Kakinya mula di atur memasuki salah sebuah syarikat Cherries Company. Entah apa kena mengena Cherries dengan company yang melahirkan pelbagai aktor atau aktress yang ternama. Macam tak kena je gayanya. Namun nak buat macam mana, lantak lah. Bukan company dia pun! Azmir di belakang sedang mengejar langkahnya. Dibiarkan Azmir berurusan dengan skeretaris yang bernama Bella. Setelah hampir 5 minit, Azmir menghampiri dirinya yang sedang leka bermain telefon bimbit.
"Dah jom" ajak Azmir lalu mereka berdua mengikuti Bella menuju ke tingkat 2. Naik tangga jelah cukup! Lagipun company ni tak mengamalkan konsep tinggi-tinggi. Cukup 2 tingkat, namun dengan menggunakan hiasan mewah di dalam cukup menandakan betapa kayanya Company Cherries tersebut. Di sepanjang laluan tangga, terlihat beberapa gambar aktor dan aktress serta model tergantung elok di setiap penjuru tangga. Maksudnya, ini menunjukkan betapa company menjaga dan menyayangi aktor dan aktress yang menaikkan imej mereka. Nice~ hatinya sedikit terbuka untuk cooperation dengan company Cherries. Memang sebelum ini, dia ada dengar rumor mengatakan Company Cherries merupakan salah satu company yang berprestij tinggi di Asia Tenggara. Malah, ditambah pula dengan hasil research Azmir terhadap company tersebut menandakan dia tidak salah lagi untuk memilih. Langkah terakhir dihentikan betul-betul di hadapan bilik CEO.
"Encik berdua boleh tunggu sebentar di dalam, nanti saya maklum pada Mr.Ranson. Jemput duduk dahulu." pelawa Bella setelah membuka pintu untuk mereka berdua. Kelihatan interior design milik Mr. Ranson yang simple membuatkan suasana bilik itu sangat tenang. Terpampang gambar cherry di dinding betul-betul belakang meja milik Mr. Ranson dipandangnya. Apa taksub sangat dengan cherry? Ah lantak alah. Mungkin buah favourite dia cherry kot! Lalu dia melabuhkan duduk pada sofa berwarna soft grey tersebut.
"Lama ke?" soal Tengku Nabil kepada Azmir di sebelahnya. Dia menilik jam di tangan. Hampir 10 minit dah ni. Tak suka betul orang tak menepati masa!
"Kita tunggu sikit je lagi eh.. Sikit jeee" jawab Azmir sambil menunjukkan jari telunjuk dan ibu jarinya bersatu. Tengku mendengus perlahan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Hampir 5 minit berlalu, bunyi ketukan di pintu mengganggu mereka berdua. Di paling wajah sedikit, harap-harap Mr.Ranson lah! Namun yang muncul hanyalah wajah Bella dengan membawa dua cawan air. Ini gayanya macam lambat lagi!
"Sorry sebab lambat. Mr.Ranson ada hal sedikit. Nanti dia datang. Dia minta saya hantarkan Encik file ini dan minuman ini." hulur Bella 2 buah file kepada Azmir.
"Ouh okayyy.. Thanks btw" balas Azmir.
"Wait, toilet kat mana?" sampuk Tengku Nabil lagi. Dia dah bosan menunggu! Sementara itu bolehlah dia round satu company ni. Manalah tahu dapat ilham sikit. Bella menunjukkan arah ke belakang sedikit untuk ke tandas. Setelah itu, dia pun melangkah menuju ke arah belakang. Saat dia tiba di simpang dua, di mana arah kanan adalah tandas, kiri pula terdapat satu bilik yang agak tersorok. Matanya terpandang tanda 'NO ENTRY'. Mungkin staff sahaja boleh masuk? Lalu dia memusingkan badan menuju ke arah kirinya.
"Lepaslah!!" telinga terdengar sayup suara wanita. Langkahnya terhenti. Dia menelan air liur. Takkan puan ponti kot? Mindanya dah tergawang dengan cerita hantu oleh Tengku Batrisyia. Isyhhh!! Takkanlah. Ahhh bayangan je kot! Langkah kiri diambil.
"Lepas!!!" suara perempuan lagi. Kali ni lebih keras. Dia terhenti. Lalu badannya di pusing menghadap bilik NO ENTRY. Suara itu datang dari arah tersebut. Dia teragak-agak nak membukanya. Buatnya nanti aku buka, keluar suara mengilai pula...macam mana? Dia berfikir sejenak.
"Lepas lah!! Taknakkkk !!" PRAKKKKK!! Kali ini dia yakin suara manusia, sebab terdengar bunyi barang terjatuh dari dalam. Terus kakinya di langkah laju menuju ke pintu tersebut. Saat tombol dibuka, dia terkejut melihat seorang perempuan di atas lantai, dress yang dipakainya juga hampir terkoyak menampakkan dadanya. Di hadapannya pula, ada seorang lelaki yang agak gempal badannya. Setelah hampir memaksa mata untuk melihat wajah wanita tersebut dalam samar, barulah dia perasan itu adalah Elisya.
"Woii kau buat apa hah?" tengking Tengku Nabil. Walaupun dia tak suka Elisya, namun dia tak boleh tahan apabila matanya tertangkap aksi sebegini. Nampak sangat lelaki gempal ini cuba mengapa-apakan Elisya. Dia terus menolak badan lelaki tersebut lalu menghampiri Elisya. Kelihatan Elisya tersengguk-sengguk menangis.
"Dia... Dia nak rape I... Tolong I Nabil... Please.." rayu Elisya sambil memegang tangan Tengku Nabil. Melihat keadaan Elisya yang tidak bertutup, dia membuka blazernya dan membalut badan Elisya.
