Bab 33

Fanfiction Series 42303

Lehernya diurut lagi. Kesan akibat accident tadi masih terasa. Di hampiri kaunter ward medical. Matanya menangkap Mimi yang sedang mengemas kaunter. Tangannya memanggil Mimi.
"Tolong aku.. Ambilkan plaster and ubat tahan sakit." minta Nana. Mimi pelik namun dirinya terus menghampiri bilik ubatan. Diambil 2 biji panadol dan satu kotak plaster. Di hulurkan kepada Nana. Nana mengambil ubat lalu di telannya. Biar lega sikit sakitnya. Lalu kotak berwarna hijau diambil. Apehal lain macam plaster ni? Dilihat label dikotak tersebut. Ini plaster luka!
"Ini plaster untuk luka. Aku nak untuk sendi tu. Yang panas-panas tu." di hulurkan kembali kotak hijau itu kepada Mimi.
"Ouhhh kabo lah awal awal. Hekeleh" terus Mimi menukar plaster tersebut. Di hulurkan kepada Nana. Sekeping plaster dikeluarkan dan di tepek ke belakang lehernya. Fuh lega sikit!
"Thanks..". Kotak tadi di hulurkan kembali.
"Kenapa dengan kau?" soal Mimi. Semasa Nana ingin meletakkan plaster tersebut, kelihatan kemerahan pada leher belakangnya. Riak wajah risau terpapar.
"Takdelah.. Tadi aku accident sikit. Lenguh pula dibuatnya" jawab Nana lalu mencapai file pesakitnya di atas kaunter. Dibelek satu persatu helaian.
"Accident?! Kau dah buat xray belum? Teruk ke? Ya Allah weyhhh" tanya Mimi kerisauan. Nana hanya menggeleng lalu jari telunjuknya diletakkan ke bibir.
"Shhhhh jangan bising-bising. Ni kau ada kerja tak lepas ni?" soal Nana memandang Mimi kembali. Mimi merupakan sahabat di sekolahnya juga. Cuma bezanya course mereka berdua, Mimi merupakan seorang nurse seperti Aisyah. Namun, disebabkan Aisyah telah 'sakit'. Terpaksalah Mimi menjadi penggantinya sementara. Mimi menggeleng. Dia dah siap semua kerjanya.
"Hah nice jom teman aku hantar ubat" ajak Nana lalu mereka berdua memasuki bilik ubatan. Diambil beberapa jenis ubat lalu dimasukkan ke dalam tray. Lalu, mereka berdua mengorak langkah menuju ke arah bilik Tengku.
***Pintu bilik dipandang. Kedengaran suara jeritan dari dalam. Dia menjengah sedikit. Kelihatan seorang wanita sedang berdiri di belakang Tengku.
"Yang kau sibuk sangat apehal?! Suka hati aku lah!". Terdengar jeritan Tengku dari dalam. Walaupun bilik ini sudah sound proof. Namun, jeritan kuat Tengku boleh melepasi dinding ini. Apa kes ni? Dilihat Mimi di sebelahnya.
"Selamat ke tak ni?" bisik Nana. Mimi hanya menjongketkan bahunya. Isyh! Bantai jelah. Tangannya menggenggam tombol pintu. Belum sempat tangannya memulas, dia hampir tersadung kehadapan akibat pintu ditarik kuat dari arah dalam. Buk! Mukanya tersembam di dada bidang milik Tengku. Wangian badan Tengku memasuki ruangan hidungnya. Wanginya! Dub dab dub dab dub dab. Jantungnya merentak tidak menentu. Kini dia dalam pelukan Tengku. Diangkat sedikit demi sedikit wajahnya. Akhirnya pandangan mereka bertemu. Wajahnya terasa panas. Alamak! Terus dia menolak badan Tengku. Dibetulkan kot nya dan rambutnya. Dia berdehem sedikit.
"Ni nak ke mana?" soalnya.
***Mereka memasuki ruangan bilik Tengku. Apesal bilik ni sejuk semacam je ni? Nana memandang sekeliling. Dia melontarkan pandangan kepada wanita di sebelah katil Tengku. Macam pernah nampak. Hmmm kat mana ek? Mimi di sebelahnya menyonggol sedikit sikunya. Tersentak dia. Eh lupa pula tugas aku! Dia mengeluarkan stetoskop di poket kotnya dan diletakkan diaphragm pada dada milik Tengku. Suhu diambil dan ubat diberikan.
"Ada rasa tak selesa dekat mana-mana tak?" soal Nana. Tengku hanya menggeleng.
"Okay noted. So far..tidak ada masalah. Result darah pun okay. Temperature pun normal. Cuma.. Tekanan darah awak tinggi sikit. Tak cukup tidur ke?" soal Nana. Kelihatan Tengku tidak mengeluarkan suara. Takkan lah aku nak cakap aku bengang dengan perempuan ni? Dijeling Elisya di sebelahnya. Kau lah penyebabnya!
" I think so... "balas Tengku perlahan. Nana hanya mengangguk dan mencatit sesuatu pada file di tangannya.
" Is there anything wrong with my bae? Bila dia boleh discharge? "soal Elisya yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Mereka bertiga menoleh kesisi. Nana tergamam. Bae? Omaigod!! Kini pandangannya bertukar kepada Tengku. Kelihatan wajah Tengku membahang merah. Marah ke malu ni?
" Err... So for now, takde apa-apa masalah. Cuma tekanan darah Tengku agak tinggi. Nanti after 10 minutes, we are gonna check back. For discharge, if anything good, then we gonna proceed discharge around this week." jawab Nana. Siapa wanita ini? Terdetik soalan di hatinya. Namun dia kena keep it professional.
" Thank god. Thank you Dr Nana"balas Elisya ramah sambil mengelus belakang badan Tengku. Kelihatan Tengku melempiaskan tangannya dengan kasar namun perlahan. Elisya tergamam.
" Kalau takde apa-apa, saya gerak dulu ye" sambung Nana lalu berlalu pergi. Lehernya diurut kembali. Rasa sakit di lehernya kembali lagi. Takkanlah tak kesan kot ubat.
"Jom lah xray. Risau aku tengok kau. Kalau kau jatuh je takpe. Ni accident tau" ajak Mimi di sebelahnya.
"No its okay. I'm okay" jawab Nana lalu membuka pintu dan keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience