Jambangan bunga Rose merah yang terletak elok atas mejanya diangkat tinggi. Dahinya berkerut seribu. Kerap kali dia mendapat bunga daripada si dia tu. Haaa dia tu lah! Tak habis-habis.
"Aiii senangnya dalam hati. Tiap hari dapat bunga ~ seperti duuniaa..Nana yang punya!" nyanyi Aisyah tatkala melangkah masuk bersama kidney dish di tangannya. Terpusing badannya sambil bernyanyi mengikut irama. Nana membuat muka geram.
"Banyaklah kau. Nah ambik ni." Nana membaling jambangan bunga tadi kepada Aisyah. Terkapai-kapai Aisyah menyambutnya.
"Oh mak kau! Isyh kau ni, campak lah leklok. Sayang tau bunga lawa-lawa macam ni. Hmmmmm wangi lagi" ujar Aisyah sambil menghidu bunga tersebut. Fresh lagi kau! Dia perasan juga, sejak dua menjak ini Nana kerap mendapat bunga daripada seseorang. Bila ditanya, dia cuma membuat muka sahaja. Tidak menjawab. Siapa agaknya yang bagi bunga tu ek? Baru sahaja Nana ingin duduk, telefonnya berbunyi lagi. Dia mengeluh. Menyesal pula bagi number phone! Dilihat pada skrin nama yang tertera. Adrian Lee. Nama itu cukup membuatnya menyampah. Setiap hari hampir 3 ke 4 call dia buat. Semuanya tak penting pula tu! Asyik tanya soalan, dah makan ke? Buat apa tu? Dah balik ke? Ehhh dia tu siapa aku nak kena report kerja aku 24 hours? Telefon di campakkan ke tepi. Malas nak layan. Dia membuka pcnya. Baik buat kerja, lagi syok dapat gaji! Daripada layan benda yang lalai macam ni. Maleh aku... Dagu di tongkat menggunakan sebelah tangannya. Sebelah lagi digunakan untuk menggerakkan tetikus. Sekejap dengar bunyi dari tetikus itu. Aisyah menghampirinya dengan perlahan.
"Tapi kan... Siapa yang hantar bunga lawa-lawa macam ni kat kau tiap hari?" soalnya ingin tahu. Nana hanya menjongket bahunya. Matanya masih difokuskan pada skrin.
"Alah bagitahu lah siapa... Tengku Nabil ek?" soal Aisyah lagi. Siap menyenggol bahu Nana. Kali ni Nana tidak menjawab. Suasana kembali diam.
"Iya lah tu Tengku Nabil... Ecececeh diam-diam pula." sambung Aisyah lagi. Sengaja mengusik Nana.
"Bukanlah... Dia takkan buat benda-benda useless macam ni..." jawab Nana perlahan.
"Dah tu kalau bukan Tengku.. Siapa lagi? Ramainya SA kau" tambah Aisyah lagi. Iya, memang tidak diragukan. Sejak zaman sekolah lagi mahupun universiti, Nana memang terkenal dengan beauty with the brain. Terlalu ramai sangat secret admire sampaikan Aisyah pun naik rimas. Dia dah macam posmen asyik tolong bagikan hadiah kepada Nana. Tapi, dia berterima kasih juga kepada semua SA tu, kenyang perut dia setiap hari makan coklat! Ditambah lagi biliknya dah macam sarang Teddy bear!
"Siapa.. -" belum sempat Aisyah menghabiskan ayatnya. Terdengar suara menyahut dari muka pintu. Mereka berdua mendongak memandang muka pintu.
"Saya yang bagi..." jawab Adrian Lee sambil tersenyum. Dia mengawangkan telefon di tangannya.
"Habislah aku...." bisik Nana perlahan. Matanya tertacap Adrian Lee melangkah mendekati mereka. Elak nak jawab phone call, aleh-aleh dia datang terus. Hambek kau! Ngelat lagi.
"Siapa tu...." bisik Aisyah lagi. Matanya pun tertacap pada sosok lelaki yang tidak dikenalinya.
"My miserable's life.." jawab Nana perlahan. Perlahan dia bangun dan cuba untuk mengukir senyuman. Walaupun terpaksa!
"Eh encik Adrian... Kenapa ke sini ye?" soal Nana pura-pura ramah!
"Saja nak jumpa awak. Btw tu bukan ke bunga yang saya bagi dekat awak? Kenapa pada... Si dia?" tanya Adrian Lee menunding jarinya kepada bunga dirangkulan Aisyah.
"Lahhhh encik Adrian ke yang bagi? Nah ambil balik!" terus Aisyah memberikan jambangan tersebut kepada Nana. Nana membuat muka ; apesal kau bagi aku?
"Ha'ah.. Btw sekarang lunch kan? Awak dah makan?" soal Adrian Lee lagi. Dia memandang anak mata hazelnut milik Nana. Cantik! Terasa nak pandang berkali-kali lagi. Tak puas!
"Errr... Errr... Saya dah makan tadi.. Kan kan?" jawab Nana sambil menolak kecil lengan Aisyah disebelah, minta ditolong.
"Ehhhh sejak bila kita makan tadi? Aku datang ni nak ajak kau makan lah." ujar Aisyah pelik. Setahunya Nana memang kaki skip makan. Sebab tu dia naik office Nana untuk ajaknya lunch. Tiba-tiba datang pula sosok lelaki bernama Adrian ini. Nana mengetap bibirnya geram, dia memandang Aisyah disebelah. Matanya di kecilkan sedikit. Sedar dirinya terlepas cakap, Aisyah menutup mulutnya. Ops!
"Ouhhhh... Awak tak sudi lunch dengan saya eh?" tanya Adrian Lee dengan nada sedih.
"Ehhh bukan bukan... Maksud saya, saya nanti lunch dengan adik saya, Mawar. Yang encik Adrian jumpa masa tu. Haaaa lagipun saya ada hal sikit nanti. Risau tak sempat pula" jelas Nana. Memang dia ada hal pun, dia nak bawa Mawar jumpa pakar Psychiatric. Alang-alang tu bolehlah dia tahu improvement Mawar.
"Ye ye je awak Nana... Hal apa yang penting sangat tu?" soal Adrian Lee lagi. Dia mengharap sangat Nana sudi lunch bersamanya. Punya lah dia suruh PA dia tukar jadual meetingnya semata nak lunch dengan Nana. Ditolak pula ajakkannya. Agak kecil hati.
"Ehhh adalah..." jawab Nana perlahan. Takkan setiap benda aku nak explain dekat kau! Tak kuasa aku. Dia sedaya upaya tahan dirinya untuk tidak membuat muka.
"Ouh ha'ah. Mawar ada appointment kan petang ni? Pergilah kang lambat pula. Gi sana gi" sampuk Aisyah menolong Nana. Dia kesian tengok Nana terkulat nak menjawab soalan Adrian ini. Nampak riak wajah tidak selesa padanya.
"Ha'ah... Aku pergi eh. Nanti tolong hantarkan file patients. Encik Adrian, sorry sangat-sangat. Memang saya ada hal. Saya gerak dulu eh. Assalamualaikum" ujar Nana sambil mengambil beg dan telefonnya lalu laju berlari keluar.
"Ehh ehhh saya boleh hantarkan awak.." jerit Adrian kecil. Dia melihat Nana dah hilang dari muka pintu. Keluhan dilepaskan. Pandangannya ditukarkan kepada Aisyah.
"Betul encik Adrian. Nana ada hal. Sumpah saya tak tipu!" ujar Aisyah siap mengangkat kedua jari telunjuk dan jari hantunya. Tanda sumpah! Adrian hanya tersenyum kecil.
Share this novel