Nana menoleh kan pandangannya ke tepi, dilihat Adrian Lee sedang mengerang kesakitan. Jika dilihat dengan lajunya tadi, memang wajar lah impaknya kuat dan sakit! Dia menjadi serba salah. Memang kalau jumpa dengan dia ni asyik accident je ke? Soal dirinya sendiri. Dia segera bangun dengan bantuan Mawar. Manakala, Adrian Lee pula bangun dengan bantuan staff disitu. Nak tolong kau pun tak boleh! Diri sendiri tak tersupport ni. Sorry! Mereka bertiga terus keluar dari gelanggang ais dan melabuhkan duduk di salah satu kerusi. Mawar meminta izin untuk beli air sebentar di kaunter yang tidak jauh dari situ. Tinggallah dirinya dan juga Adrian. Dia serba salah. Tambah lagi melihat Adrian yang mengurut belakang badannya.
"Ermmmm... Are you okay? I'm so sorry. Saya tak pandai kawal laju tadi. Plus I don't know how to stop it. Nak pergi hospital tak?" ujar Nana menghilangkan rasa sunyi antara mereka berdua. Adrian Lee mengawang-awangkan tangannya di hadapan wajah Nana.
"No no it's okay...sikit je ni rasanya. Tapi not bad juga awak tadi kat dalam tu. Macam F1 dah hahaha" balas Adrian sambil tergelak. Walhal tadi memang sakit bebeno dah! Tapi dia gagahkan diri nak kawal macho kononnya.
"Are you serious? Nampak macam tak berapa okay je..." tanya Nana dengan riak kerisauan. Mawar datang menghulurkan dua botol air kepada mereka berdua lantas mengambil tempat di sebelah Nana.
"I'm so sorry sir... My sister ni dah lama tak ice skate. Sebab tu dia tak berapa nak pandai kawal tadi." backup Mawar lagi. Nana menoleh ke sebelahnya. Amboi sedap mengata ke aku? Eh budak ni aku pelekung karang!
"No no it's sokayyy... Btw no need to call me sir. Just call me Adrian." balas Adrian lagi lalu meneguk sedikit air yang diberikan kepadanya. Lega sikit. Fuhhhhh. Matanya memandang Nana di hadapan. Riak wajah risau yang diberikan sedikit sebanyak membuat hatinya gembira. Finally.... Susah betul nak bagi mata kau tetap pada aku!
"No its not appropriate. I will call you Abang Adrian. Is it okay?" balas Mawar kembali. Sangat tidak sopan jika memanggil orang yang hampir sebaya dengan kakaknya dengan nama sahaja. Dia tidak dididik sebegitu dari kecil. Adrian Lee mengangguk kecil tanda boleh.
" I'm so sorry... Saya betul-betul tak sengaja. Kita pergi jelah hospital ye? Biar semua kos saya tanggung." terang Nana lagi. Dia tak kisah pasal duit pun! Dia kisah pasal kesihatan orang je. Duit boleh dicari, kesihatan mana nak dapat? Shoopee pun takde jual.
" Hahahah if you insist too.. Macam ni jelah.. Apa kata awak belanja saya Lunch? Alang-alang dah nak pukul 1 ni. Saya pun tak makan lagi. Anggaplah itu semua just compensation for me." balas Adrian Lee lagi. Dapatlah juga idea dia untuk luangkan lagi masa dengan Nana. Dari terlepas macam tu je. Bukan senang nak dapat peluang sebegini!
" Errr.... Apa kena mengena nyaaa... "bisik Nana perlahan. Apa kena mengena accident dengan makanan? Tak masuk akal langsung! Orang suruh gi hospital, dia nak makan pulak! Pelik betullah. Namun disebabkan salahnya juga tadi, dia pun setuju sahajalah. Memandangkan ketiga mereka pun perut kosong, bolehlah.
***Setelah mereka bertiga lunch bersama, kini Nana dan Mawar meminta izin untuk pulang ke rumah. Spoil dah mood dia untuk berjalan-jalan lagi. Tambah-tambah apa yang dah jadi tadi! Malu dia nak berjalan dalam IOI Mall. Buatnya ada yang nampak dirinya 'accident' tadi masa tengah berjalan-jalan dalam mall, tak tebal muka dia? Biarlah lagipun esok lusa ada masa lagi untuk meluangkan masa bersama adiknya. Dia awal-awal lagi ambil cuti. Bunyi dentingan lif menunjukkan bahawa mereka bertiga tiba di ground floor. Nana dan Mawar mengatur langkah menuju ke arah kereta proton x70. Saat Nana berpusing ke belakang, dia terkejut melihat Adrian Lee masih mengekori mereka berdua. Nana menghentikan langkahnya.
"Erree...Cik Adrian nak kami hantarkan balik ke?" soal Nana dengan nada awkward. Dah kenapa siap follow diaorang bagai? Nak aku hantar, cakap jelah awal-awal. Ini follow macam stalker berjaya. Seram pula aku. Mawar awal-awal lagi disuruh masuk ke dalam kereta.
" Ehh nooo... Ini kereta saya. " jawab Adrian Lee lalu menekan kunci di tangannya. Kereta jenis audi betul-betul di sebelah kereta Nana berbunyi menandakan kunci dibuka.
"Ouhhhhhh... Ingatkan apa tadi.." sambung Nana lagi. Aduh! Dia terfikir jahat pula pada Adrian Lee! Patutnya dia kena ubah gut dia ni biar positif sikit, asyik sangsi je dengan orang!
"Apa? Ingat saya nak culik awak ke?" sakat Adrian Lee lagi. Dia melihat riak Nana yang risau akan dirinya.
"Ehhh mana ada. Apa pula Cik Adrian ni. Takdelah. Saya curious je. Mana tahu Cik Adrian tak boleh drive. Saya boleh tolong." terang Nana mempertahankan dirinya. Memang silapnya pun fikir bukan-bukan! Dahlah kau pergi langgar kan orang tu. Orang tu siap tolong lagi! Kau musykil dekat dia. Adrian Lee tergelak kecil dengan penjelasan Nana. Nampak cute je!
" No it's okay.. Saya boleh drive sendiri. Anyway, take care." tambah Adrian Lee lalu masuk ke dalam kereta audi miliknya. Nana juga begitu. Kedua enjin kereta dihidupkan. Nana memandang ke sisi nya untuk melihat Adrian kali terakhir. Dilihat Adrian memberi isyarat supaya menurunkan cermin. Nana segera menurunkan cermin pemandunya.
"Nanti apa-apa saya call ye. Byee take care!" kata Adrian lalu berlalu pergi menghilang dari pandangan. Nana terkedu. Dia menaikkan cermin kereta.
"Ehhh akak Nana dengan Abang Adrian ada apa-apa ke? Siap nak call lagi." tanya Mawar di sebelahnya.
"Ya Allah minta dijauhkan.. Taknak taknak" ujar Nana lalu memusing kan stereng untuk keluar dari perkarangan parkir.
Yeay! Tahniah kepada yang jawab Adrian. <3
Share this novel