"Nanti masa nak balik belikan umi ini...Umi nak serai, halia, bunga cengkih, bawal emas dua ekor, ayam seekor, jintan manis..." dia hanya mendengar satu persatu ayat oleh uminya. Dilihat Azmir baru sahaja selesai melepaskan hajat keluar dari salah satu bilik air.
" Dah umi? "soal Tengku. Panggilan ditamatkan. Dia membasuh tangan. Pada cermin, dia memandang Azmir.
" Eh kejap.. Aku ni boss. CEO syarikat. Tapi kenapa aku kena buat semua kerja ni? "tanya Tengku kepada Azmir. Azmir tergelak.
" Kau kalau taknak kerja camni, kahwin lah cepat-cepat! Biar bini kau buatkan. " jawab Azmir sambil tergelak lagi. Dia menyambung," Nak calon tak? Aku boleh carikan. Elisya ke? Dia kan dah minat kau lama. Bolehlah tu. Hahahahahhahaha" sakat Azmir lagi. Dia memandang wajah Tengku. Tajam pandangan yang diberikan kepadanya. Alamak! Terlebih pula aku gurau!
"Kau ni kannn kalau aku pelekung.. Hapah tak dapat. Elisya tu buat apa? Taknak aku! Kalau jenis macam tu bukan boleh buat bini kau tahu! Payah aku karang.. Lainlah macam Nana..." Tengku menyambung lalu bergerak menuju ke luar bilik air. Nak kena turun balik pula, kena beli barang uminya. Baru sahaja melangkah keluar, dia dilanggar dari tepi oleh seseorang. Tercampak mereka berdua ke belakang. Aduhhhh... Sakitnya! Dia membuka pelukannya tadi. Dilihat seorang perempuan di hadapannya.
Baru sahaja dia ingin tanya, terus sosok itu meronta-ronta minta dilepaskan. Ehh ehhh dah kenapa ni? Dipandang Azmir di belakangnya, Azmir hanya menjongketkan bahunya. Tengku melihat di sekitar kawasan, matanya tertangkap satu sosok lelaki memakai cap. Dia memandang Azmir lalu mengisyaratkan untuk menangkapnya. Setelah Azmir hilang dari pandangan, dia perlu fikir alternatif untuk menenangkan perempuan ini. PTSD ke? Jentik hatinya. Terus dia membuka blazer dan menutupi kepala perempuan tersebut.
***Mereka berdua duduk di atas kerusi yang disediakan. Tengku melihat perempuan di sebelahnya ini. Masih lagi tertunduk menangis. Kasihan pula dibuatnya. Mesti dia takut sangat. Air pada tangan Azmir di ambil lalu di hulurkan kepada perempuan yang bernama Mawar itu. Mawar menyambutnya dan meneguk sedikit air.
"Kenapa Mawar lari?" soal Tengku setelah lihat Mawar sedikit okay. Melihat Mawar hanya terdiam, tahulah dia Mawar tak ingin buka mulut tentang itu. Dia memandang Azmir, Azmir menggeleng. Tahulah juga dia bahawa Azmir terlepas sosok tadi.
"Okay... So Mawar datang dengan siapa? Mawar ada tak number sesiapa. Biar saya call kan untuk Mawar." tanya Tengku lalu mengeluarkan phonenya. Mawar memandang sepi Tengku di sebelahnya. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya. Mungkin akibat terjatuh tadi, telefonnya kini retak seribu. Tengku memandang telefon milik Mawar. AHHHH sudah! Kalau tanya sekarang pun mana dia ingat number sesiapa! Mental tengah tak stabil.
"Mawar..Mawar nak Kak Nana..." kata Mawar perlahan. Sebait nama itu meniti di bibir, setitik air matanya jatuh. Dia kini rindu dengan Nana! Dia nak Nana!
"Hah? Apa Mawar?" tanya Tengku lagi. Dia tak dengar apa yang diomelkan oleh Mawar.
"Kak Nana. Mawar nak Kak Nana!" jawab Mawar lagi. Kini berjuraian air mata keluar. Tengku dah kelam kabut. Alamak!
"Okay okay... Kak Nana. Tapi siapa Kak Nana? Tahu tak dia kerja kat mana? Nama penuh?" soal Tengku kembali.
"Kak Nana doktor. Nur Hanna bt Keith." jawab Mawar perlahan. Tengku memandang Azmir di sebelahnya. Takkan lah Nana yang dia familiar.
"Nana? Nana yang kerja dekat Hospital Prince Court tu ke?" tanya Tengku lagi untuk kepastian. Melihat Mawar angguk. Tahulah dia Nana yang dicarinya itu, Nana yang dikenalinya. Terus dia mendail number Nana.
Share this novel