Kedua gloves getah di tangan dibuka lalu dicampak kan ke dalam clinical bin (tong kuning). Dia menarik tali mask yang terikat di belakang kepalanya. Rambutnya yang diikat bun tadi dah rupa apa pun dia tak tahu. Baru sahaja masuk kerja, tiba-tiba emergency penuh dengan patients. Terkejar dia selesaikan satu persatu case patient. Dah ibarat berperang gayanya. Suasana emergency department yang agak macam pasar borong tadi kini menjadi sebuah kawasan yang tenang dan lapang. Keluhan lega dilepaskan. Penat di dada terasa berat. Perlahan dirinya melabuhkan duduk. Beberapa file xray dan card patients bersepah di atas mejanya. Nak kena buat report pula, detik hatinya. Belum habis penat tadi, tambah pula dengan penat ni. Namun dia suka. Dia suka apabila setiap bait peluh yang dikeluarkan dari tubuh badannya, setaraf dengan apa yang dia usahakan. Bertambah suka apabila, setiap patients yang dia rawat, kembali sihat. Teringat pula beberapa hari yang lepas, di mana terdapat satu family accident (MVA), sang ayah agak teruk. Tiada nadi. Tiada pernafasan. Dia dan kumpulannya sedaya upaya cuba melakukan CPR, namun tidak berjaya. Betapa berat hati seorang doktor, apabila terpaksa menyebut masa kematian pesakitnya. Sejujurnya, dia selalu terdetik dalam hati untuk berhenti menjadi seorang doktor. Setiap kali pesakit mati di tangannya yang sedaya upaya menyelamatkannya, setiap kali itulah dia rasa tidak berguna. Namun, takdir Allah itu pasti. Dia redha. Dia tahu pekerjaannya juga terbatas. Dia hanya mampu usaha.
***Pen di tangan mula menconteng card dan file patients. Dia kena selesaikan setiap case patients sebelum di transfer ke ward. Sesekali punat keyboard ditekan-tekan. Saat sedang fokus, bahunya di tepuk dari belakang.
"Uit. Busy nya awak" tegur Aisyah dari belakang. Dia memerhati sahaja setiap perlakuan Nana dari tadi. Begitu fokus sehinggakan dirinya tidak terperasan. Buat penat je berdiri macam tunggul. Nana mengangkat mukanya.
"Uit... Busy lah juga. Awat? Nak tolong ka?" soal Nana sambil tersenyum nipis. Matanya terkebil-kebil cuba meminta bantuan rakannya. Aisyah membuat muka sepuluh sen.
"Eh taknak aku! Aku ni baru je dapat rehat ni.. Kau nak tambahkan kerja aku pula. Fuh taknak!" jawab Aisyah. Berkali dia menggeleng kan kepala. Cukuplah di ward tadi ibarat sukan aneka larian.
"Hahahahahha hampeh punya member" gelak Nana. Dia menyambung kerjanya. Sekali sekala dia bersiul mengikut irama lagu yang bermain di minda. Aisyah memandangnya lama.
"Makin berseri eh aku tengok kau ni..." ujar Aisyah sambil menongkat dagu memandang Nana dihadapannya. Nana tersenyum manis menampakkan baris giginya yang tersusun.
"Betullah orang kata....perempuan kalau dah dilamun cinta, memang berseri." usik Aisyah lagi. Siulan Nana terhenti. Ups, nampak sangat ke?
"Eleh malu-malu pula!" usik Aisyah lagi. Berhambur ketawa Nana diusik oleh rakannya. Ada betul juga. Setelah dia dan Tengku Nabil berbaik, terasa bahagia semakin hari semakin bertambah. Tidak disangka, seorang lelaki yang pernah di bencinya dahulu, adalah seorang lelaki yang sangat romantik. Dia terasa nak pulang awal sahaja selalu. Dapat merasa sentuhan sayang dari suaminya itu. Jam di PC dilihat, okay dah nak balik. Butang Send di tekan. Klik! Settle.
"Dah siap ke?" soal Aisyah di sebelah. Nana menangguk. Tangannya sibuk mengemas barang-barangnya di atas meja. Dia ingin segera pulang. Skrin telefon di lihat. Terdapat beberapa mesaage dari suaminya.
"Eh ehhh rushing nya. Balik lah dengan aku. Punya lah aku tunggu kau ni. Kau tinggalkan aku macam tu je" ujar Aisyah tatkala melihat Nana bergegas ingin pergi meninggalkannya. Dia mencebik, tahulah pengantin baru! Nana terhenti, dia memusing kan badannya ke belakang.
"Yelah jom lah. Apa yang kau tunggu lagi" jawab Nana lagi. Terkekek Aisyah mengekorinya. Dia memaut lengan Nana di sebelah. Lalu mereka berdua pun menuju ke arah lobby untuk pulang ke rumah. Panas matahari petang mencucuk anak matanya. Terasa bahang di kulitnya. Dia cuba menutup wajahnya dengan menggunakan sebelah tangan. Sebelah lagi digunakan untuk membuka telefon, Tengku Nabil kata OTW. Isyh Melayu! Otw dia tu dari tadi lagi.
"Uiii panasnya. Aku dah lah tak apply Sunscreen. Habis burn muka aku." ujar Aisyah sambil menepuk-nepuk pipinya. Nana menjeling ke sebelah.
"Isyh dia ni.. Itu yang di kisahnya." kata Nana. Dia tergelak kecil.
"Eleh kau takpelah dah kahwin. Aku ni buah hati pun takde lagi. Kenalah jaga market." jawab Aisyah. Dia mencebikkan bibir. Telefon di tangan di lihat, kelihatan grab nya dalam perjalanan lagi. Dalam 10 minit mereka menunggu, mereka berdua didatangi oleh seseorang dari hadapan.
" Heyyy Nana... "tegur seseorang. Nana dan Aisyah mengangkat wajahnya. Kelihatan wajah yang agak dikenalinya, Adrian Lee. Nana cuba untuk mengecilkan anak matanya. Panas terik mengehadkan penglihatannya.
" Eh Encik Adrian. Buat apa kat sini? " ramah Nana. Dia cuba mengukir senyuman di wajah.
"Ouh takdelah... I round-round area sini. Lepas tu ternampak pula You kat sini. Dah lama kita nak jumpa, jom I belanja makan." ajak Adrian Lee. Dia mengukir senyuman di bibir.
"Round... Round?" ujar Nana perlahan. Dia memandang sekeliling hospital. Apa yang best area sini? Setahunya, area hospital ini memang tiada tempat berjalan. Tempat nak makan pun jauh. Dia cuba tersenyum. Ehek.
"Ehemm...nampak Nana jeke? Saya.. Kat sini tak nampak ke?" tegur Aisyah disebelah perlahan. Eleh, kata jelah kau nak jumpa Nana! Ni nak bersimpulan bahasa pula. Dia menjeling.
"Hahaha of course lah I nampak You. Kawan Nana kan, kawan I juga. Jom kita gi makan. I tahu tempat yang best. And of course, You pun dijemput ikut juga." pelawa Adrian Lee lagi. Masih mengharap jawapan yang positif dari mulut Nana.
"Errr...." teragak Nana ingin menjawab. Mana Tengku Nabil ni? Biasanya tak lambat macam ni. Dia mendengus dalam hati. Ini balik nanti, kenalah!
"Jom lah miss Hanna... Tak lama pun" ajak Adrian Lee lagi. Kini dia cuba menggapai lengan Nana. Belum sempat tangannya menggapai lengan Nana, ada satu lagi tangan menyambar tangannya. Mereka bertiga mengangkat wajah. Kelihatan wajah Tengku Nabil marah.
"You mean... MRS Nana?" Tengku Nabil bersuara. Tangannya mencengkam kuat lengan Adrian Lee. Dia bergerak ke hadapan Nana, melindungi Nana dan Aisyah di belakangnya. Tengku Nabil menatap tajam anak mata Adrian Lee. Dia melepaskan genggaman dengan kasar.
"Excuse me? So far I know.... She is miss. Not Mrs. Right Nana?" jawab Adrian Lee lagi. Dia cuba memandang Nana di belakang badan sasa milik Tengku Nabil. Tengku Nabil pula sekejap ke kiri, sekejap ke kanan cuba menghalang Adrian memandang isterinya.
"So far you know... She's MRS right now and after this. So please behave and respect my wife." tegas Tengku Nabil lagi. Adrian Lee membuntangkan matanya. Dia terkejut. Nana perlahan menolak badan sasa milik suaminya ke tepi.
"Actually Encik Adrian..." belum sempat Nana menghabiskan ayatnya. Tengku Nabil dah memeluk bahu Nana dari tepi.
"Actually she is my wife." sampuk Tengku Nabil. Nana memandang wajah suaminya. Isyh dia ni!
"Betul ke Nana?" soal Adrian Lee cuba mendapat kepastian. Nana mengangguk kecil.
"I'm married" jawab Nana lalu menunjukkan cincin berlian di jarinya.
"So agaknya, dah boleh blah kot..." sampuk Tengku Nabil lagi. Nana menumbuk sisi perut suaminya. Tengku Nabil membuat muka, What?
"Sorry Encik Adrian. Hari ni saya ada hal.. Saya balik dulu eh. Eh Aisyah, aku balik dulu tau. Bye assalamualaikum" ujar Nana sambil menarik tangan suaminya pergi. Di dalam kereta, Nana mencebik.
"Alololo kenapa sweetheart? Dia buat benda tak elok kat awak ke tadi?" soal Tengku Nabil. Dia menggapai tangan isterinya itu.
"Banyaklah benda tak elok. Kenapa abang lambat? Lama tau Nana tunggu tadi!" rajuk Nana. Dia melontar pandangan ke luar.
"Alololo soryy lah... Tadi ada urgent meeting. Lepas tu jalan pula jammed. Tu yang abang lambat. Sorry eh sweetheart? I promise.. After this.. Abang tak lambat dah. Promise" pujuk Tengku Nabil. Siap buat jari promise lagi. Nana hanya menjeling manja.
"Lepas ni abang lambat lagi... Nana pergi kerja sendiri!" ujar Nana. Sengaja buat tegas.
"Aip Aip boss" jawab Tengku Nabil dengan pose tangan di kepala. Macam tentera dah. Terhambur ketawa Nana melihat gelagat suaminya itu. Macam budak-budak. Gear di tolak ke D. Cup! Pipi kiri milik Nana menjadi sasaran ciumannya. Nana terkejut. Dia memandang ke sebelah. Kelihatan suaminya membuat sahaja, lalu kereta bergerak menuju ke jalan raya.
"Menyempat eh".
Share this novel