Pili air ditarik ke atas, lalu dia membersihkan mukanya sedikit. Dipandang reflectionnya di cermin. Dia termenung sendiri. Kedua tangannya diletakkan pada penjuru sinki. Dia menarik nafas dalam-dalam dan keluhan besar dilepaskan. Teringat kembali nasihat papanya 2 hari lepas. Keep a low profile. Nampak gayanya dia gagal. Ni semua sebab jantan tua tak guna tu. Disebabkan geram punya pasal, dia terpaksa. Deringan telefon menandakan ada panggilan masuk. Nana mengambil phone. Papa. Dia mengangkat panggilan tersebut. Mesti papa dia risau.
"Hello papa." kedengaran suara papanya di hujung talian risau.
"Nana, where are you? Papa tak nampak pun dalam ballroom ni?" tanya Dato Keith. Risau pada anaknya sorang tu. Dah lah tak pandai bersosial.
"Ada ni kat toilet. Perut buat hal lah pula. Nana otw ni" tipu Nana. Tipu sunat takpe kan? Dia mematikan panggilan. Tisu diambil beberapa helai lalu didabkan pada muka. Nafasnya diambil kembali. Tak boleh bagi papa tengok macam ni. Cukuplah sekali sahaja dia buat hal. Kisah lampau di mana adiknya, Mawar hampir dirogol oleh lelaki yang menyebabkannya berubah hampir 200%. Itu juga adalah salah satu sebab dia tidak mempercayai lelaki selain papanya. Lantas dia berjalan keluar, tidak mahu ayahnya menunggu lama. Saat berjalan keluar, disebabkan dia terlalu leka dengan kejadian beberapa tahun lepas, dia terlanggar bahu seseorang.
"Auch! Sorry.. I'm not mean to-" saat dia mengangkat kepalanya, kelihatan pemuda tadi. Pemuda yang menangkapnya melakukan aksi tadi. Alis matanya yang kemas rapi, anak matanya yang berwarna coklat hazelnut. Tiada satu pun cacat cela pada pemuda di hadapannya ini. Namun entah mengapa dia tidak tertarik langsung. Lantas pandangan kosong dilemparkan. Tak jadi nak say sorry!
"Gotchu." Nana yang mendengar pelik. "Sorry? Got what?" tanya Nana untuk kepastian. Kenapalah malam ni semuanya tak kena pada dirinya. Semua lelaki annoy betullah. Eh papa tak! Kecuali papa. Papa okay good no annoy annoy.
"Nothing." balas pemuda tadi sambil memerhatikan wajah Nana. Cantiknya. Namun sayang, perangai cold nya itu menyebabkan tidak ada seorang pun yang berani mendekatinya. Dia perasan, ramai je dalam ballroom itu ingin cuba mendekatinya, namun semuanya takut gara-gara pandangan matanya. Matanya itu kalau dilihat dalam-dalam. Menyimpan seribu rahsia yang tidak diungkapkan. Nana perasan bahawa pemuda ini melihat dalam ke anak matanya. Seolah-olah dirinya sedang dibaca. Dia tak suka. Dia tak suka kalau orang tahu rahsianya. Dia tak suka kalau orang pandang rendah padanya. Terus Nana memandang ke tepi. Taknak dirinya dibaca lagi.
"Interesting." sepatah lagi keluar dari pemuda di hadapan. Nana mengangkat keningnya menandakan tanda kenapa?
"No I mean. Tadi dalam ballroom tu, interesting." entah apa yang aku mengarut pun tak tahu. Aku nak cakap benda lain, tapi keluar benda lain. Rasa marah yang terbuku tiba-tiba hilang. Tak keruan aku bila berdepan dengan perempuan ni. Sekejap marah. Sekejap okay. Sekejap rasa nak usik. Sekejap rindu. Eh rindu? Mana ada.
"Interesting? Apehal nak rasa juga ke?" Nana menyilangkan tangannya. Ada kena sula juga ni kang. Tengku Nabil yang mendengarnya terus menaikkan tangannya tanda protect diri. Tatkala melihat Nana hanya berdiam diri, dia mengemaskan dirinya. Ehem! Malu betullah.
" I'm Tengku Nabil. Nice to meet you" Dia memperkenalkan dirinya terlebih dahulu. Tangan di hulurkan. Nana memandang sepi tangan tersebut. Tidak disambut.
"Not interested. Bye" terus dia berlalu pergi. Bukan apa. Dia tak minat. Kalau ada niat lain, dia tak suka. Melainkan kalau dia tu patients, itu tidak mengapa. Lagipun dah lama dia meminggalkan papanya keseorangan dalam ballroom. Tak sedap pula.
_______
"Not interested. Bye". Tergamam Tengku Nabil mendengarnya. What? Sorry wait. Apa aku dengar tadi. Aku kena reject ke ni? Eh apa pula. Bukannya aku minta dia jadi awek aku pun. Tapi apehal aku rasa macam kena reject? Dia pelik. Tengku Nabil memusing kan kepalanya. Hah kan dah kata! Macam hantu. Kejap je hilang lesap. Dia tergelak kecil. Tak pernah lagi aku rasa nak ambil tahu macam ni pada orang. You make me Hanna. You make me!
Dia pun menuju ke ballroom kembali. Lalu mengambil tempat duduk bersama keluarganya.
"Lamanya pergi toilet." soal Umi.
"Ahhh sakit perut tadi umi. Tu yang lambat sikit" tipu sunat takpe kan? Hahahaha. Biarlah rahsia buat sementara waktu ini. Air muka uminya berubah risau.
"No I okay je. Dah membuang tadi. Okay dah" jawab Nabil untuk menenangkan hati uminya.
"Sure?".
"Iyaa umi. Suree. Eh sedapnya lauk ni. Jom makan - makan" pelawa Nabil untuk mematikan topik. Dia taknak uminya tanya lebih lanjut. Takut kantoi.
_________
"Papa, jom balik. Nana tak comfortable lah" pujuk Nana sambil memaut lengan ayahnya. Dato Keith terkejut dengan kehadiran anaknya. Muka Nana dipandang. Kelihatan serabut. Dah kenapa ni? Ada apa-apa yang jadi ke? Risau lah pula.
"Okay jom kita balik." terus Dato Keith menarik tangan anaknya untuk pulang ke rumah.
"Hey Mr Kim. I balik dulu eh. Ada hal sikit kat rumah. Apa-apa nanti kita keluar sama-sama. Assalamualaikum"
"Alright no problem lah. Nanti apa-apa I roger. Annyeong Nana. Hope we will meet again. Waalaikumsalam". Setelah mereka bersalaman, terus Nana dan ayahnya melangkah pergi meninggalkan ballroom. Saat ingin melalui muka pintu, mata Nana tertangkap figura lelaki tua tadi. Apabila mereka bertembung pandangan, terus lelaki tua itu melarikan diri. Dato Keith yang melihat lelaki itu pelik. Dah kenapa lari? Dia memandang anaknya. Kelihatan air muka Nana berubah saat melihat lelaki tersebut. Ada benda yang berlaku ni.
"Jom papa." Nana memandang kembali ayahnya dengan senyuman. Dato Keith hanya membalas senyuman. Ada masa nanti, akan bukanya mulut anaknya itu. Tak perlu dipaksa. Mereka pun menuju ke arah kereta BMW dan kereta itu berlalu pergi menuju ke arah jalan raya.
Komen, rate and share! <3
Share this novel