Siulan di bibir dibunyikan mengikut rentak lagu yang bermain di mindanya. Senyuman di bibir menghiasi wajahnya. Sesekali dia terlompat kecil mengikut irama lagu. Dia mengorak langkah menaiki tangga untuk menuju ke biliknya. Kegelapan ruang tamu menandakan bahawa setiap penghuni rumah ayahnya telah pun beradu. Namun dia tidak dapat tutup perasaan bahagianya. Peristiwa dinner bersama Nana sentiasa bermain di fikirannya. Dia bahagia! Cukup satu perkataan melambangkan perasaan dirinya sekarang ini.
"Amboii jam berapa dah ni baru nak balik?" tegur satu suara dari arah dapur. Tengku Nabil terkejut kecil. Setahunya tadi, semua dah tidur. Dia berpusing dan melihat uminya bercekak pinggang.
"Aik umi tak tidur lagi?" soalnya pula. Dilihat jam di dinding menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Perlahan dia menuruni anak tangga kembali mendekati uminya.
"Ni kamu ke mana? Lewat sangat balik! Umi dah perasan sejak kebelakangan ni. Kerja ke tak kerja ke, mesti balik lambat. Jangan nak kata overtime dekat office, umi call Azhar kata kamu balik macam biasa." Datin Hanim menuding jari ke muka anak keduanya itu. Sengaja dia tidur lambat, nak tengok kenapa anaknya itu pulang lambat. Risau juga jika anaknya buat perkara yang tidak elok. Lantas dia mencium baju Tengku. Okay, tidak ada bau arak. Lega hatinya.
" Eh umi ingat Nabil minum ke? Eyyy Nabil waras lagilah. Nabil takkan sentuh benda-benda macam tu. Umi ni punnn" ujarnya tatkala uminya menghidu bajunya. Merokok pun dia tidak pernah. Adakan minum air kencing syaitan itu!
"Dah tu balik lambat buat apa? Baik kamu jujur dengan umi." tanya Datin Hanim lagi. Sesekali dia mendesak Tengku Nabil untuk menjawab.
"Ini... Nabil keluar makan..." jawab Tengku Nabil perlahan. Dia menguis kan ibu jari kakinya. Kepala di tundukkan ke bawah.
"Hah apa? Cakaplah kuat sikit" tanya uminya lagi. Ditarik sedikit telinga anaknya itu.
"Nabil keluar makannnnn... Adedede sakit umi" jawab Tengku lagi. Dia cuba menahan sakit telinga yang ditarik uminya.
"Dengan siapa?" tanya Datin Hanim dengan nada keras. Kebetulan juga, dia mendapat berita beberapa hari lepas yang mengatakan bahawa anaknya itu kini sering bersama Elisya. Risau dirinya tatkala mendengar nama itu kembali. Sudahlah kisah dahulu yang hampir membuat anaknya itu hampir gila. Takkanlah dia keluar dengan Elisya tu lagi?
"Dengan Nana umi.. Aduh sakitnyaaa.. Ampun umi ampun." balas Tengku Nabil lagi. Terus Datin Hanim melepaskan telinga Nabil saat mendengar nama Nana. Dia memandang Tengku Nabil. Sedikit sebanyak hatinya lega, namun kerisauan masih ada lagi. Ditarik lembut lengan Tengku Nabil untuk duduk di sofa. Datin Hanim menggenggam tangan anaknya. Dia memandang mata Tengku Nabil dalam-dalam. Mencari sesuatu.
"Sayang...umi nak tanya sesuatu.. Boleh?" soal uminya dengan lembut. Tengku Nabil membuat muka pelik. Tadi kemain garang macam harimau, ini bertukar jadi kucing? Lain macam..
"Kenapa umi?" soalnya lagi. Riak wajah uminya yang tenang namun tampak risau dipandang. Apa yang bermain di fikiran uminya sekarang ini?
"What do you think about Elisya?" soal uminya. Tengku Nabil terkejut saat mendengar nama itu. Macam mana uminya boleh tahu? Takkanlah Azmir yang report?
"Macam... Mana umi tahu?" Tengku Nabil tidak menjawab.
"I know sayang... Just answered my question." ujar Datin Hanim lagi. Setiap aktiviti anaknya, rahsia atau tidak, dia tetap akan tahu. Maklumlah nama pun IBU. Tengku Nabil jeda seketika.
"She's my past. Conclusion, she's nothing for me. Nabil tak tahu apa yang umi dengar or tahu. But for sure, Nabil memang takde apa-apa dengan dia! No more. She's totally gone from my heart." jawab Tengku Nabil lagi. Sebenarnya dia tak tahu apa perasaannya kali ini. Adakah dia gembira tatkala mendengar berita Elisya pulang ke pangkuannya? Adakah dia marah dengan apa yang telah Elisya lakukan? Dia dilema. Datin Hanim memandang mata anaknya.
" So how about Nana?" soalnya lagi tidak lepas memandang anak matanya. Tengku Nabil tersenyum. Entah kenapa, setiap kali mendengar nama itu sahaja, dia pasti bahagia.
"She's... Different. I don't know how to explain it. It's like.. My life totally different after I met her. My life is enriched by her presence in it. She was nothing for me before, but now.. She's something for me. Seeing she's happy, is enough for me. Furthermore, I don't know how to explain it. And she's like a puzzle for me, everyday I want to solve it "jawab Tengku Nabil. Wajah Nana terbayang satu persatu. Dia kembali memandang wajah uminya. Kelihatan uminya tersenyum.
" Why umi? "soalnya lagi. Pelik kenapa uminya tanya soalan sebegini.
" Now, it's explain everything. Umi lega sangat. " ujar Datin Hanim sambil menepuk-nepuk tangan anaknya itu.
" Hah? "Tengku Nabil terpinga-pinga.
" You know the facts that.. When you talk about someone you loves, your pupil.. It changes. When you told about them, I saw into your eyes. And I totally right about it. " tambah uminya lagi. Tengku Nabil kelihatan blur lagi.
" Hahahaha nanti kamu fahamlah. Btw, umi nak tegur sikit. Nana itu anak dara orang. Kamu bawa dia ke sana ke sini tanpa ikatan sah. Apa yang orang kata? Kamu tu takpe, CEO. Siapa je berani soal apa yang kamu buat. Nana tu? Dia tu cuma pekerja biasa. Orang boleh soal dia macam-macam. How she's gonna face it then? Think carefully. Kamu faham apa yang umi cakap? Macam ni jelah... Kamu bincang dengan Nana berdua. Nanti kalau on, umi dengan ayah pergi 'melawat' parents Nana. Dahlah, umi nak naik tidur dulu. Goodnight sayang. " terang Datin Hanim lalu bergerak menuju ke tingkat atas. Tengku Nabil masih terkejut dengan uminya. Dia berfikir sejenak. Ada betul apa yang uminya kata. Kalau dia tiada hubungan sah, macam mana nak lindung Nana? Plus, how's she gonna face it? Tapi... Nak ke Nana dengan dirinya? Pelbagai soalan menerjah fikirannya saat ini. Saat gembira bersama Nana tadi telah hilang dan diganti dengan pelbagai persoalan. Dia menyandarkan badannya ke belakang. Fikirannya menerewang jauh.
Share this novel