Cermin mata jenama Dior dibetulkan. Setiap langkahnya diatur dengan megah. Lapangan terbang Glasgow di pandang. Lama dia tidak menjejakkan kakinya di sini. Sebelum pergi meninggalkan diri ke Malaysia, telah keluarganya menapak nama yang besar di UK dan beberapa buah negara lagi. Namun, sifat keluarganya yang sangat rendah profile menyebabkan hanya beberapa sahaja mengetahui mereka. Dia kembali melangkah maju menuju ke pintu keluar. Kelihatan beberapa buah teksi sedang menunggu pelanggannya. Tak sabar mahu berjumpa dengan adik kesayangannya itu. Namun, langkahnya diberhentikan apabila terdengar teriakan dari belakang. Dia terhenti.
"Hello miss. Miss. Stop please.!" jerit beberapa orang pengawal keselamatan yang berbaju uniform brown. Bahunya ditarik kasar dari belakang membuatnya terpusing. Dia memandang tajam 3 orang pengawal itu melalui cermin mata hitamnya. Dia hanya mendiamkan diri.
" May I see your passport please?" soalnya dengan kasar. Nana hanya membatukan diri. Dia menyilangkan tangannya. Kelihatan dua orang polis itu telah memegang pistol di tangan. Nana tersenyum sinis.
"Miss, I said. May I see your passport please. Or we need to bring you to the station" tanyanya kembali. Tangan di hulurkan lagak ingin meminta passportnya. Kelihatan beberapa orang sedang memandang mereka. Ada yang sedang merakam detik-detik sebegini. Tahulah Nana bahawa UK bukanlah seperti Malaysia, dilarang menunjukkan senjata api di tempat awam kecuali kejadian itu memaksa. Di sini, bebas. Disebabkan melihat Nana hanya mendiamkan diri, dia menarik tangan Nana dengan kasar. Akibat dilayan secara kasar, dia tidak boleh tahan lagi. Belum sempat pengawal itu lock tangan Nana, Nana memusingkan badannya dan wristlock tangan pengawal itu. Kelihatan pengawal itu mengerang kesakitan.
"Hey let him go! Let him go before I shot you!" jerit salah seorang rakannya. Nana memandang mereka. Sebelah tangannya membuka cermin mata. Kelihatan mereka sangat terkejut.
"First, do not appoint your gun towards me. Second, do not harass me. Third, do not approach me. Forth, do not challenge me!" terus dia melepaskan tangan pengawal tadi dengan kasar. Tajam anak mata menikam setiap bait wajah di hadapannya ini. Terkedu mereka dibuatnya. Terus mereka menyimpan kembali pistol crosman snr357 ke dalam sarungnya. Mereka tertunduk ke bawah.
" We are so sorry miss. Please spare us!" rayu mereka sambil menangis. Nana kembali memakai cermin matanya lalu memusing kan badan untuk pergi. Saat berada di hadapan pintu masuk, Nana terhenti sekali lagi. Kini bukan disebabkan ada orang menjerit. Nana tersenyum kembali.
"Well well... Dah-dahlah tu menyorok Boy. I saw you." kata Nana sambil memandang teksi di hadapannya. Terdengar derapan kaki dari arah belakangnya.
"Wow! How did you know? Impressive gila my princess ni" balas Boy di sebelahnya. Cermin mata jenama Playboy ditarik dan di sangkut pada poket bajunya. Dia melihat Nana berulang kali.
"Stop looking at me Boy. Siapa hantar kau? Papa ke?" soal Nana kembali. Lalu dipandang Boy di sebelahnya. Kelihatan lelaki berkulit putih ini makin segak. Kot kulit yang dipakainya menaikkan seri wajahnya. Siapa sangka, lelaki ini seorang yang sangat berpengaruh di negara UK ini.
" Well.. Macam biasalah" balasnya kembali. Nana menggelengkan kepalanya. Dia mengeluarkan telefon bimbit lalu nombor papanya didail. Kedengaran sahutan dari hujung panggilan itu.
"Hello? Nana dah sampai ke?" soal papanya girang.
"Kenapa papa hantar Boy?" soal Nana tidak menjawab pertanyaan papanya itu. Tahulah Dato Keith bahawa anaknya telah selamat sampai ke UK.
"Saja. Hehehe. Alah lagipun Nana kan dah lama tak balik sana, biarlah Boy temankan" terang Dato Keith untuk menenangkan hati anaknya itu. Nana menjeling Boy di sebelahnya. Kepala gila ni juga lah papa hantar. Boy tersengih. Sukalah dia finally dapat jumpa dengan buah hatinya. Panggilan dimatikan.
"Kau ni memang nak tengok aku sampai malam ke?" perli Nana. Rimas dia Boy duk tilik wajahnya atas bawah.
"Ahhhh sorry princess. Lupa! Jom kita gerak gi penthouse dulu. I dah kemaskan semuanya untuk you." Boy mengangkat bagasi milik Nana lalu menuju ke Range Rover berwarna hitam miliknya. Dia ditugaskan untuk melindungi Nana dan Mawar saat mereka di UK sehingga ke Malaysia. Alah tak payah suruh pun dia sanggup! Asalkan dapat jumpa buah hatinya. Lalu kereta bergerak menuju di atas jalan raya yang agak busy.
_____
"How are you doing?" soal Boy yang sedang memandu. Nana di sebelah di toleh seketika. Kelihatan buah hatinya itu sedang termenung ke luar tingkap.
"Like always..." balas Nana perlahan. Keluhan meniti bibir.
"Macam mana kau tahu 'dia' balik?" soalnya kembali. Nana memandang sisi wajah Boy. Kelihatan Boy mendiamkan diri. Masih fokus pada jalan raya.
"Budak-budak aku nampak dia. Nampak gaya macam follow Mawar. Tapi don't worry. Aku dah suruh budak-budak aku jaga Mawar" balasnya dengan tenang. Nana menganggukkan kepalanya.
"Kenapa sekarang baru dia muncul?" bait kata itu meniti pada bibir pink milik Nana. Pandangan diubah kepada jalan raya. Namun, fikirannya entah ke mana.
Hye! Sorry tak up semalam! Every ahad, saya off tau. Thank you and enjoy! Love you all<3
Share this novel