Dia teragak-agak ingin membuka pintu biliknya. Ditekap telinganya ke pintu bilik. Cuba mendengar jika Tengku Nabil ada keluar bilik. Senyap. Kebiasaannya waktu sebegini, Tengku Nabil sibuk memasak breakfast untuknya. Namun, setiap kali itulah dia hanya berlalu pergi tanpa menjamah. Dia berdecit lalu mencekak pinggang. Nak keluar ke ni? Dia berdolak dalih. Alah keluar jelah. Langsung dia membuka pintu dengan luas. Dijenguk sedikit ke luar. Tiada tanda-tanda suaminya berada di ruang tamu. Ruangan di dapur di jengah juga, tiada. Kemas bersih. Dia jeda seketika. Dipandang pula pintu bilik suaminya yang bertentangan di hujung laluan memisahkan bilik mereka berdua. Terkunci rapat. Dah keluar maybe? Dia membetulkan beg sandang di tepi sambil menutup pintu dengan sebelah lagi tangan. Baru sahaja ingin berjalan keluar, terdengar bunyi bilik Tengku Nabil pintu dikuak. Dia memandang ke kirinya. Kelihatan suaminya yang berbaju kemeja biru menutup pintu. Pandangan mereka bertemu. Namun riak wajah yang dipamerkan Tengku Nabil hanyalah pandangan kosong. Tiada senyuman seperti selalu. Tiada good morning seperti selalu. Tiada pelukan mesra pagi seperti selalu. Bagaikan mereka tidak mengenali satu sama lain. Saat itu, Tengku Nabil hanya berlalu pergi tanpa menyapanya sepatah. Dia tersentap! Terdengar bunyi pintu rumah dibuka dan ditutup kembali. Dia termenung. Kenapa hatinya terluka? Ada perasaan yang tidak selesa manjamah dirinya. Rasa... Sakit yang mencucuk. Nana memegang dadanya. Kenapa dengan aku? Padahal memang ini yang aku harapkan. Kakinya diatur melangkah. Dia menunggu di hadapan muka pintu. Entah kenapa hatinya mengharap Tengku Nabil patah kembali dah memujuk untuk menghantarnya ke kerja. Hampir 5 minit berdiri sahaja, dia mengeluh perlahan. Tangannya lesu mengambil kunci kereta miliknya yang di sangkut pada key hook. Pintu dibuka dan kaki diatur lemah.
***Dia termenung jauh. Ditongkatkan dagunya. Dia bermonolog sendiri. Isyhhhhhh!! Rambutnya dikuak ke belakang. Nana meletakkan kepalanya di atas meja. Dia takde semangat untuk kerja langsung! Mujurlah, pesakit di Emergency Department tidak seramai biasa. Macam tahu tahu sahaja dia tiada mood sangat hari ini.
"Heyyo, jom Lunch!" tegur Aisyah di tepi Nana. Dia menepuk bahu Nana dengan kuat. Perlahan Nana mengangkat kepalanya. Dia memandang Aisyah di hadapan dengan pandangan kosong. Atau lebih lagi, lesu.
"Kau dah kenapa? Macam takde semangat je harini?" soal Aisyah tatkala melihat wajah sahabatnya yang lesu macam mayat. Nana mengeluh perlahan. Dia menilik jam di tangan. Menunjukkan hampir pukul 1 petang. Namun satu panggilan atau message dari Tengku Nabil tiada.
" Dah lunch rupanya... " ujar Nana perlahan. Rambutnya diruap perlahan ke belakang. Entah apa rupanya sekarang pun dia tak tahu. Lantaklah.
"Eh btw... Semalam kau balik dengan siapa? Suami kesayangan kau siap datang tau. Tunggu kau kat luar tu dekat sejam lebih. Aku fikirkan kau balik dengan dia. Kesian dia duk tunggu kau sampai lapar dibuatnya. Dah lah panas, berpeluh pula tu. Nasib baiklah dia jumpa aku, kalau tak. Dah jadi ikan kering laki kau Nana. " kata Aisyah lagi. Dia memandang Nana menyenyeh. Dia perasan... Nana macam tiada mood dengan Tengku Nabil. Namun dia tahu, dalam silap Tengku Nabil juga, terselit silap rakannya ini. Tetapi egonya yang tinggi mengalahkan gunung everest sangatlah tidak boleh diubati.
"Hmmmm..." jawab Nana perlahan. Tidak ada mood untuk menjawab apa-apa soalan pun. Leteran Tengku Nabil semalam masih berlegar dalam fikirannya.
"Aku bukan apa Nana. Taknak lah dicop sebagai penyibuk. Tapi aku sebagai kawan baik kau, aku nak nasihat sikit. Mohon masukkan dalam kepala hotak. Hati juga! Aku sayangkan kau. Sebab tu aku tegur. Walau macam mana pun, problem korang dalam rumah tangga. Tak kiralah salah siapa. Tapi bincang lah elok-elok. Jangan sampai ada salah seorang bermasam muka. Tak elok.. Lebih-lebih lagi dengan suami. Ingat syurga kau di mana. Aku bukan nak bajet alim. Aku pun masih jahil. Cuma perkara simple macam ni lah boleh mencetuskan masalah yang besar. Nanti kalau dah jadi bubur, payah Nana. Fikir-fikirkanlah Nana. Dah jom kita makan. Aku dah lapar! " nasihat Aisyah lalu menarik tangan Nana. Perutnya dah mengeluarkan lagu kpop. Baik dia makan makanan, sebelum dia makan Nana di hadapan ini. Nana terdiam seribu bahasa dengan nasihat Aisyah. Dia tersentak dengan setiap bait kata Aisyah. Iya ada betulnya. Namun, dia tidak tahu bagaimana nak meminta maaf. Sebab itulah dia hanya mendiamkan diri. Dia cuba mencari ruang untuk berbual dengan Tengku Nabil. Namun, setiap kali itulah, mulutnya ibarat terkunci rapat. Akhirnya, dia mengalah dan berlalu pergi. Memenangkan egonya yang tinggi.
Share this novel