Bab 59

Fanfiction Series 42303

Suasana ruang tamu rumah milik Nana bising dengan bunyi barang dikemaskan. Baju-baju yang bersepahan dilipat dan dimasukkan ke dalam luggage. Tangannya masih sibuk melipat pakaian. Dia bercekak pinggang. Bila nak sudah kerja aku ni? Telinganya menangkap suara gelak ketawa suaminya, Mawar dan Tengku Batrisyia silih ganti. Kelihatan Tengku Nabil seperti zombie sedang mengejar Tengku Batrisyia dan Mawar. Dia mengecilkan matanya. Bukan nak tolong ringankan beban! Tambah lagi beban! Beberapa kotak yang elok terisi barang dan tersusun habis jatuh berantakan. Nana geram! Dia mengambil bantal kecil disebelahnya lalu dibaling mengenai belakang badan Tengku Nabil. Tengku Nabil menoleh. Ketiga mereka senyap. Sunyi sepi rumah.
"Best main kejar-kejar?" soal Nana dengan nada perli. Tengku Nabil tersenyum kambing. Dia menoleh ke arah Mawar dan Tengku Batrisyia di belakangnya yang sedang elok menekur lantai.
"Mawar! Batrisyia! Pergi masuk bilik!" arah Nana. Baik dia je yang berada di ruang tamu. Senang buat kerja sikit. Mawar dan Tengku Batrisyia tekur mengikut arahan. Mereka berdua berjalan memasuki bilik tidur Nana. Setelah pintu ditutup,Nana mengalihkan pandangan ke arah Tengku Nabil pula. Tangan diawangkan gaya memanggil Tengku Nabil kemari.
"Sini..." ujar Nana lagi. Tengku Nabil menggeleng.
"Sini....." sambung Nana lagi dengan nada keras. Tengku Nabil menggeleng laju.
"Tengku Nabil bin Tengku Zahar!" tambah Nana lagi. Kini dia bercekak pinggang. Macam makcik-makcik marahkan anak kecil. Terus Tengku Nabil berjalan laju menuju ke arah isterinya.
"Duduk sini...duduk!" Nana menarik tangan Tengku Nabil untuk duduk bersebelahan dengannya. Kelihatan Tengku Nabil masih teragak-agak. Takut kena pukul gayanya. Dia mendengus perlahan. Dipandang sisi wajah suaminya yang tertunduk ke bawah. Sebelum kahwin, bukan main gentleman. Lepas kahwin, macam budak-budak!
"Awak... Cer pandang saya. Sini pandang saya ni" ujar Nana lembut sambil memegang kedua pipi maskulin milik Tengku Nabil. Elok! Sedikit pun tiada kumis. Halus sahaja. Dipandang anak mata milik suaminya itu. Alahai! Sejuk je hati tengok. Tak jadi nak marah!
"Can you help me? Please.. Penat lah kemas sorang-sorang." rayu Nana dengan suara comel. Tengku Nabil tersenyum.
"Apa? Ulang lagi?" soal Tengku Nabil. Nana memicit kedua pipinya.
"Taknak tolong sudah! Nyampah." rajuk Nana. Dia kembali melipat bajunya. Sengaja mencebikkan bibir.
"Alolololo majuk pula dia ni." pujuk Tengku Nabil lalu memeluk pinggang Nana. Nana menepis manja. Sengaja tambah rajuk! Biar dia pula pujuk. Tambah lagi dia suka dipujuk Tengku Nabil.
"Taknak! Sana pergi sana. Pergi main dengan kerusi tu!" jawab Nana. Dia mengetap bibirnya. Geram!
"Eyyyy jangan ketap-ketap bibir tu. Saya kiss kang!" Tengku Nabil memberi amaran. Tidak suka melihat isterinya mengetap bibir.
"Biarlah bibir saya!" jawab Nana. Dia mengetapkan lagi bibirnya. Sengaja mengajuk Tengku Nabil di sebelah. Siap ditayangkan ke wajahnya.
"Ehh bibir sweetheart pun, saya punya juga!" ujar Tengku Nabil. Terus Nana menutup bibirnya menggunakan kedua tangannya. Dia membuntangkan matanya. Terkejut dengan realiti. Rasanya dia baru disepak oleh fakta bahawa kini dia sah menjadi isteri kepada Tengku Nabil. Tengku Nabil tersenyum sinis. Perlahan dia mendekatkan dirinya kepada Nana. Sengaja nak mengusik. Saat wajah mereka mendekat, Tengku Nabil perlahan menurunkan matanya ke arah bibir Nana yang ditutup oleh tangannya. Nana membelakangkan diri. Mencari ruang. Detak jantungnya tidak keruan. Dipandang mata Tengku Nabil meniti bibirnya.
"You know indirect kiss? Hmm..." bisik Tengku Nabil perlahan. Suka dia melihat muka Nana membahang merah. Itu bermakna dia tahu sedikit sebanyak Nana menyukai nya juga. Nana menggeleng perlahan. Tadi dia nak mengusik Tengku Nabil, kini dia pula terusik. Tengku Nabil pula lagi mendekatkan bibirnya ke arah tangan milik Nana. Perlahan... Perlahan... Perlahan...
"ARGHHHHHHH" terdengar jeritan Mawar dari dalam bilik. Mereka berdua terus menoleh. Mawar! Jerit hati Nana. Dia menolak dada bidang milik suaminya. Terus mereka berdua berlari ke arah bilik.
"Kak Nana! Angah! Mawar.....mawar!" jerit Tengku Batrisyia kecil saat dia membuka pintu. Nana segera masuk ke dalam bilik. Kelihatan Mawar berselubung dengan selimut. Terdengar suara Mawar mengatakan TAKNAK TAKNAK. Nana perlahan mendekati adiknya. Dia cuba menarik selimut. Namun tidak berjaya.
"Mawar...mawar...kak Nana ni.. Kenapa Mawar?" soal Nana perlahan. Tangannya masih cuba menarik selimut yang menyelubungi badan adiknya. Beberapa detik berlalu, perlahan selimut itu ditarik dari dalam. Wajah Mawar yang kebasahan air mata dipandang sayu. Terus Nana memeluk badan adiknya itu. Diulus lembut belakang badan adiknya. Setelah menenangkan adiknya, dia melepaskan rangkulan. Dilap air mata yang bercupak.
"Kenapa ni sayang? Hmmm?" soal Nana perlahan. Bahu Mawar terhenjut-henjut menahan tangisan. Perlahan tangannya diangkat, jari telunjuknya diarah pada telefon miliknya yang berada di muka pintu. Nana memandang ke arah belakangnya. Kelihatan Tengku Nabil menunduk dan mengambil telefon itu. Saat suaminya membaca skrin, berkerut dahinya. Nana heran. Apa yang dibacanya? Terus Tengku Nabil mendekati Nana. Di hulurkan kepada Nana. Nana membaca message.
'How are you Mawar? I miss you dear. Lama kita tak jumpa. Kenapa balik Malaysia tak bagitahu? Anyway, is your scars healed?' . Nana geram! Tak guna! Macam mana dia boleh tahu Mawar di Malaysia!
"Tak guna!" perlahan bibirnya meniti perkataan tersebut. Namun Tengku Nabil sempat menangkap bait itu. Dia mengerutkan dahinya. Apa yang dirahsiakan oleh Nana? Dia ingin tau.
*** Malam itu mereka berempat bermalam di rumah Nana. Disebabkan petang tadi tidak sempat mengemas barang. Jadi, ditangguhkan plan ke esok hari. Nana menghadap tingkap biliknya. Dia menyilangkan tangan. Tengku Nabil pula tadi membersihkan dirinya. Macam mana dia boleh tahu? Walhal telah pun dia rahsiakan keberadaan Mawar? Ke... Ada spy...? Dia meraupkan rambutnya ke belakang. Terasa bahunya dipeluk dari belakang. Tengku Nabil memeluk erat bahunya. Terasa hilang sekejap serabutnya. Dia memejamkan mata seketika. Mengambil semangat. Lama mereka dalam keadaan sebegitu.
"Sweetheart...boleh saya tanya something?" bisik Tengku Nabil perlahan.
"Hmmm?" jawab Nana perlahan. Matanya masih di pejamkan.
"Apa maksud message tadi? Dia dah ada kat Malaysia ke?" soal Tengku Nabil. Nana terus membuka matanya. Riak wajah yang dipamerkan, riak wajah yang kurang selesa. Senyuman dimatikan. Dia menoleh ke belakang.
"Macam mana awak tahu dia kat Malaysia? Wait... How did you know about this? I've never tell you." soal Nana dengan tegas. Setahunya kes adiknya adalah kes yang amat rahsia. Tiada orang luar boleh tahu. Melainkan papanya, adiknya, dr psy, dan juga si pelaku. Dia musykil. Lebih kepada syak wah sangka.
" Err...... " Tengku Nabil teragak. Dia terlepas kata.
"How did you know?!" tanya Nana sekali lagi. Dengan nada tegas.
"Okay okay... Relax first. Take a breath. Apa-apa pun, I'm really sorry. Before this, sweetheart ingat masa kes first time saya jumpa Mawar dekat mall hari tu? After that... Saya suruh Azmir selidik. And that's how I know. I'm sorry sweetheart. I didn't mean anything harm towards both of you. I really love you. I need to know anything, for me to protect you. All of you. " terang Tengku Nabil sambil memegang kedua tangan Nana. Dia mencuba mendapatkan kembali kepercayaan Nana. Nana mengerutkan dahi. Dia mengeluh lemah. Kemudian dia tersenyum sinis. Perlahan tangan Nabil dilepaskan.
" I don't need you to protect me Tengku Nabil. To protect us. We can do that." terus Nana mengambil langkah keluar dari bilik. Tombol pintu dipulas.
"We? We?? Maksud sweetheart, si Boy tu ke? Si Brian tu? I'm your husband Nur Hanna!" ujar Tengku Nabil dari belakang. Dia geram! Dia adalah suami sah. Tapi kenapa Nana tidak mempercayainya?
"It's not your business." jawab Nana lalu melangkah pergi. Tengku Nabil meraupkan rambutnya.

Agak panjang sikit... Sorry!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience