Deruan angin yang sejuk dan gemalai membuat Nana terbuka matanya. Saat dia membuka mata, persekitarannya yang penuh dengan bunga-bungaan kini menjadi seri pandangan. Pelbagai jenis bunga mekar segar di sekelilingnya. Mimpi ni lagi? Dia berbisik di dalam hati. Di tenung pula pada badannya. Kini tersarung dress putih seperti sebelum ini. Dia melontar pandangan ke arah tasik di hadapan. Masih sama seperti sebelum ini. Cuma yang berbeza, tiada piano classic. Cuma terdapat jambatan kecil sahaja. Perlahan kakinya melangkah menuju ke hadapan. Nana tidak tahu ingin ke mana. Namun, di turutkan jua setiap langkah kakinya. Hidung menangkap bauan segar dari pelbagai jenis bunga. Harum. Dia menjadi tenang. Suasana yang damai menyejukkan hatinya saat ini. Setelah berjalan-jalan, Nana terasa ingin berehat sebentar di sebuah pokok yang rendang di tepi tasik. Dia melabuhkan duduk di atas rumput yang kehijauan penuh dengan chlorophyll. Matanya dipejamkan. Indahnya perasaan ini. Saat sedang melayan perasaan, tangannya terasa disentuh. Dia membuka mata dengan segera dan menoleh ke tepi. Kelihatan wajah suami kesayangannya sedang tersenyum ke arahnya. Entah bila suaminya itu muncul, dia tidak sedar. Nana tersenyum manis. Dia melentokkan kepalanya ke bahu Tengku Nabil. Pegangan tangan dikemaskan. Jujur dia cintakan lelaki ini. Sangat cinta. Andai ini mimpi, biarlah dia lena dengan puas. Namun, lama kelamaan dia terasa pegangan tangannya longgar. Dia membuka matanya. Tatkala menoleh ke sebelah, Tengku Nabil seolah-olah kehilangan bayangan. Nana cuba menyentuh tangan Tengku Nabil. Namun hampa. Ibarat hologram. Dia mencuba menyentuh pipi suaminya pula. Tetapi tidak boleh. Perlahan-lahan bayangan suaminya hilang di hadapan matanya. Baru dia teringat mimpinya sebelum ini, di mana suaminya jatuh menyembah bumi akibat ditembak. Matanya kian bergenang tatkala gambaran itu memasuki fikirannya. Dia memandang sekeliling. Cuba mencari sosok lelaki yang menembak suaminya itu. Tiada. Dia berdiri.
"Abang....!!" jeritnya. Dia cuba memanggil suaminya. Kakinya melangkah laju ke hadapan. Matanya sibuk mencari sosok suaminya. Air mata kini tumpah melintasi pipinya.
"Abanggg!! Abang kat mana?!" jeritnya lagi. Suasana di situ ibarat terowong kosong. Hanya bergema dengan suaranya sahaja. Dia meruap rambutnya ke belakang. Suasana yang tenang tadi kini bertukar gemalap. Entah kenapa, langit yang terang benderang tadi kian bertukar menjadi mendung. Dia menoleh ke atas. Kelihatan matahari yang indah kini tertutup dengan awan gelap. Suasana menjadi malap. Bunga-bunga yang menyerikan persekitaran, kini bertukar menjadi sebuah padang pasir yang luas. Tiada lagi bunga yang mekar. Tiada lagi rumput kehijauan. Pokok yang menjadi tempat teduhannya bertukar menjadi sebuah pokok yang tua dan hanya tinggal ranting sahaja. Jantungnya kini berdetak hebat. Dia cuba mengambil nafas dalam-dalam. Ya Allah, jika ini mimpi, sedarkan lah aku. Dia tak sanggup nak hadap situasi selepas ini. Semuanya terasa seperti benar-benar terjadi. Atau... Akan terjadi. Dia tak sanggup. Dia tak kuat. Air mata di pipi di lap dengan tapak belakang tangannya.
"Abanggggg!!" Nana menjerit lagi. Masih tidak putus asa mencari suaminya. Kakinya berlari berpusing - pusing mencari kelibat suaminya. Namun tiada. Saat dirinya sedang menoleh ke belakang, dia terlihat sosok yang amat dikenali ya, Mawar. Dari jauh, kelihatan Mawar memandangnya dengan wajah sedih.
"Mawar?" tanya Nana pada diri sendiri. Dia melihat Mawar dari kejauhan. Kakinya cuba untuk melangkah menuju ke arah adiknya.
