI GANDA DARI APA YANG KAU BUAT!" jerkah Tengku Nabil kuat sambil menuding jari ke muka Elisya. Elisya tersentak. Tak pernah sekalipun Tengku Nabil meninggikan suaranya kepada dia. Dia terkaku diam. Kedengaran pintu dibuka. Azmir menonong masuk saat terdengar suara Tengku Nabil bergema. Satu office dengar. Itu menandakan, Tengku Nabil tu betul-betul marah! Jarang melihat diri sahabatnya yang satu ini. Siapa yang bernasib 'baik' sahaja dapat melihat.
"Azmir! Kau bawa keluar perempuan ni. Aku taknak tengok lagi muka dia dekat company aku. Kalau aku tahu, ada jejak dia dekat sini. Aku pecat siapa yang izinkan dia masuk! Dan kau Elisya, ingat pesanan aku! Kau tahu aku macam mana kan?" sambung Tengku Nabil lagi.
" You halau I Nabil? You halau I sebab betina tu?! Tunggu you! You tak kenal siapa I lagi! Lepaslah! "jerit Elisya lagi. Dia cuba melepaskan dirinya yang dipegang Azmir.
" You akan menyesal Nabil! " ujar Elisya terakhir lalu berlalu pergi. Jawapan yang diinginkan dirinya, dapat. Namun jawapan itu juga membuat dirinya bengang. Tengku Nabil meruap rambutnya ke belakang. Dia tambah serabut! Bahunya dipegang dari belakang.
"Bro... Relax" pujuk Azmir perlahan. Dia pun tidak tahu bagaimana ingin meredakan api marah Tengku Nabil. Setakat ini, memang tiada satu pun yang berjaya meredakan marahnya melainkan umi dan... Nana? Mungkin. Dia cuba memberi kekuatan dalaman kepada sahabatnya ini. Tok tok tok! Kedengaran pintu diketuk perlahan. Mereka berdua menoleh. Takkan lah Elisya patah balik?
"Can I come in?" soal Dato Keith. Tengku Nabil terkejut. Kenapa papa Nana datang ke sini? Terus dia mendapatkan Dato Keith dan bersalaman. Tak pernah-pernah papa Nana menjejakkan kakinya ke sini. Tiba-tiba harini dia muncul.
"Eh papa.. Jemput masuk. Azmir tolong buatkan air untuk papa. Thank you. Nanti kalau ada yang nak jumpa aku, kata aku busy okay?" berubah intonasi Tengku Nabil. Walau marah macam mana pun, dia kena hormat orang yang tak berkenaan. Dia mengambil tempat di hadapan Dato Keith. Kelihatan wajah tua yang masih tampak segar mengatur kan senyuman di muka.
" Papa nak air masak dulu? Nabil boleh ambilkan." tanya Tengku Nabil lagi. Dia bangun.
"Eh hahahha tak perlu. Papa dah minum tadi sebelum datang. Kenyang dah perut papa ni. Bloated! Hahahaha" jawab Dato Keith lagi. Dia menepuk-nepuk perutnya yang bulat itu. Matanya memandang wajah Tengku Nabil. Kusut. Satu perkataan yang cukup bagi menggambarkan situasi Nabil sekarang ini. Jadi.. Gerak hatinya betul.
"Are you okay?" soal Dato Keith. Tengku Nabil terkejut. Soalan apa ini? Dia perlahan mengukir senyuman.
"Okay je papa. Kenapa papa?" soal Tengku Nabil lagi. Sosok Azmir yang datang menghantar minuman menghentikan perbualan mereka berdua. Dato Keith menyisip sedikit air kopi. Hmm sedap.
"Setiap laut yang bergelora... Pasti tenang jua nanti." ujar Dato Keith lagi. Dia meletakkan cawan ke atas piring kecil. Matanya memandang menantunya di hadapan ini.
"Papa tahu kamu dan Nana ada masalah kan? Jangan risau. Nana takde bagitahu papa apa-apa. Boleh dikatakan, memang kalau Nana ada masalah dari kecil. Dia lebih suka memendam. Papa tahu anak papa sorang tu macam api. Egonya tinggi. Papa sendiri pun susah nak kawal dia. Tapi, papa harap Nabil faham. Nana jadi macam ni, sebab dia anak sulung. Lepas kematian ibunya, dia rasa dirinya itu galas satu tanggungjawab yang besar untuk menjaga keluarga. Dulu, dia seorang yang ceria, manja, mudah bertolak ansur. Mungkin, ditambah pula dengan kes Mawar, dia jadi macam ni. Papa harap sangat Nabil faham. Papa tahu bukan mudah nak kawal orang yang sebegini. Susah sangat. Tapi once you know how to control her. It will be easy for you after that. Papa harap kamu berdua dapatlah berbaik balik. Papa taknak kamu atau Nana fikir perkahwinan kamu berdua ini satu kesilapan. Setiap apa yang terjadi, Allah dah tulis. Dia nak uji kita sama ada kita kuat ataupun tidak. Tanggungjawab sebagai seorang suami teramat lah berat. Namun kenapa diberi kepada kita? Ada sebab dia. " terang Dato Keith. Dia melihat wajah Tengku Nabil. Menghadam setiap bait kata-katanya. Harap ini juga dapat membuka mata Tengku Nabil. Nak harapkan Nana memujuk dulu? Memang taklah gayanya! Sebab itulah dia sanggup untuk berjumpa dengan Tengku Nabil dahulu. Dia tahu Tengku Nabil mudah bertoleransi berbanding anak perempuannya itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience