Excuse me, Mr Offshore!

Beauty

Fanfiction Series 42303
5
(461 ratings)

Synopsis

"Hey tepi lah sikit. Orang nak cepat ni" jerkah Nana pada seorang pemuda berumur dalam 30-an yang menghalang laluannya. Jam di tangan di kerling menunjukkan pukul 7.55 pagi. Alamak! Aku dah lambat ni!!!! "Ehh ehhh ehh apa ni main tolak-tolak orang ni" akibat terlalu sibuk berbual dengan rakan sekerjanya, dia ditolak kasar oleh Nana. Fuh! Nasib baik sempat paut, kalau tak dah terjunam aku masuk laut. Tak guna punya perempuan! Mata laju menangkap figura perempuan yang berlari di hadapannya. Baju jaket hitam tertulis MEDICAL di belakang di tatap. Kerja sini ke? . . . . . "Woi perempuan, kau jangan sampai aku dapat kau. Aku humban kau dalam laut nanti! Kau tunggu!!" . . . "Gila punya laki" . . . Pertemuan pertama yang membuatkan masing-masing menyimpan rasa marah terbuku di hati, menyebabkan mereka berharap tidak berjumpa lagi. Namun, perancangan Tuhan itu Maha Hebat. Jika sudah tertulis, gayanya akan berjalan seperti kehendakNya. Siapakah kita ingin menolak? . . . . Kisah ini berkisar kan tentang kehidupan hero dan heroin yang bermula dengan perasaan benci. Sekian lama bertukar menjadi bunga. Tengku Nabil, seorang arkitek dan juga business man yang berjaya dan terkenal di serata dunia. Seorang pemuda berumur 30-an yang sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk bercinta. Namun, disebabkan kisah silamnya bersama bekas tunangnya menyebabkan hatinya tertutup rapat untuk perempuan lain. Disisi lain, Nana atau nama lainnya Hanna seorang doktor yang pakar dalam kecemasan. Selepas hampir 7 tahun belajar di luar negara, dia ingin mencabar dirinya untuk bekerja di laut negara kesayangannya, Malaysia. Kerana minatnya dengan bidang medikal yang mendalam, dia tiada masa untuk mencari pasangan hidup. Cukuplah oppa oppa drama korea menemaninya. . . . Namun dalam sebuah perhubungan, pasti akan ada asam garamnya. Tengku Nabil, mempunyai kisah silam yang tidak boleh disentuh. Nana, mempunyai sejuta rahsia yang tidak dapat diungkap. Adakah ini akan menjadi asbab hubungan mereka putus di tengah jalan, ataupun menjadi satu punca ikatannya lebih kukuh? Teruskan membaca :) . . +DANGEROUS AHEAD! Please get your mental strong enough untuk baca! Too many plot twist gonna twist your mind!


Share this novel

Rate this story


Comments

Zubaidah
2023-07-16 

still menanti...

Zubaidah Mohamed
2022-08-07 

bila nk update...lama sudahku menunggu

Raf_82@pidot
2022-04-17  1 Replies

Tq update

Beauty

36 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience