Bab 49

Fanfiction Series 42303

Harini merupakan hari cutinya. Bolehlah dia bersenang riang melakukan segala hobinya yang tergendala disebabkan kerja. Harini dia plan nak keluar dengan adiknya, Mawar untuk mengambil angin sedikit. Dilihat wajah adiknya di sebelah seat pemandu. Sedikit happy. Setelah kejadian tersebut berlaku, hampir setiap hari adiknya mendapatkan rawatan pakar Psychiatric. Semakin hari nampak lah perubahan positif walaupun hanya sedikit. Itu pun telah memadai. Sengaja dia menyuruh Boy tidak mengikut mereka, katanya Girls Day Out. So, hanya mereka berdua sahaja! Kereta x70 di parkir di ruangan bawah tanah. Mereka berdua keluar lalu melangkah menuju ke lif yang tersedia.
"Are you excited? Dah lama kita tak keluar macam ni kan. Rindu kak Nana! Sorry tau kak Nana asyik busy je. Kesian my beloved sister ni, bosan ye. Takpe, harini kita keluar puas-puas. Kak Nana dah bagitahu papa. Hehehehe." bisik Nana kepada adiknya yang tingginya lebih kurang. Kelihatan Mawar hanya tersenyum nipis dan mengangguk. Nana menggenggam tangan adiknya. Dia teringat kata-kata Dr Pakar Psychiatric yang merawat Mawar, 'Kalau boleh you bawa adik you keluar sana sini, biar dia adapt dengan situasi luar kembali. Risau jika selalu bersendirian, it will get worst.'. Oleh sebab itulah setiap kali hari cuti sahaja, dia mesti meluangkan masa dengan adiknya sehingga lewat malam. Biarlah, adiknya pun ini sorang sahaja! Gelanggang ice skate dipandang luas. Terdapat beberapa orang sedang bermain ice skate. Ada kanak-kanak yang berusaha untuk bermain ditemani ibu bapanya. Ada yang pasangan sedang bermain. Ada yang berseorangan tapi skill nya gempak. Siap pusing-pusing lagi. Macam mana dia buat ek? Detik hati Nana. Kalaulah dirinya, kini belum sempat pusing, dah tergolek macam nangka busuk!
"Jom main" ajak Nana lalu melangkah ke kaunter. Setelah membuat bayaran, dia memakaikan Mawar Figure Skating Shoes. Lalu mereka berdua pun kini berada di gelanggang ais. Terbengkok-bengkok badan Nana tatkala ingin mengimbangkan dirinya saat berada di atas ais. Bukannya apa, dah lama dia tak main menatang ni. Dia lupa caranya! Dilihat Mawar dah gelakkan dirinya. Cis! Tahulah power bab-bab ice skate memandangkan UK selalu salji. Lainlah di Malaysia, nak ice skate kat mana? Tasik Titiwangsa? Nasib baiklah ada ice skating kat IOI City Mall.
"Apalah kak Nana ni. Tengok Mawar ni? Easy je. Buka kaki sikit. Lepas tu tolak kaki kanan. Then kaki kiri. Then...." sayup-sayup kedengaran suara Mawar memasuki gegendang telinganya.
"Senanglah Mawar cakap.. Akak ni-" saat Nana mengangkat mukanya, dilihat Mawar sudah tiada di hadapannya. Dia segera memandang sekeliling. Bimbang. Namun, yang dilihatnya kini, Mawar yang tersengih gelak ketawa berpusing-pusing di dalam ruangan ice skate. Nana mengukir senyumannya. Dah lama tak nampak adiknya gembira sampai macam tu.
"Eh ehhh ehhh" hampir terjatuh dibuatnya saat dirinya hampir dilanggar oleh seorang budak lelaki. Eh budak ni! Kalau aku jatuh kang siap kau aku kerat 18! Baru sahaja ingin menstabilkan dirinya, Stretttttttttttt! Mawar berhenti betul-betul di hadapan nya.
"Amboiiii powernya dia. Boleh dia tinggalkan kak Nana sorang-sorang kat sini. Dari tadi kak Nana tak gerak-gerak! Tolonglah" kata Nana. Dari tadi dia duk seketul je kat situ, bila gerak je kaki. Mesti nak terjatuh! Jadinya palang jelah penemannya.
"Isyh kak Nana ni, mudah jelah. Meh Mawar ajarkan." jawab Mawar lalu memegang kedua tangan kakaknya. Sebelah kaki ditolak ke belakang apabila mendengar arahan daripada Mawar. Sebelah lagi ditolak. Tolak. Tolak. Tolak. Kini dirinya dilepaskan Mawar. Finally! Boleh gerakkkkkk!! Terasa angin berderu menolak pipinya. Tapi, kenapa dirinya terasa laju ye? Haaa sudah!
"Tepi semua tepi!! Tepi!! Yang depan tu tepiiii!!" jerit Nana memenuhi ruangan gelanggang ice skate. Tangannya dilambai menyuruh semua orang dihadapannya bergerak ke tepi memberinya laluan. Saat melintasi Mawar, dia menjerit...
"Mawarrrr!! Macam mana nak berhenti!! TOLONGGGGG!!". Mawar menepuk dahinya, alamak lupa! Terus dia berlari mendapatkan kakaknya yang dah macam kereta tiada break. Namun kelajuan Nana melebihi apa yang disangka. Nana melihat sekumpulan budak kecil dihadapannya. Dia menjerit menyuruh mereka ke tepi namun budak tersebut statik di tengah. Terkejut mungkin? Alamak macam mana ni. Lagi sikit ni! Fikir Nana! Fikirrrr!!!! Ah lantaklahlah. Dilihat ke kirinya tiada orang. Lompat jelah! Terus arahnya ditukar ke kiri, apa nak jadi, jadilah! Dia terus menutup wajahnya menggunakan tangannya. Namun, saat dirinya ke kiri, badannya di rangkul kemas oleh seseorang lalu mereka berdua pun terjatuh bergolek di atas gelanggang. Setelah beberapa kali terpusing, kini mereka terhenti. Terasa ada tangan yang memegang kepalanya. Nana membuka matanya yang tertutup rapat. Perlahan-lahan cahaya gelanggang tadi bertukar samar gelap. Nana mendongak ke atas, kelihatan beberapa orang mendekati mereka berdua. Ada yang bertanya adakah mereka okay. Namun yang menangkap matanya adalah wajah Mawar di atasnya.
"Kak Nana! Ya Allah!! Akak okay tak?" soal Mawar lalu membantu kakaknya duduk.
"Okay okay... Cuma.." Nana memalingkan pandangannya ke sebelah. Ingin melihat wajah yang menyelamatkannya. Terkejut dibuatnya. Him?!

Korang rasa siapa? Cer komen hehehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience