Perlahan matanya dibuka. Berlari-lari cahaya lampu memasuki anak matanya. Sakit kepala masih tersisa lagi. Dia cuba untuk bangun. Bau ni.. Bau hospital? Dia cuba duduk. Sekeliling di pandang. Dia cuba mengingat kembali. Apa yang dah jadi? Dipandang belakang telapak tangannya, terdapat set IV line. Dipandang dirinya pula, setahu dia sebelum keluar pergi office, dia memakai kemeja. Kenapa dirinya kini memakai pakaian hospital? Azmir.. Azmir mana? Dia mencari phone nya. Laci di sebelah katilnya dibuka. Tiada. Pintu bilik dibuka dari luar. Dia melihat dua figura yang amat dikenalinya. Azmir... Nana. Matanya tertacap pada wanita di hadapannya ini. Masih tidak berkelip. Betul ke apa yang aku nampak ni? Di tonyoh matanya berulang kali.
"NABIL KAU DAH BANGUN!! AKU FIKIR KAU MATI DAH TADI. HUAAAAA!" jerit Azmir lantas memeluk Tengku Nabil.
"Eh ehhhh ehhhhhhh apa ni peluk peluk. Lepas! Lepaslah!" jerit Tengku Nabil kembali. Dia sedaya upaya menolak Azmir menjauhinya. Makin lama makin gay aku tengok kau ni! Kau jangan macam-macam Azmir! Aku masih warasssss. Azmir melepaskan pelukannya. Dilihat air matanya bercupak keluar. Euw! Dia menepuk-nepuk bajunya. Ibarat menghapuskan jejak pelukannya tadi. Tangannya menangkap bahunya yang basah. Aik? Basah apa ni? Dilihat kesisi bahunya. Mak aiiii!! Geli lah Azmir, bodohlah! Tengku memandang Azmir. Kelihatan dirinya hanya ketawa kambing. Nasib baik ada Nana kat sini!
"Hahahaha risau sangat tu gayanya." balas Nana sambil menghulurkan beberapa helai tisu kepada Nabil. Tengku menyambutnya dengan senyuman.
"Thanks" balasnya pendek sambil mengelap sisa air liur Azmir di bahunya.
"So what's wrong with you? Sampai kena warded ni." soal Nana kembali. Dia memegang file Tengku di tangan. Melihat result lab.
"Errrrr.." jawab Nabil tergagap-gagap. Dia pun tak tahu nak cakap macam mana. Ingatnya badannya kuat, tak sangka tiba-tiba boleh ada dekat sini.
"Dia ni Dr Nana, kerja mengalahkan perdana menteri. Makan pun tak ikut time. Tu ubat tu, ubat tu yang gantikan breakfast, lunch dengan dinner dia. Puas dah saya bebel. Tak dengar. Cuba Dr Nana bebel pula, mana tahu melekat sikit dalam kepala hotak dia ni" Azmir menambah. Tengku terdiam. Amboi sedapnya kau mengata aku! Depan-depan pula tu. Tak guna punya kawan! Nana yang mendengarnya pula tergelak kecil.
"Hahahaha lahhh yeke? By the way Tengku Nabil, awak tahu macam mana awak boleh jadi sampai macam ni?" soal Nana kembali. Tengku hanya menggeleng perlahan.
"Severe dehidration, blood pressure too high, lost of nutrition. Plus, you also have high fever." terang Nana sambil melihat file di tangannya. Azmir di sebelahnya mengangguk macam burung belatuk.
"Hehehehe. Tak sangka pula sampai macam tu. Saya rasa badan saya okay jee..." balas Tengku perlahan. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Dia masih tergamam.
"Anyways.. Jangan terlalu consume too much medication. Its not good for your kidney. Please beware. Nanti saya minta nurse ambilkan baju baru and bagi ubat. So for now, you need to be warded around one weeks. Tengok dulu kalau ada perubahan positive then you can discharge lah. "nasihat Nana. Azmir ada memberitahunya bahawa Tengku terlalu kerap mengambil ubat tidur dan tahan sakit. Patutnya sampai lemah macam ni. Tengku menganggukkan kepalanya.
" Kalau takde apa-apa, saya gerak dulu eh. " tambah Nana meminta izin untuk pergi. Dia kena round ward dan kembali ke emergency department kembali.
"Wait" panggil Tengku. Nana yang baru ingin melangkah, berpusing ke belakang. Wajah Tengku dipandang.
"Saya nak tanya... Awak.. I mean Dr Nana incharge saya ke?" soal Tengku. Lama dah dia nak tanya soalan tu. Tapi segan. Yelah dah lama tak jumpa dia ni. Shy shy cat!
"Isyh kau ni! Memanglah dia incharge. Kalau tak, takdelah dia nak bazir kan masa dia kat sini." balas Azmir sambil menepuk bahu Tengku. Tengku terkejut. Kau ni aku kena letak zip kat mulut! Orang tanya Nana, bukan kau! Dia mengetapkan bibirnya. Geram. Nana hanya tersenyum dan mengangguk kecil lantas berlalu pergi.
" Azmir... " kata Tengku sambil memandang ke bawah.
"Hah kenapa?" tanyanya saat namanya dipanggil.
"Meh sini jap." sambungnya lagi dengan gaya tangan memanggilnya untuk dekat. Azmir mendekatkan dirinya.
"Lagi dekat lagi". Azmir dekat lagi. Tengku mengangkat wajahnya. Telinga Azmir ditarik kuatttt. Bergema jeritan Azmir di dalam bilik itu. Nasib baik VIP room. Takdelah kena complain dengan patients lain.
"ARGHHHH SAKIT SAKIT" jerit Azmir minta dilepaskan. Berkali dia menepuk tangan Nabil. Kuatnya mamat ni! Sakit ke tak kau ni.
"Kau niii lain kali pandai lah baca situasi! Geramnya akuuuu!!" marah Tengku sambil menarik telinga Azmir lagi kuat.
"AHHHH OKAY OKAY I'M SORRY. AKU SALAH. SAKIT WEYH HAHAHAH AMPUN AMPUNNNNN!!" jeritnya lagi. Nana yang melihat dari luar tergelak kecil. Kepalanya digelengkan. Tak padan dengan sakit dia ni! Macam budak kecil! Lantas dia berlalu pergi. Dibiarkan mereka bergaduh.
Share this novel