Bab 54

Fanfiction Series 42303

Setelah lunch bersama, mereka berdua terus bergerak ke hospital untuk berjumpa dengan Doktor Sarah ; pakar psychiatric yang merawat Mawar. Genggaman tangan Mawar di kemaskan ibarat memberi kekuatan. Dia memandang Mawar yang tekur memandang lantai. Alhamdulillah, sejak mendapat rawatan. Adiknya kian pulih semula walaupun tiap malam masih lagi mengigau trauma.
"Nur Mawar bt Keith" panggil seorang nurse yang muncul di muka pintu bilik Dr Sarah. Nana merangkul bahu adiknya lalu melangkah masuk ke dalam bilik Dr Sarah.
"Assalamualaikum Dr Sarah" ucap Nana saat melangkah masuk. Mereka berdua melabuhkan duduk di hadapan Dr Sarah yang elok bertudung bawal.
"Waalaikumsalam, hyeee good evening you alls. Lama tak jumpa awak Nana, how's? Good?" tanya Dr Sarah dengan ramah. Dia rapat juga dengan Nana. Maklumlah dah lama jadi Dr private keluarga mereka juga.
"So-so lah Dr Sarah. Tiap hari takde masa nak rest. Banyak kes. Ini pun barulah ada rehat sekejap." jawab Nana kembali. Dia memandang Mawar di sebelahnya. Hanya terdiam sahaja.
"Alright.. So should we carry on?" tanya Dr Sarah lagi. Nana hanya mengangguk lalu berdiri untuk memberi ruang antara Dr Sarah dan adiknya. Dia duduk di sofa yang agak jauh dari mereka berdua. Sekali terdengar pertanyaan dari Dr Sarah. Di selang pula dengan jawapan dari Mawar. Sesi antara mereka berdua kelihatan berjalan dengan lancar. Mawar pula tidak lagi kelihatan ingin mendiamkan diri. Memanglah, nama pun Dr Pakar. Semestinya power dalam psycho patients kembali. Setelah hampir 30 minit sesi berjalan, Dr Sarah memanggilnya.
"Ye Dr Sarah? So how's? Ada progress?" tanya Nana. Dr Sarah membalas dengan senyuman di wajahnya.
"Alhamdulillah, saya tengok Mawar semakin pulih. Cuma saya dengar tadi dia ada cakap, adalah beberapa kali mimpi tentang kejadian tu. Its okay. PTSD memang mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Macam yang awak tahu, penyakit fizikal dipulihkan sekejap sahaja, kalau berkenaan dengan mental, memang take times. "terang Dr Sarah. Nana menangguk kepalanya tanda faham. Memang betul apa yang dikatakan olehnya. Sakit mental lebih susah untuk dipulihkan berbanding sakit fizikal. Sakit fizikal kita nampak lukanya, sakit mental susah nak tahu. Macam bom yang tunggu masa untuk meletup sahaja.
"So so far it's good.. And nanti saya prescribed lah ubat SSRI and also Benzodiazepine. Plus, I hope awak tak bergantung sangat dengan ubat. Its not good. I suggest you untuk guna CBT as therapy. It's also help for sleep." sambung Dr Sarah lagi.
"Thanks Dr Sarah." ujar Nana lalu melangkah keluar bersama Mawar setelah mendapatkan perskrepsi ubat. Selepas itu, mereka berdua bergerak menuju ke farmasi untuk mendapatkan ubat dan bergerak pulang. Lunch dah nak habis, dia kena cepat untuk kembali ke hospital semula. Saat dia ingin berpusing untuk keluar dari hospital, bahunya terlanggar seseorang.
"Eh ehhh sorry sorry... Tak sengaja" ujarnya.
"Nana?" soal Tengku kembali. Nana mengangkat kepalanya. Wajah ini yang selalu menghantui tidurnya. Dah lama mereka tidak bersua muka. Rindunya kepada lelaki ini, namun dia hanya mampu memendam. Lebih-lebih lagi apabila melihat Elisya di sebelah Tengku Nabil. Kelihatan tangan Elisya cepat-cepat merangkul lengan Tengku Nabil. Nana kembali memandang wajah Tengku Nabil.
"Ehhh awak buat apa kat sini?" soal Tengku kembali. Rangkulan Elisya diturunkan perlahan. Taknak Nana tersalah anggap dirinya dengan Elisya. Walhal dia hanya temankan Elisya untuk berjumpa dengan Dr Pakar Psychiatric. Ada appointment katanya. Terpaksalah dia ikut juga memandangkan Elisya datang terus ke officenya. Datang office boleh, pergi jumpa Dr sendiri tak boleh!
"Saya bawa Mawar. Ada appointment tadi. Awak?" jawab Nana lagi. Dia menunjukkan Mawar di belakangnya.
"Ouhhh saya ni.. Bawa kawan jumpa Dr" jawab Tengku kembali tetapi menekan perkataan 'kawan'. Nana mengangguk. Terasa hujung bajunya ditarik dari belakang. Nana mengundurkan sedikit badannya.
"Kak Nana, Mawar nak balik." bisik Mawar. Dia rasa tak selesa. Nana yang memahami terus meminta izin untuk pulang.
"Saya balik dulu ye...bye" ujar Nana sambil melambaikan tangannya dan berlalu pergi.
"Nana!!" jerit Tengku Nabil. Nana terhenti dan memusingkan badannya.
"Dinner?" ajak Tengku Nabil. Nana terdiam sejenak lalu memandang Elisya di sebelahnya. Kelihatan Elisya memandang nya dengan pandangan tak suka dengan kehadirannya. Ini yang aku suka lagi ni!
"Yeaaa of course. Tempat biasa." jawab Nana lalu tersenyum. Sengaja dia menekankan 'tempat biasa'. Nak panaskan hati Elisya lagi! Biar Elisya fikir yang dia dan Tengku Nabil selalu berjumpa dan meluangkan masa bersama. Hahahahahahahha suka aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience