Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Dia mundar-mandir di hadapan kereta audi miliknya. Bangunan hospital Prince Court yang megah dipandang nya. Jam tangan jenama rolex di pandang. Dia memusing kan badannya ke arah cermin kereta. Dibetulkan tali lehernya agar nampak kemas. Di tilik pula rambutnya. Okay cun!
"Smart dah tu. Ape nak tilik lagi?" tanya Nana di belakangnya. Terus Tengku memusing kan badannya. Terlihat Nana berdiri kaku di hadapannya dengan senyuman di bibir. Dia terpaku. Makin lama dilihat Nana, makin cantik pula dibuatnya.
"Eh baru keluar ke?" tanya Tengku. Walhal dia segan sebab Nana lihatnya tadi. Nana hanya tergelak kecil. Dia mendekati Tengku. Di jongket kan sedikit badannya. Tengku jadi tergamam apabila badannya dan Nana hanyalah jarak beberapa jengkal. Dia hanya mampu berdiam diri sahaja. Entah kenapa jantungnya kini macam nak tercabut.
"Daun.." tunjuk Nana di hadapan wajah Tengku. Lahhhhh rupanya ada daun atas rambutnya. Fuhhhh!! Berdebar rasanyaaaa. Begitu dekat wajahnya dengan Nana membuatnya tidak keruan. Nana menapak sedikit ke belakang memberi ruang kepada Tengku.
"Ehem. Thanks. Ehh jom kita gerak." pintu kereta dibuka untuk Nana. Lalu mereka berdua pun bergerak menuju ke restoran seperti yang telah dijanjikan.
***Suasana lunch mereka berdua kini hanya ditemani dengan latar belakang music oleh restoran ala Italy ini. Tengku sedang menyusun ayat dalam kepalanya. Dilihat Nana yang masih lagi sedap menikmati makanannya. Dia meletakkan garfu dan pisaunya. Anak mata diarahkan kepada Nana di hadapannya. Nana yang perasan terus memandang Tengku. Seperti ada yang ingin disampaikan. Kunyahannya terhenti memberi laluan kepada Tengku.
"Ermm saya nak bagitahu sesuatu. I mean bukan bagitahu. But nak invite awak lusa ni for my birthday party. Hope you don't mind. Don't worry kalau awak busy ke apa, saya tak kisah." terang Tengku. Dia memandang Nana lagi. Harap ada jawapan positif darinya. Nana terdiam masih berfikir. Dia sebenarnya tiada mood sangat nak menikmati hidup, dia kini lebih fokus kepada Mawar sahaja. Namun, terasa berat hati pula ingin menolak. Dilihat wajah Tengku pula seperti menginginkannya untuk hadir.
"Well... I guess I'm free." jawab Nana sambil tersenyum. Tengku terus mengukir senyuman. Yes!
"Thank you so much! Hope awak tak keberatan. Nanti saya jemput awak dari rumah." tambah Tengku lagi. Nana menggelengkan kepalanya berulang kali.
"No noooo... Its okay. Saya drive sendiri." balas Nana. Dia tak nak menyusahkan Tengku berulang kali. Lagipun bukannya jauh mana rumahnya dengan Tengku. Dekat sahaja. So dia tidak keberatan untuk drive sendiri. Bolehlah dia tenang kan sedikit fikiran.
"If you say so... Then... I'm okay." sambung Tengku lagi. Dia taknak memaksa Nana jikalau itu yang Nana mahukan. Biarlah asalkan Nana selesa dan gembira. Itu sudah cukup baginya. Nana tersenyum lagi. Mereka pun sambung menikmati makanan. Lantunan lagu dihentikan seketika untuk memberi laluan azan zohor berkumandang. Nana melihat Tengku meletakkan garfunya dan terdiam sendiri. Dilihat mulut Tengku perlahan menjawab lantunan azan. Setelah selesai azan, dilihat pula Tengku menadah tangan untuk berdoa. Dirinya tersentuh melihat tingkah Tengku. Dia tersedar, dirinya perlahan-lahan jauh dari Allah. Astaghfirullah. Dirinya tersentuh. Patutlah Allah pertemukannya dengan Tengku. Ada hikmah di sebalik semua ini. Melihat Tengku mengaminkan doanya,Nana tersedar kembali. Terlalu asyik memerhatikan Tengku.
"Saya minta izin sekejap eh. Awak nak ikut?" soal Tengku. Tahulah Nana yang dia ingin menunaikan solat. Nana menggeleng perlahan. Bukannya dia period, tetapi dia segan. Dia tidak membawa telekung ataupun sejadah. Tambah pula dirinya tidak bertudung. Tengku yang memahami, mengangguk lalu meminta izin untuk solat sebentar. Nana terhenti. Dia terdiam sejenak. Satu persatu perilaku Tengku Nabil me jentik hatinya yang hampir sahaja terkunci rapat. Sedikit sebanyak juga Nabil menerangi hatinya yang hampir gelap ibarat lilin di dalam bilik yang gelap. Namun, wangian badan seseorang menyedarkannya dari lamunan. Kelihatan kerusi Tengku tadi diduduki oleh seseorang. Tanpa perlu Nana mengangkat wajahnya, dia tahu siapa sosok itu.
"Kenapa kau kat sini?" soal Nana sambil menyambung kembali makanannya. Sesuap steak disua kan ke dalam mulut.
"Kenapa kau guna cara tu? You know what happened before this kan?" soal Boy di hadapannya. Nana mengangkat wajahnya. Dilihat pipi Boy yang tertampal plaster akibat kesan sisi tembakannya. Nana meletakkan garfu dan pisaunya kembali.
"I know what I do. Jangan halang aku!" Nana memberi amaran kepada Boy. Boy melepaskan keluhan berat. Bukannya dia menghalang, tapi dia takut perkara itu terjadi lagi. Detik yang hampir meragut nyawa buah hatinya ini. Dia tak kisah walaupun berapa kali Nana menghentaknya, asalkan Nana selamat!
"Tapi Nana..." belum sempat Boy menghabiskan ayatnya. Nana mengisyaratkan supaya Boy pergi. Memahami isyarat tersebut, Boy terus berdiri dan terus pergi meninggalkannya. Nana terdiam lagi. Detik di mana dia dimasukkan ke hospital akibat terkena tembakan dahulu kala menerjah ke minda. Kira nasib baik dia terselamat. Hampir seminggu juga dia koma disebabkan tembakan tersebut.
"Sorry lambat..." kata Tengku lalu melabuhkan duduknya. Dia melipat kemejanya hingga ke siku. Dilihat wajah Nana yang sedikit risau.
"No it's okayyy..." Nana membalas dengan senyuman. Rasa risau sebentar tadi hilang melihat wajah Tengku di hadapan nya kini. Tenang rasanya.
Share this novel