Gloves dan mask dibuka dan dibuang ke dalam clinical bin. Badan di renggang kan sedikit. Urat-urat di badan bagaikan ingin meletup. Mana tidaknya, tadi dia didatangi 2 buah kereta yang mengalami accident. Disebabkan doktor incharge emergency hanya 2 orang pada pagi itu, kelam kabut dia dan Dr Farisha berserta beberapa petugas pembantu perubatan melalukan dressing dan sebagainya. Jam di tangan di tilik. Jarum pendek dah melepasi angka 10 pagi. Tak sempat nak breakfast pagi tadi. Dia mengambil tempat duduk di dalam biliknya. Peluh di dahi dilap. Perut bergeroncong menandakan minta diisi. Tetiba pintu biliknya diketuk. Dia mengangkat kepala lalu berkata "Masuk". Kelihatan Aisyah membimbit 2 beg plastik orange. Terdapat juga air soya panas bersamanya. Inilah penyelamat aku! Sayang kau Aisyah. Aisyah yang berbaju scrub memasuki ruangan rakannya itu. Dia ada dengar ada kes emergency pagi tadi, mesti rakannya tu tak sempat makan lagi. Memang rutinnya suka breakfast di hospital. Aisyah mengambil tempat duduk di hadapan Nana. Di hulurkan sebungkus nasi lemak dan air soya panas.
"Nah makan ni. Tahudah tak sempat nak makan. Tengok muka pun macam mayat hidup." terus disambar lauk paginya itu. Macam zombie kelaparan.
"Woi bismillah mana? Nak share dengan setan kiri kanan kau ke? Baik sangat tu" perli Aisyah melihat Nana hampir menyuapkan sesuap nasi lemak ke dalam mulutnya. Terhenti sebentar.
"Hehehehe. Bismillah" ngap. Sesuap masuk ke dalam mulut. Sedapnya. Dia sisip sedikit air soyanya. Pergh memang combination yang menarik!
"Dengar cerita pagi tadi ada kes" soal Aisyah memecahkan suasana. Kelihatan Nana asyik sangat makan sampai tak ingat dia dah. Nana berhenti makan. Dia mengangguk.
"Ha'ah, dah tadi doctor 2 orang je incharge emergency. Nasib baiklah ada Farisha dengan MA lain tu. Kalau tak. Mati aku hahaha" balas Nana. Memang kehidupan di emergency tak boleh disangka. Kadang-kadang patients datang sebab sakit biasa. Kadang-kadang sebab emergency case. Memang unpredictable! Tapi dia suka. Dia sukakan cabaran. Itu lah salah satu sebab dia jadi doktor kecemasan sebab nak busy kan diri. Dia taknak dirinya terus dibelengu serba salah akibat kes beberapa tahun yang lepas. Perbicaraan mereka terganggu apabila terdengar bunyi ketukan di luar pintu.
"Assalamualaikum Dr Nana. Sorry ganggu. Ada meeting sekejap dekat atas. Dr Resh panggil semua. Including you Aisyah" jelas seorang petugas nurse yang menjaga di kaunter hadapan.
"Ahh gumawo. Nanti saya dengan Aisyah gerak." balas Nana dengan senyuman. Mereka cepat-cepat menghabiskan makanan yang tersisa.
____________
Seminggu telah berlalu sejak pertembungannya dengan Nana tempoh hari. Kini masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Pen diketuk pada meja. Otak masih ligat berfungsi. Macam mana amount dia tak sama ni? Problem dekat mana ni? Soal Tengku sendirian. Dia pelik. Sekali-sekala fail dibelek lagi. Kepalanya kembali sakit. Mata di pejamkan sebentar. Leher diurut halus. Cermin mata di tanggalkan dan diletak tepi. Dia bangun menuju ke coffee machine yang tersedia lalu membuat secawan coffee. Mungkin selepas itu, dia dapat memerah otaknya lagi. Sejak dua menjak ini, company dia selalu je ada yang tidak kena. Kejap supplier tarik tender tiba-tiba. Pekerja berhenti tiba-tiba. Ada problem dengan management. Walhal setahu dia, setiap aktiviti di company masih bawah jagaan dia. Pasti ada benda yang silap, namun tidak dapat dia temui. Dia termenung melihat bandar Kuala Lumpur. Matahari terik terpacak di atas. Coffee disisip sedikit demi sedikit. Tetiba fikirannya terbang menuju perempuan itu. Nana. Entah kenapa dia terfikirkannya. Tanpa sedar senyuman meniti bibirnya. Angau ke aku ni? Lamunannya terganggu akibat ketukan di muka pintu, dia mengarahkannya untuk masuk. Kelihatan pembantu peribadinya merangkap rakan baikknya sejak zaman sekolah lagi , Azmir masuk bersama 3 buah file. File tersebut di hulurkan kepada Tengku Nabil. Dia kembali memakai cermin mata. Lalu di tilik satu persatu file tersebut.
"Kenapa bro tetiba je kau minta file ni?" soal Azmir lalu mengambil tempat duduk. Dia pelik. Tengku Nabil tetiba memintanya mengambil file stock company 3 tahun lepas. Puas kerah dia mencari dalam stor. Nasib baik jumpa.
"Aku pelik. Amount tak kena. Tengok ni. 3 tahun lepas pun sama" tunjuk Tengku Nabil pada amount modal dan pendapatan company yang tidak masuk akal. Almost 20,000 hilang setiap tahun. Azmir mengerutkan dahinya. Ha'ah lah. Dia memandang Tengku Nabil.
"Kau rasa apa yang aku rasa ke?" soalnya. Tengku mengaggukkan kepalanya lalu menjawab ; "Aku tak tahulah, sejak kebelakangan ni kan. Company macam ada problem tau. Before this takde lah nampak sangat. Kalini, banyak sangat prob yang occur. Tender kita banyak kena tolak. Supplier taknak join dengan kita dah. Aku serabut doh." dia meramas kan kepalanya yang makin sakit. Keluhan besar dilepaskan. Azmir memandangnya risau.
" Takpe bro. Ini prob kita solve sama-sama. Aku adalah. Takyah lah risau sangat" Azmir menenangkan rakannya yang kusut. Satu persatu masalah timpa di bahu rakannya. Deringan phone Azmir menyebabkan mereka terdiam. Terdapat panggilan daripada site.
"Hello?" jawab Azmir. Tatkala terdengar jawapan daripada hujung panggilan, membuntang mata Azmir. "WHAT?! So sekarang dekat mana dah? Okay-okay. Aku gerak dengan bos. Bye. Waalaikumsalam" terus dia mematikan telefon. Muka kusut Tengku Nabil dipandang. Dia menelan air liur. Macam mana nak bagitahu ni?
"Apa dia.? Bagitahu jelah. Alang-alang aku dah serabut ni. Serabut kan aku sekali gus." balas Tengku lemah. Azmir menyambung ; "Dekat site, ada problem. Tukang kita terjatuh. Sekarang diaorg dah bawa pergi hospital. But now, polis tengah investigate". Tengku Nabil memicit kepala kembali. Kenapa polis nak terlibat sama ni?
"Okay. But now, bukan ke aku suruh check safety kat sana setiap hari before work? Macam mana benda ni boleh terjadi? And why police involved?" soalnya bertubi. Azmir sambung lagi "Ada orang report. Kata site kita tak selamat untuk pekerja.".
WHAT?!
Share this novel