Di depan cermin, Nana berpusing-pusing di hadapan cermin. Okay ke baju ni? Dia berfikir sejenak. Dress labuh berwarna biru laut dan berwarna peach di tilik berulang-kali. Mana satu ni? Hurm. Isyh susahnya! Langsung phone di atas katilnya diambil lalu didail nombor yang dikenalinya.
"Hello Aisyah, help me. Tolong aku pilihkan baju yang mana Okay. Aku-" belum sempat Nana habiskan ayatnya,talian dimatikan. Aik? Apehal minah ni? Takkan sedih lagi kot. Baru semalam duk gelak dengan aku. Nana memandang skrin phonenya kembali. Gelap. Selang beberapa saat, panggilan video dari Aisyah memecahkan hening suasan bilik itu. Lantas dia mengangkatnya. Terpampang muka Aisyah di sebalik layar.
"Hah mana satu?" tanya Aisyah sambil menepekkan bedak sejuk sekeliling mukanya. Dah ada title ex ; kenalah lawa-lawa. Barulah si dia rasa kehilangan!
"Kau dah kenapa end call tadi? Marah nau" tanya Nana sambil meletakkan phonenya di atas meja solek. Kedua baju dress diambil dan ditunjukkan kepada Aisyah.
"Kau ni nak kata bengap taklah juga. Ada pangkat Doktor. Nak kata slow tu, line dah pakai 36 mbps. Nak kata celcom, pakainya maxis. Kau nak aku pilihkan dress. Lepas tu call aku? Hah memang aku ada mata dukun boleh tengok dari jauh" perli Aisyah. Ada ke suruh pilihkan baju dari call? Apa aku keturunan bomoh siam ke?
Nana mengetuk kepalanya menggunakan hanger di tangan. Ha'ah lah. Hehehehhe. Dia tersenyum kambing.
"Ni tolong lah, mana satu lagi better? This one... Or this one?" Dia menunjukkan kedua dress silih berganti. Aisyah memandang dengan fokus. Dahinya berkerut memandang kedua baju.
"Aku rasa better peach, sebab macam..."
"Macam apa?"
"Macam lawo ah bagi aku"
Nana memandang rakannya itu. Nasib baik lah jauh. Kalau dekat, mahu aku lekukan kepalanya.
"Seyes eh? Kau kalau aku kena gelak siap kau esok aku kerjakan. Kay lah bye bye. Nanti papa aku datang, aku tak siap lagi dia bebel kang" sambung Nana sambil mengangkat kembali phonenya. Dia kena gegas siap. Papanya dah otw.
"Iya seyes. Jangan risau. Bukan oppa oppa je ngorat kau, opah opah pun nanti ngorat. Hahahhahaha" gelak Aisyah di hujung talian. Suka mengusik rakannya. Dia tahu Aisyah tak suka bab-bab macam ni. Orang kata alergi!
"Kau jangan sampai ei eiiiii aku santet kau malam ni. Muntah paku lah esok," marah Nana.
"Alamak! Princess dah marah. Caw dulu!" terus Aisyah mematikan talian phonenya. Bimbang melarat dia berborak dengan Aisyah. Hahahah. Sebenarnya dia takut, Aisyah kalau marah. Mengalahkan lembu tak dapat susu. Teringat kembali saat ada houseman (intern doktor) salah bagi ubat pada patient disitu, kena marah satu ward. Habis terdiam terkedu semua staff disitu. Walaupun nampak je kecil molek Nana, mulutnya uish kalah Dato AA. Meletup kau! Terus Aisyah menggelengkan kepalanya. Fuh! Seriau. Nasiblah laki kau nanti Nana!
______________________
[di kondo Nana]
Kuasam punya perempuan. Siap kau esok! Terus dia meletakkan phonenya. Dia nak bersiap. Dendam tu nanti boleh balas. Aduh sempat ke ni? Ah sempat kan jelah!! Message dari papa nya mengatakan bahawa sudah hampir sampai lagi mengkelamkabutkannya. Dia bergegas menukar baju dress. Setelah siap, dia mengoleskan sedikit eye shadow ala-ala smokey. Bibir dicatkan sedikit berwarna pink nude. Pipi diletakkan blusher sedikit. Ah malu-malu gitu! Eyeliner dibentuk kan di hujung alis mata. Okay perfect! Cantik juga aku ni. Hehehehe. Pujinya sendiri. Rambut dibiarkan terurai separas bahu. Pin rambut berbentuk rama-rama dikepitkan di tepi rambut. Bagi nampak macam ala forest gitu. Ah! Bertambah lawa aku malam ni! Set barang kemas Calvin klein pemberian hari jadi yang ke 23 oleh papanya dipakai. Ini bukan perfect dah! Ini tak tahu nak kata apa. Bunyi dengtingan message mematikan lamunan berangannya.
'Papa dibawah. Faster please'
Terus Nana mencapai beg sandang tepinya dan heelsnya bersama. Dia menekan butang lif. Sekian beberapa minit lif tiba di lobby. Terus dia melangkah menuju ke pintu luar. Kelihatan kereta BMW berwarna putih sedang menunggu. Papa! Dia menuju ke arah pintu kereta belakang setelah driver membukanya, kelihatan papanya segak memakai tuksedo berwarna Brown. Dia pura-pura terkejut.
"Wow! Papa siapa ni? So handsome. O. Mai. God!" puji Nana lalu masuk ke dalam kereta. Matanya masih tertumpu pada papanya. Dato Keith memandang pelik anaknya. Lalu dicubit manja pipi anaknya itu. Nakal!
"Ngada! You're late. 3 minutes. Ganti balik 3 minutes papa" rajuk Dato Keith. Kereta telah pun beransur pergi menuju ke destinasi.
"Alololo majuk ye? Dia majuk ke? Meh Nana kiss pipi" Cup! Pipi kiri papanya dicium. Tersenyum terus papanya. Lemah betul kalau dengan anak-anak! Baru je sikit dah layu.
"Hah tu dah senyum ahahhaha"
Larutan malam itu dipenuhi dengan gelak ketawa oleh kedua pasangan ini : si ayah dan si anak. Menandakan bahawa mereka bahagia walaupun usia masing-masing sudah pun bertambah satu angka lagi. Namun kasih sayang masih utuh dan bertambah makin hari. Ini juga adalah anugerah dari Tuhan. Setelah kehilangan isteri tercinta, dia dipulihkan kembali luka itu dengan cinta dari kedua anak perempuannya. Betul aturan Tuhan itu. Kita sahaja perlu melihat dari sudut yang positif.
Sorry kalau ada kekurangan. Saya masih baru dalam mengarang novel. Jika ada kekurangan, mohon tegur dan bantu saya. Terima kasih sebab sudi membaca curitan yang tidak seberapa. <3
Share this novel