"Don't worry...aku kat sini" balasnya lalu bangun menghadap lelaki gempal tadi. Dipandang wajah lelaki tersebut, dah lah tak hensem! Ada hati nak yang lawa!
"Jangan nak masuk campur boleh tak?!" tengking lelaki tersebut. Mungkin dia marah apabila ada orang masuk campur urusannya tadi. Tengku menggempalkan tangannya. Bersedia untuk menumbuk. Tak guna!
"Memang ni bukan hal aku! Tapi kalau kau buat benda terkutuk macam ni, aku takkan berdiam diri!" balas Tengku dengan kuat. Cukup kuat untuk bagi orang lain mendengar jeritannya. Dilihat badan lelaki ini memang agak besar hampir 2 kali ganda badannya, dia ragu-ragu. Boleh ke dia menang? Namun baik dia mencuba!
"Tak gunaaaa !!!" jerit lelaki gempal itu kembali lalu berlari untuk menumbuk Tengku Nabil. Belum sempat penumbuk singgah di perutnya, tangan lelaki gempal tadi ditahan oleh Azmir yang baru tiba. Azmir segera menolak badan lelaki tersebut dan menghadiahkan satu set tumbukan dan tendangan pada perut. Dilihat lelaki gempal tersebut terbaring di sebalik kotak-kotak yang dah terbalik disebabkan pergaduhan.
"Kau okay?" soal Azmir di hadapan Tengku Nabil. Walaupun dia tahu Nabil boleh je lindung dirinya, namun dia lebih kuat dan pantas berbanding Nabil. Selain menjadi seorang PA dan sahabat kepadanya, dia guna adalah salah seorang pengawal peribadi Tengku Nabil. Tak sia-sia ibunya memaksanya untuk mengambil kelas mempertahankan diri dahulu.
"Nice bro. Thanks..." tepuk Tengku di belakangnya lalu berpaling untuk membantu Elisya berdiri. Azmir masih lagi di posisi melindungi mereka berdua.
"Eh kau dengar sini eh! Aku akan pastikan kau masuk lokap lah dengan perangai setan kau ni!" jerkah Tengku Nabil sambil menunding jarinya ke muka lelaki gempal yang terbaring tadi.
"Eh kejap..." sampuk Azmir. Dia perlahan-lahan menuju ke arah lelaki gempal tadi. Dipandang dekat wajah lelaki tersebut. Macam kenal, detik hatinya. Lalu dia membuka suis lampu. Dia menutup mulutnya tanda terkejut!
"OH MY GOD!" jerit Azmir. Barulah dia perasan, lelaki tersebut adalah Mr. Ranson ! Tadi bukan main dia menghadiahkan satu set tumbukan dan tendangan.
"Apehal?" tanya Tengku Nabil. Azmir menunding jarinya ke arah Mr.Ronson yang terbaring sakit. Matanya dipandang ke arah Tengku Nabil di sebelahnya.
"Mr. Ranson!!" jawab Azmir lalu berlari mendapatkan Mr.Ronson di atas timbunan kotak.
"Mr.Ranson are you okay?" ditepuk berkali-kali pipi londeh miliknya.
"Hey are you okay? I'm so sorry!! I didn't mean it!" tambah Azmir lagi. Tangannya tak henti-henti menampar pipi Mr.Ranson.
"Hey hey heyyy. Sakitlah!" balas Mr.Ronson. Dahlah pipinya menjadi sasaran tumbukan tadi. Kini, dia ditampar pula! Perlahan-lahan dirinya cuba untuk duduk kembali. Dia memegang kedua pipinya. Macam retak je ni!
"Both of you..... I'm gonna sue you! And you to Elisya! I'm gonna sue you as sexual harassment! Tunggu lah kau! BELLA! BELLA!!" jerit Mr.Ronson sambil cuba untuk berdiri. Perutnya terasa senak. Azmir disebelah cuba untuk membantu.
"Slow-slow.. Sakit tu" tambah Azmir lagi. Mr.Ronson memandang sebelahnya.
"Hey you! Im gonna sue you too! Let me go!" balas Mr. Ranson lalu menepis tangan Azmir. Dah lah pukui aku! Kedengaran beberapa derapan tapak kaki menuju ke arah mereka. Kini beberapa staff termasuk security dan Bella berada di ruangan tersebut.
"Security!! Bawa diaorang semua ke balai polis! Bella! Call my lawyer!" arah Mr.Ranson. Dia menggosok-gosok kedua pipinya yang dah berubah warna.
"Call lah call! I'm gonna sue you too for sexual harassment. We are gonna look, who's gonna win this! And also, please jangan segan untuk berurusan dengan my lawyer! And also her company!" balas Tengku Nabil. Dia dah bertambah geram melihat lelaki gempal ni! Ada hati nak salahkan orang. Padahal memang sah-sah salah kau!
" Excuse me? Sexual harassment? Who? Me? Hahahaha what a joke! " jawab Mr.Ranson sambil ketawa.
" Yes! What a joke to you! Hope you will like when you're on jail! And please... Don't forget to show your lawyer this cctv." sambung Tengku Nabil lagi lalu menunjukkan ke arah cctv yang berada di luar bilik dan dalam bilik tersebut. Terus Mr. Ranson terdiam.
" Dah jom. We don't need this kind of cooperation! "bidas Tengku Nabil lagi lalu melangkah pergi bersama Elisya di sebelahnya.
" Jangan lupa tuam ais.. Tak pun telur tau. Tu pipi tu. " tambah Azmir lagi sambil menunjuk ke arah pipinya. Lalu dia pun melangkah pergi bersama Tengku Nabil.
Agak panjang sikit! Sorry <3
Share this novel