Bab 9

Fanfiction Series 42303

"Good morning Dr" ramah nurse di kaunter pendaftaran menegur Nana saat dia melangkah memasuki lobby hospital. Baju kemeja satin berwarna pink lembut disertai seluar slack berwarna putih, menaikkan seri Nana. Rambut diikat secara ponytail. Senang nak buat kerja.
"Hohooo Gooodddd morning you all" balas Nana. Ceria moodnya pagi hari macam ni. Permulaan yang baik. Ini yang semangat nak datang kerja ni. Saat sedang menunggu lif tiba, Nana memeriksa phonenya. Kalau-kalau ada message atau panggilan yang masuk. Kosong. Dia simpan kembali phonenya ke dalam poket seluarnya.
"Assalamualaikum Dr Nana" tegur seorang makcik di sebelahnya. Nana menoleh. Dia tersenyum manis.
"Waalaikumsalam makcik Leha. Ya Allah lama tak jumpa. Makcik buat apa kat sini? Dah sihat ke? Macam mana dengan kaki tu? Okay tak? Ada rasa tak selesa?" tanya Nana. Makcik Leha merupakan seorang patient nya dahulu yang mengalami kecelakaan 2 tahun lepas. Dia juga salah seorang doktor yang menyertai surgery kaki makcik Leha.
" Alhamdulillah, makcik sihat je. Ni ada appointment. Biasalah dah tua-tua ni. Banyak penyakit datang. Kaki ni biasalah, kejap kuat. Kejap lemah. Hahahaha. Lama tak jumpa Dr. Dr sihat?" balas makcik Leha kembali. Dia berasa tenang apabila berada di sekeliling Nana. Tak tahu kenapa, wanita ini ada aura yang boleh menyebabkan sesiapa je memandangnya menjadi tertarik.
" Alhamdulillah macam ni jelah makcik. Sihat seadanya. " Ting! Bunyi menandakan lif sudah tiba, Dr Nana menahan pintu lif untuk memberi laluan kenapa Makcik Leha. Ladies first! Eh astu aku bukan ladies ke?
"Terima Kasih." Dr Nana hanya membalas dengan senyuman di bibir. Butang 2 dan 3 ditekan. Butang 2 di mana floor klinik pakar berada di aras 2 iaitu destinasi tujuan makcik Leha. Floor 3 pula adalah office doktor. Lif tiba di floor 2, Makcik Leha melangkah keluar sambil berkata "Dr, nanti ada masa, datanglah rumah Makcik ye. Rindu makcik dengan kamu". Nana yang mendengarnya hanya membalas "Inn shaa Allah" lalu pintu lif tertutup kembali dan bergerak menuju ke atas pula. Disebabkan permintaan Tengku Nabil supaya dia menjadi Dr incharge kepada pekerjanya, dia ditukarkan ke unit Medical untuk sementara sehingga mereka discharge. Dia melangkah keluar menuju ke office. Kot putih yang dibawa di sarung ke tubuh nya. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Masih ada masa untuk review chart patients. Dia mengambil fail patients nya dan bergerak menuju ke ward 4.
"Good morning Dr Nana. Aik? Sini pula ditukarnya." tanya Sister Nurse di kaunter.
"Haah sister, buat sementara. Lepas patients saya discharge, kenalah balik emergency semula" balasnya dengan senyuman. Nana terkenal dengan sifat ramahnya dengan staff di hospital tak kira kerjanya apa, lagi-lagi dengan pesakit. Sebab tu semua suka dekat dengannya. Kecuali jika ada yang membuat masalah dengannya, itu kena lari jauh-jauh. Bom kalau nak meletup, sekeliling yang tak berkenaan pun akan kena.
"Okay lah sister. Saya gerak dulu. Nak tengok patients kejap sebelum round nanti" Nana pun melangkah pergi menuju room VIP 1, di mana Tengku Nabil requested supaya pekerjanya diletakkan disitu. Pintu diketuk dan ditolak dalam, kelihatan pesakitnya sedang menjamah breakfast.
"Good morning you all. Wow makin sihat nampaknya. Makan minum semua okay ke? Ada rasa sakit mana-mana tak?" tanya Dr. Nana. Satu perkara yang membuatkan seorang doktor bahagia, adalah apabila melihat pesakitnya semakin sembuh. Its a miracle for them. Mereka bertiga menoleh ke arah Dr.Nana.
"Good morning too. Semua nya okay Dr. Makan minum okay juga. Tadi ada nurse itu bagi ubat. Sudah takda sakit" jelas Vijay, salah seorang pesakitnya. Dr Nana mencatit sesuatu di dalam file nya. Dia pergi ke setiap katil untuk memeriksa fizikal dan luka pesakit. Semuanya cantik.
"Okay semuanya lawa lah! Saya nak gerak dulu. Nanti ada round baru saya datang balik. Have a nice meal! Kalau tiada apa-apa yang menghalang, you alls dah boleh discharge maybe tomorrow? I'll discuss with my superior" Nana meminta izin untuk keluar. Pukul 8 nanti ada round bersama Dr pakar. So dia kena segera berkumpul.

[setelah selesai round]
Nana mengeluarkan phonenya. Kata putus oleh Dr pakar tadi mengatakan bahwa patientsnya dah boleh discharge. Dia mengetuk skrin telefonnya dengan jari telunjuk. Call? Tak call? Call? Tak call? Call? Tak call? Hurmmmm. No Tengku pada file pesakitnya dipandang. Isyh takpe kan kalau aku call, as their doctor yang in charge memang aku lah yang kena call kan? Kan? Kan? Nafas ditarik dalam. Alah! Call je pun! Bukannya apa sangat. No Tengku didail. Butang call ditekan. Bunyi deringan phone berlarutan. Eik? Busy ke?
"Hello?" soal Tengku di hujung talian.
"Ouh ah hello" balasnya kaku. Apa aku nak cakap ni ek? Lupa pula tetiba.
"Ouh yes I mean Hello Dr Nana. What's bring you up to call me in early morning ni?" tanya Tengku ramah. Nana call dia weyh! Pagi-pagi pula tu! Hahahhahaha bukan biasa biasa. Bertambah mood nya di pagi hari.
"Errr macam ni Tengku, tadi dr pakar dah izinkan untuk pekerja Tengku discharge. Maybe this evening. Tengku free ke petang ni?" soal Nana terus. Buat apa kiasan? Direct jelah terus! Easy!
"Ouhhhh.. Ermm wait let me check my schedule first." kedengaran suara Tengku di hujung talian memanggil pembantu peribadinya. Nana menunggu seketika.
"Ouh okay Dr. Nana. I free je petang ni. Nanti saya datang. Thank you for calling." balas Tengku Nabil dengan riang. Nana tersenyum kambing. Apa yang di sukanya pun tak tahu.
"Okay see you soon. Bye" terus Nana mematikan telefonnya. Dia tersenyum sendirian. Kakinya di hentak-hentak kecil. Kerusinya di pusing-pusing ya. Nasib baik takde dr lain dalam office ni.
"Woi kau dah kenapa? Terpusing pusing. Terpusing pusing." jerkah Aisyah di muka pintu. Dek terkejut dengan Aisyah, Nana jatuh daripada kerusi. Buk! Aduhhhhhh. Sakitnya pinggang aku. Kuasam punya Aisyah! Nana menggosok pinggangnya. Aisyah terus mendapati rakannya yang jatuh dah macam nangka busuk tu. Kerusi didirikan kembali.
"Kau ni kan. Boleh tak bagi salam dulu!" marah Nana. Actually bukannya dia marah sebab Aisyah tak bagi salam, tapi sebab tertangkap perangai dia tadi tu.
"Eh aku pula. Aku dah ketuk berkali-kali kat pintu tu, nak pecah dah gayanya. Kau duk terpusing kat sini duk hihi hoho. Apa yang kau sukakan sangat?". Nana hanya mendiamkan dirinya. Dia membetulkan duduknya. Sakit di pinggang terasa lagi. Aisyah menarik kerusi lalu duduk di sebelah Nana. Dia memandang Nana yang sibuk menaip sesuatu ke dalam pc nya.
" Kau taip apa nyah? "soal Aisyah tatkala melihat Nana sibuk menekan keyboard tetapi tiada apa-apa apps yang dibukanya. Mengelamun jauhnya. Nana tersedar, dia hanya menaip kosong. Terus berdehem.
" Ak... Aku nak ni. Buat surat discharge patients aku." terus mouse ditekan. Aisyah memandang pelik rakannya ni.
"wokeyyyyy wokeyyy I believe you" sakat Aisyah. Nana memandangnya dengan membuntangkan matanya.
"Betullah tengok ni. Tengok! Discharge patient!" sambil menunjukkan screen pcnya. Aisyah gelak kecil.
"Iyaaaa kan aku kata aku percayakan kau. Hahahaha" sakat ya lagi. Aisyah bangun berdiri ingin pergi. Dia singgah je tadi. Alang-alang tu sakat lah Nana. Hehehehe.
"Tapi kan, buat surat discharge patient pun muka merah merah." tambah Aisyah lagi. Nana membuntangkan matanya terkejut.
"Aisyahhhhhhhhhh" jeritnya penuh ruangan office itu. Aisyah gelak kuat lalu berlari pergi. Bukan selalu ada chance macam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience