Bab 24

Fanfiction Series 42303

Jam loceng yang berbunyi memaksanya membuka mata. Rasa penat semalam masih tersisa. Dia menggeliat. Cermin tingkap biliknya dipandang. Luar masih lagi gelap. Jam loceng dimatikan. Walaupun baru semalam kakinya dijejakkan ke bumi Malaysia, disebabkan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor perlu diteruskan. Dia menghulurkan kakinya ke bawah dan bangun menuju ke bilik air. Belum sempat dia memasuki bilik air, pintu biliknya dikuak dari luar. Muncul wajah adiknya itu, Mawar.
"Good morning! Jom breakfast sama-sama" tegur Mawar sambil tersenyum. Nana yang melihat membalas senyuman.
"Awalnya bangun Mawar." soalnya. Walhal sekarang baru pukul 5.30 am. Mawar melangkah masuk memeluk kakaknya. Biarlah dah besar pun masih nak manja dengan kakak.
"Tak boleh tidur..." rengeknya manja. Kepalanya diulus lembut oleh kakaknya.
"Kesian dia... Nanti akak buatkan jujube tea ye? Pergilah turun dulu. Akak nak mandi sekejap." balas Nana. Mawar mengangguk dan berlalu turun ke bawah. Nana kembali mengorak langkahnya menuju ke bilik air.
***Dia berjalan menuruni tangga. Sampai di setengah tangga, dia terhenti. Gelak tawa dari arah dapur menarik minatnya. Kelihatan papanya dan Mawar serta Kak Ndah gelak ketawa. Seronok hatinya melihat pemandangan seperti ini. Dia kembali melangkah menuruni beberapa anak tangga.
"Amboiii gelak sakan. Apa yang lawaknya tu?" tegur Nana. Dia menghampiri meja makan yang telah tersedia pelbagai hidangan. Meriah betul!
"Ni papa story pasal kak Nana. Lawak betul! Siapa sangka anggun macam ni tapi sebenarnya ganas?" balas Mawar sambil sambung gelak. Tak cukup nafas dia dibuatnya apabila papanya bercerita soal kakaknya. Nana bingung.
"Kenapa pula?" soalnya kembali.
"Alah macam papa tak tahu.. Masa ceremony sebelum ni, kamu pergi smack down kan lelaki tu kenapa? Hahahaha" sambung papanya pula. Smack down? Bila masa pula aku smack down orang ni? Tangannya diletak ke dahi ibarat sedang memerah memori di otak.
"Isyh bukan smack down lah papa! Suka-suka je kata Nana smack down. Nana just gurau sikit je. Dah dia yang start dulu. Nana balas je balik!" terangnya kembali lalu mengambil tempat di sebelah adiknya itu. Teringat pula kejadian di ceremony, di mana dia pergi twist kan tangan lelaki tua yang gatal! Geram pula dibuatnya. Kalau jumpa lagi kalini, biar aku twist pula lehernya!
" Iya iya je tu kak Nana ni?" usik Mawar sambil menyenggol sedikit siku kakaknya itu.
"Betullah wahai adikku sayang...." diketuk sedikit kepala adiknya itu. Biar wake up! Mawar tergelak kecil. Kelihatan muka kakaknya kemerahan. Malu lah tu! Nana mencedok meehoon goreng yang dimasak oleh Kak Ndah ke dalam pinggan papanya dan Mawar.
"Amboi muka merah-merah kenapa kak? Panas sangat ke meehoon goreng Kak Ndah ni?" usik Mawar lagi. Nana yang perasan terus menidakkan.
"Mana ada. Amboi kemain ye sakat orang. Ada kena baling dalam kolam tu kang." balas Nana sambil memuncungkan bibirnya ke arah kolam. Mawar terus terdiam. Nana kalau dia kata dia buat, memang betul-betul dia buat. Taknak aku mandi lagi sekali!
"Huaaaaa tahu takutttt" sambung Nana. Sebenarnya, Nana bukannya menahan malu sebab kisahnya dengan lelaki tua gatal tu! Tapi.. Dia teringat Tengku Nabil. Terbayang detik perjumpaannya dengan Tengku Nabil buat kali ke dua. Rindunya.
"Kak Nana? Kak Nana!" bahunya ditolak sedikit oleh Mawar. Dia tersentak. Mengelamun lagi!
"Tu makan. Kang sejuk tak sedap." sambung Mawar. Nana hanya mengangguk dan mula menyuapkan suapan yang pertama. Telefon di sisinya dipandang. Semalam sebelum tidur, dia ada membuka log panggilan. Dia perasan terdapat missed call dari Tengku Nabil hampir 20 kali. Namun, disebabkan dia terlalu busy 2 minggu lepas, dia tak sempat nak melihat phonenya. Takkanlah aku nak call balik? Dia keraskan hati. Taknak dia pula yang nampak beria. Kunyahannya terhenti. Lengannya dicuit sedikit.
"Kak Nana tunggu siapa?" soal Mawar perlahan. Nana memandang Mawar. Keningnya diangkat sebelah menandakan soalan.
"Takdelah, dari tadi Kak Nana tenung je phone tu. Macam tunggu someone je. Buah hati eh?" sambung Mawar kembali.
"There's no such a buah hati okay? Focus on your food please.." ditolak perlahan dahi adiknya itu menggunakan jari telunjuk. Mawar menjuihkan bibir.
"I think you should focus on your food too Kak Nana" sakat Mawar kembali. Nana menjengilkan anak matanya. Eh budak ni! Menjawab pulaaaa! Papanya hanya tergelak sahaja. Girang melihat kedua buah hatinya di hadapannya ini. Terubat rindu dengan arwah isterinya.
***Kereta proton x70 miliknya diparkir mengundur. Dia memeriksa phonenya kembali. Tiada panggilan. Benar, memang dia sedang menunggu panggilan dari seseorang itu. Namun, sengaja dia buat-buat tak tahu. Dia mencapai beg silangnya dan kot putih di kerusi sebelahnya. Pintu ditolak keluar. Isyh tinggi lah pulak. Terpaksa lompat kecil. Kalau lah dia naik porsche miliknya di UK itu, tak perlu dia melompat kecil saat turun dari kereta. Saat dia ingin melangkah pergi, terdengar suara dari arah belakang.
"Lama nya cuti. Pergi mana? Sedapnya kau cuti. Orang dekat sini bukan main tungkus lumus banting tulang kerja. Elok je kau bercuti ke UK sana ye." perli Dr Faizal dari arah belakang. Nana menghela nafas. Rosak mood aku pagi-pagi ni! Dia mengukir senyuman paksa dan pusing kebelakang. Belum sempat dia membuka mulut, ada suara lain yang menjawab.
" Eh Dr Faizal ni pun. Orang nak ke mana, biarlah. Jangan menyibuk sangat hal orang, tak elok Dr. Lagipun Dr, ini baru first time kawan saya ni minta cuti, apalah salahnya kan. Dari yang duk claim je cuti tahunan, kejap-kejap cuti tanpa sebab. Tak pasal-pasal orang kena cover kan kerja dia pula. Takde pula rasa tanggungjawab! "perli Aisyah kembali. Baru sahaja nampak kelibat kereta Nana, dia gembira nak terkam kawannya itu. Eh terbantut pula dengan kehadiran mulut kecoh ni! Nana terkejut mendengar perlian Aisyah. Wow! Good job friends!
"Kau perli aku eh?!" marah Dr Faizal kepada Aisyah di sebelah Nana.
"Entah. Fikir lah sendiri. Kami gerak dulu ye Dr. Bye bye" balas Aisyah sambil berlalu pergi bersama Nana. Lengan Nana dipaut erat.
"Camne aku tadi? Okay ak?" soal Aisyah perlahan. Nana tersenyum dan angguk. Perfect! Mereka gelak kecil lalu bergerak menuju ke arah pintu masuk hospital.
***Kot putih di sangkut pada kepala kerusi. Nana membetulkan sedikit rambutnya yang tidak terurus disebabkan angin sebentar tadi. Aisyah di sebelah dipandang dari anak matanya.
"Tengku takde call kau ke?" soalnya kepada Nana.
"Kau ni takde soalan lain ke? Aku baru je sampai. Bukannya nak tanya pasal aku!" balas Nana lalu mengambil kot putihnya dan di sarung ke badan. Lama tak sarung! Rinduuu!
"Pasal kau maleh aku. Takdelah Tengku sampai call aku sebab tak dapat contact kau. Takkan lah kau tak perasan?" tanya Aisyah mengekori Nana dari belakang. Entah kenapa dia asyik teringat dengan Tengku Nabil je harini. Hatinya pun rasa tak sedap setiap kali mendengar nama Tengku Nabil. Dia mengorak langkah menuju ke arah troli kecemasan. Aisyah masih mengikutinya. Dah macam belangkas! Nana hanya mendiamkan diri sahaja.
"Nana! Kau dengar tak soalan aku?" soal Aisyah berulang kali. Dia menggoncang kan tangan Nana yang sibuk memeriksa barang di troli kecemasan. Nana masih mendiamkan diri buat tak tahu.
"Dr Nana!!". Terus Nana memusing kan badannya saat terdengar jeritan seseorang dari arah pintu masuk emergency department. Kelihatan Azmir sedang berdiri dengan nafas tercungap-cungap. Jangan cakap........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience