Punat terakhir keyboard ditekan. Cermin mata ditarik dan diletakkan di atas meja. Dia mengurut lembut procerus nya. Kepalanya di toleh kekiri kekanan. Tangannya disatukan dan ditolak ke atas. Terasa rengang urat badannya. Selesai juga kerjanya. Jam tangan di tilik sepintas lalu, 3.45 pm. Okay nice! Ada masa lagi. Dia terus tekan butang shutdown pc nya lalu bergegas untuk turun ke bawah. Tidak sabar mahu berjumpa dengan Nana. Butang unlock kereta ditekan. Tit Tit! Dia membuka luas pintu BMW miliknya itu. Terus laju kereta itu menyusur di atas jalan raya. Sementara dia memandu, ditilik segenap wajahnya. Kenalah hensem hensem nak jumpa awek! Siulan di bibir memeriahi suasana di dalam kereta. Sekali sekala jarinya mengetuk mengikut irama lagu. Wajah muka Nana terbayang di segenap fikiran. Dia pun tak tahu mengapa sejak dua menjak ini, hatinya terpaut pada insan bernama Nana. Walhal, scope pekerjaannya yang luas memberinya peluang kepada ramai wanita yang lebih hebat dan bekerjaya berbanding Nana. Ada sahaja partnership dia ingin menyatukan dia bersama anak-anak perempuannya. Namun dia tahu, itu semua untuk duit. Dia tak rasa berbunga apabila bersama mereka. Berapa kali dah blind date dia pergi, semuanya tak dapat membuka pintu hatinya. Namun, isu Nana ini berbeza, dia pula yang terasa ingin mengejar Nana. Terasa ingin memiliki. Tapi apakan daya, kena step by step. Wanita seperti Nana bukan mudah untuk di dekati. Takpe orang yang sabar, ada ganjaran! Kereta kembali menyusur apabila lampu isyarat bertukar hijau. Setelah hampir 20 minit memandu, dia memarkir keretanya di parking lot. Cermin di sisi dipandang kembali, okay last look. Nice! Terus dia membuka langkah menuju ke arah lobby hospital. Dia berhenti setengah jalan. Otaknya mula berfungsi. Tapi kan... Sekeliling hospital dipandang. MANA AKU TAHU OFFICE DIA KAT MANA?! Jeritnya dalam hati. Terus dia mendail nombor Nana. Namun hampa, panggilannya tidak dijawab. Busy mungkin? Terus dia melangkah menuju kaunter pertanyaan.
"Ehem. Excuse me. Sorry. I nak tanya. Dr Nana punya office di mana ye?" soal Tengku kepada staff disitu. Tergamam kedua mereka menatap wajah handsome Tengku. Aik diaorang ni? Dia mengetuk sedikit kaunter tersebut. Tuk tuk tuk.
"Office Dr Nana. Mana?" tanyalah lagi. Masih tiada jawapan.
"Tengku Nabil?" soal seseorang dari belakangnya. Tengku menoleh ke belakang, kelihatan seseorang yang agak dikenalinya. Macam pernah nampak? Mana ek? Ha'ah lah!
"You yang dekat emergency masa tu kan. Kawan Dr Nana right?" soalnya. Finally ada jumpa orang yang berguna sikit.
"Wow Tengku ingat saya? Menakjubkan!" balasnya dengan girang. Crush notice! Crush notice! Oamigoddddd!!!
"Ouh yea btw, Tengku buat apa dekat sini ni? Cari patients ke cari......." saja je Aisyah gantungkan ayatnya. Dia memandang ngejek pada Tengku. Tengku dah terkumat kamit tak senang duduk. Tatkala ingin menyambung ayatnya, kepala Aisyah diketuk perlahan dari belakang. Tengku tersenyum melihat figura yang dicarinya dari tadi.
" Aduh sakitlah! Malaun mana.. -" belum sempat Aisyah menghabiskan ayatnya, Nana menyambung.
"Ni malaun ni. Apehal?" balas Nana sambil menjengilkan matanya. Aisyah terus tertawa kambing.
"Ouhhhh malaun ni. Cantiknya awak. Saya naik dulu eh. Ada kerja sikit. Chow dulu!" terus Aisyah melarikan diri. Tengku yang melihatnya tertawa halus. Nana di hadapannya dipandang. Haih terubat juga rindunya.
"Hello Tengku. Hello?" Nana memetikkan jarinya di hadapan muka Tengku. Orang bercakap dengan dia, termenung pula. Terus Tengku tersedar dari lamunan.
"Ouh yea sorry? What did you said just now?" soalnya kembali. Itulah mengelamun lagi. Depan crush pula tu!
"I said.. Jom naik atas. Office saya kat sana. Nanti kita discuss pasal discharge plan tu. Ada beberapa surat awak kena sign" ajaknya lalu mengatur pergi menuju ke arah lif. Malas nak naik tangga. Penat kaki! Orang dah sediakan lif, buat apa menyusahkan diri.
Ting! Pintu lif terbuka. Mereka pun melangkah keluar menuju ke office Nana. Tengku hanya membontotinya dari jarak jauh. Malu nak berjalan bersamanya!
"Duduklah" pelawa Nana kepada Tengku.
"Thanks." Kelihatan Nana mengeluarkan beberapa surat yang perlu ditandatangani olehnya.
"So this one is consent form dimana you kena sign as guardian and mengesahkan bahawa you yang bawa diaorang pulang. So if ada apa-apa happened after diaorang discharge yang tidak berkenaan dengan kesihatan semasa di hospital. Itu adalah tanggungjawab sendiri. Tengku boleh sign dibawah tu" terangnya dengan jelas. Tengku menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk. Impressive betul! Setiap bait kata yang keluar dari mulut Nana sangat membuatnya berbunga. Sesudah sign consent form, Tengku mendail no Azmir untuk mengambil pekerjanya. Dia ada hal lain yang perlu dilakukannya. Mereka berdua menuju ke arah VIP ward. Sesampai di ward, Tengku mengetuk pintu lalu melangkah masuk ke dalamnya. Kelihatan pekerjanya sedang mengemas barang yang patut.
"Boss! Good evening!!" sapa pekerjanya dengan gembira. Disebabkan bossnya inilah mereka dapat merasai rawatan yang terbaik. Terus mereka memeluk erat Tengku.
"Thank you boss. Thank you so much" balas Vijay sambil memegang tangan Tengku dengan erat. Tengku hanya tersenyum sahaja.
______[20 minutes]
Zamri pun tiba dengan kereta officenya.
"Kau bawa diaorang balik rumah dulu. Biarkan berehat dalam 2 3 hari. Baru panggil kerja balik. Thanks bro" minta Tengku kepada rakannya. Zamri membalas tanda OK lalu bergerak menuju ke jalan raya. Tinggallah Tengku sendirian di bawah. Dia memusing kan badannya. Nak pergi ke tak? Ajak ke tak? Jalan ke tak? Dia bermundar mandir di hadapan pintu masuk hospital. Sedang leka melayan perasaan, BUK! Dia terlanggar seseorang di hadapannya. Alamak!
"Sorry sorry sorry. Saya tak nampak-" terus terusan Tengku meminta maaf kepada orang yang dilanggarnya. Kuat pula tu dia langgar!
"Tengku memang suka langgar orang ke?" soal Nana sambil membetulkan beg di bahunya yang terpeleset akibat dilanggar Tengku. Dia mengangkat kepalanya, lah! Baru disebut dah muncul!
"Eh Nana. Sorry saya tak nampak tadi. Tak sengaja. Awak okay?" soalnya risau.
"Hurm. Rasa macam dislocated shoulder ni." sakat Nana sambil mengurut bahunya sedikit. Tengku memandang risau. Takkan lah langgar macam tu dah boleh dislocated?
"Pffftttt. Apelah Tengku ni. Mana ada orang dislocated shoulder berdiri elok macam ni. Saya gurau jelah" balas Nana. Tak sanggup pula dia melihat wajah pucat Tengku. Dah macam mayat hidup! Kang tak pasal dia kena tarik Tengku bawa masuk emergency. Rambut yang menghalang pandangannya diselitkan ke belakang telinga. Dia kembali memandang Tengku.
"Haih awak ni! Risau saya hahahaha. Btw dah balik kerja ke?" soal Tengku melihat Nana dengan pakaian yang biasa. Tiada baju kot putih bersamanya. Nana hanya mengangguk.
"Awak free tak? Jom makan." ajak Tengku. Nana yang mendengar terkejut. Amboi! Ajak macam tu terus? Bluntnya!
"Sorry I mean, kalau awak tak busy lah. Saya nak repay kindness awak, sebab sudi ikut permintaan saya untuk jadi dr incharge diaorang" terangnya tak mahu niat baiknya disalah sangka. Kang dicop gatal oleh Nana!
"Hurmmmm... Takpelah saya tak lapar" tolak Nana dengan perlahan. Walhal dirinya sangat lapar sekarang ni. Namun sengaja ditolaknya. Dia segan! Tidak disangka perutnya mengeluarkan bunyi.. Krukkkk kriukkkk krukkkk. Nana terus memegang perutnya. Boleh pula dia bunyi time-time macam ni! Nana mencuri pandang Tengku di hadapannya.
"Saya rasa... Awak macam lap-" belum sempat Tengku menghabiskan ayatnya. Terus Nana menutup mulutnya dengan tangannya, tergamam Tengku dengan perlakuan laju Nana itu. Nana menunjukkan isyarat diam kepadanya. Lantas dia berkata "Isyh! Ialah jom gi makan.". Terus Nana melangkah pergi menuju ke arah parking. Tengku masih tergamam. Dia terkedu setempat. Masih memproses kejadian tadi.
"Tunggu apa lagi tu?" jerit Nana.
"Ah...? Ahhhhh coming!"
Procerus merupakan satu otot yang kecil yang berada antara kening (boleh search). Dia berfungsi untuk frowning expression. So dari situ boleh nampak if someone tu experiencing emotional stress.
Share this novel