"Mawarrr!!" jeritnya sambil berlari ke arah adiknya. Namun entah kenapa, langkahnya itu ibarat tiada jarak. Dia cuba berlari, namun apabila diperhatikan dirinya masih lagi jauh dengan adiknya. Aku tak bergerak ke? Dia memandang ke hadapan. Adiknya masih lagi memandang ke arahnya. Ibarat cuba memberitahu dia sesuatu. Dia cuba melangkah lagi. Semakin dia langkah, semakin dia jauh dari adiknya.
"Mawarrrrr!!" dia cuba memanggil Mawar kemari. Jika dia tidak boleh pergi kepadanya, maka kemungkinan Mawar boleh datang kepadanya. Namun, Mawar hanya mendiamkan diri. Dari jauh, kelihatan dua orang muncul dari belakang pokok tempat dia berteduh tadi. Dia mengecilkan matanya. Cuba memerhati. Kelihatan salah seorang daripada lelaki itu, memegang sepucuk pistol di tangan. Manakala seorang lagi hanya meletakkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Ibarat seorang boss dan pengikutnya. Namun wajah mereka tidak dapat Nana amati. Jarak yang jauh memisahkan mereka berempat.
"Mawarrrrr!! Lariiii!!" jerit Nana tatkala melihat lelaki itu mengacukan pistol ke kepala Mawar. Air mata kembali bergenang. Dia cuba untuk menggerakkan kakinya. Namun, kakinya ibarat digam pada tanah. Nana mengangkat wajahnya. Dia melihat Mawar hanya mendiamkan diri. Ibarat dipukau.
"Mawarrrrr!! Lariiii!!" jeritnya dengan lebih kuat lagi. Cuba menarik perhatian Mawar.
"Kau nak apa hah?! Lepaskan adik aku!" jerit Nana lagi. Dalam itu, dia sedaya upaya cuba untuk menggerakkan kakinya. Nana tergamam. Picu pistol ditarik. Tekaknya terasa kering.
"NOOOOOOO!!" tatkala itu terdengar bunyi tembakan yang sangat kuat. Nana memejamkan matanya dengan rapat. Hatinya kini musnah. Dirinya terasa lemah. Lemah gemalai segala otot di badan. Air mata bercupak keluar. Dia tak sanggup membuka matanya. Tak sanggup melihat tubuh badan adiknya rebah jatuh ke bumi. Dia terasa dirinya bodoh. Bodoh kerana tak dapat menyelamatkan adiknya.
"Uhuk...." telinganya menangkap satu suara dari arah belakangnya. Suara itu... Dia kenal.. Perlahan matanya cuba dibuka. Dia melihat ke hadapan. Mawar masih lagi elok berdiri. Tiada apa-apa yang berlaku pada Mawar. Namun... Bunyi tembakan tadi. Dia dengar. Sangat jelas bunyi itu. Sememangnya ada tembakan yang berpeluru.
"Uhuk....." terdengar lagi suara itu. Nana segera menoleh ke belakang. Kelihatan suaminya memegang perutnya. Baju putih yang dipakai suaminya kini bertukar warna merah darah. Nana terlopong. Dia segera mendapatkan tubuh suaminya sebelum rebah ke bumi. Pipi Tengku Nabil di tepuk berkali-kali.
"No no.... Sayang... Abang... Bangun...." ujar Nana. Dia menepuk pipinya berkali-kali. Mata Tengku Nabil yang terpejam dipandang. Air mata menitis ke pipi. Dress yang dipakainya juga berubah warna.
"Abang....no....noo.....im sorry.. I'm so sorry..." tangis Nana. Dia memeluk suaminya. Terasa dirinya kini hancur. Situasi ini ibarat benda yang real. Tubuh badan suaminya bertukar sejuk. Bibir pucat menambahkan ketakutan pada dirinya. Dia memandang ke hadapan. Melihat dua sosok lelaki tadi. Kini dirinya bertambah terkejut saat melihat Mawar dibawa pergi oleh dua sosok lelaki tadi.
"Mawar! Mawar!! Nooooo!!!" jerit Nana lagi. Kepala suaminya yang dipangku dipandang silih ganti dengan Mawar yang dibawa pergi. Dia serba salah. Dia dilema. Mana satu yang patut dia utamakan? Adiknya yang dia sayang hampir separuh nyawa. Atau suaminya, Tengku Nabil yang dicintainya. Kepalanya terasa berat. Dirinya terasa lemah. Dia tidak dapat buat keputusan. Kini dia hanya berharap tersedar dari mimpi ini sahaja. Dia tak sanggup hadap mimpi sebegini. Dia ingin cepat-cepat tersedar. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.
Share this novel