[di apartment Tengku Nabil]
Matanya dipaksa buka sedikit. Cahaya suram lampu bilik tidurnya memecah masuk ke ruangan matanya. Dia dikejutkan dengan bunyi loceng rumahnya kedengaran. Ketukan kuat dipintu menyebabkannya terbangun. Siapa pula ni? Aduh penat kerja tak habis lagi ni. Sesudah solat isya, terus dia merebah kan dirinya di atas katil size kingnya itu. Akibat company nya ada masalah sedikit, dia perlu turun padang untuk menyelesaikannya. Bukannya dia tak ada pembantu. Walhal ramai lagi pembantunya yang boleh dipercayai. Namun, dia jenis lebih gemar uruskan sendiri. Baru puas hati bila nampak asal usul masalah. Kepalanya terasa berat nak bangun. Bunyi ketukan di pintu makin kuat. Terus dia gagahkan diri untuk melangkah maju ke arah screen di tepi dinding di mana screen tu memaparkan individu yang menekan loceng rumahnya. Kelihatan umi dan ayahnya sedang berdiri di hadapan pintu. Dah kenapa tetiba umi ayah datang ni? Terus ditekan butang berwarna hijau. Ting! Pintu terbuka. Dia melangkah longlai menuju ke arah muka pintu.
"Ya Allah Tengku Nabil. Umi punya lah call tak berjawab. Umi tekan loceng banyak kali dah. Kamu baru bangun tidur? Kenapa tak siap lagi ni? Pergi siap sekarang!" marah Uminya. Mana tak geram. Dari tadi duk call tak berjawab, message tak balas. Ketuk pintu pun tak dibuka. Hampir sahaja dia panggil tukang buka pintu tadi. Muka anaknya dipandang. Serabainya ya Allah! Tengku Nabil mengusap matanya. Siap? Siap untuk apa?
"Siap apa umi? Nabil baru bangun tidur ni. Ada kerja kat office tadi. Baru dapat rehat." balas lemah Tengku Nabil sambil duduk di atas sofa. Umi terus menarik telinga anaknya itu. Degilnya! Macam ayah dia!
"Aduh aduhhh umi. Sakit.. Sakittt!!" terus segar matanya tatkala ditarik telinga oleh umi. Cubitan ketam tu. Sampai ke tulang rasa. Mata memandang ayahnya, meminta pertolongan. Namun hampa. Ayahnya hanya tersenyum. Suka lah tu tengok anaknya kena!
"Boleh dia duduk pula! Semalam kata okay nak teman umi ayah pergi ceremony! Ni tak siap siap lagi! Pergi siap sekarang!" tambah Datin Hanim.
Ceremony? Okay? Ceremony apa pulak! Otaknya ligat memerah ingatannya. Setahunya dia tak ada janji apa-apa dengan Uminya. Ke dia terlepas pandang? Telinga dilepaskan. Pergh merah woi! Digosok perlahan.
" Bila masa pula kita nak pergi ceremony? Ceremony apanya pulak ni? Tak tahu pun." jelas Nabil. Betullah. Seiingatnya dia takde pulak terecalll apa-apa berkenaan ceremony. Peliknya.
Tatkala mendengar kata yang keluar dari mulut anaknya itu, terbuntang biji matanya. Baru semalam dia cakap, rini dah lupa! Tangan dicekak ke pinggang.
" Apa? Semalam after dinner, Sayang yang kata okay nak pergi ceremony. Umi dh cakap before masuk kereta! Mengelamun lagi!"
Terus Nabil terhentuk. Ha'ah lah. Semalam akibat leka mencari kelibat perempuan tu, dia tak dengar apa yang diomelkan oleh Uminya. Salah sendiri lah! Sibuk sangat otak tu ligat cari benda lain.
" Ahhh. "pendek jawapannya.
" Ahhhh? Pergi siap cepat. Umi bagi masa 20 minutes. " Datin Hanim naik darah dah. Suaminya di sebelah dipandang lalu dia menyambung.
" Yang awaknya duk tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa? Ouh sukalah awak tengok anaknya dimarah ye. Awak ingat giliran awak tak ada ke? Dari tadi saya membebel. Awak diam je. Tak terkutik ye! Bukannya nak tolong saya" Dato Tengku Zahar terkedu. Aik! Aku pula yang kena. Terus mati senyumannya. Tengku Nabil sengih jahat. Hahahhahaha gelak hatinya. Tu lah taknak tolong tadi. Padan muka! Dato Tengku Zahar memandang anaknya. Meminta pertolongan kembali. Saat bertentang mata dengan Tengku Nabil, tanpa menunggu sesaat. Terus berdesup dia melarikan diri. Terbuntang mata ayahnya. Kuasam punya anak! Sempat dia lari. Terpaksalah dia dengar bebelan isterinya tu. Nasib baik lah sayang.
[di dalam bilik Tengku Nabil]
Tap! Terus dia menutup pintu biliknya. Fuh sebaik ayahnya jadi pengganti dia. Kalau tak, esok kena pergi klinik. Cek telinga nanah atau tak! Dia terus bergegas mengambil tuala lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan badan. Setelah hampir 10 minit mandi, dia mengenakan tuksedo berwarna krim. Bowtie berwarna hitam diambil dan di sangkut ke leher. Perfume jenama channel disembur sedikit di leher dan lengan. Rambut distyle ala-ala slanted sweep. Okay ngan! Jam tangan jenama rolex keluaran terbaru dicapai. Lalu di bergerak keluar menuju ke arah ruang tamu. Dia menjengah sedikit antara dinding pemisah bilik dan ruang tamu. Kelihatan uminya di tenangkan oleh ayahnya. Suasana dah tak panas! Dia boleh keluar. Perlahan kakinya melangkah. Dia memegang kedua bahu uminya dengan perlahan. Umi dan ayahnya memusing kan badan.
"Hah kan hensem sayang umi ni. Dah jom. Kang jalan jem susah." tenang hatinya tatkala melihat anaknya terurus. Bukan apa, resah hatinya bila terkenang kisah beberapa tahun lepas, selepas anaknya ditinggalkan terkontang kanting oleh tunangnya. Masa tu, hati seorang ibu luluh melihat anaknya dah tak macam manusia. Makan minum tak terjaga. Keluar masuk hospital macam hotel. Terus dia mengapai tangan anaknya lalu keluar bersama menuju ke arah lif.
"Eh amboi! Suaminya ditinggalkan." Dato Tengku Zahar bersuara di belakangnya. Nilah orang kata, bila dapat madu, sepah dibuang! Jeles dengan anak sendiri pun sakit tau! Terus Dato Zahar membontoti keduanya keluar.
________________ [di ballroom]
Kelihatan beberapa kumpulan manusia sedang bersembang antara satu sama lain. Di sisi kiri kelihatan sejumlah aneka makanan terhidang. Di sisi kanan, tersusun beberapa buah meja VIP yang khas disediakan untuk kenalan rapat. Tengku Nabil memaut lengan uminya. Dia melangkah menuju ke arah meja yang disediakannya. Setiap langkah dituruti oleh seorang pelayan.
"Ini meja keluarga Tengku. Boleh silakan duduk. Jika ada apa-apa. Boleh panggil saya atau rakan saya yang lain. Jika tiada masalah. Saya beransur dulu. Have a nice meal, Tengku and family" jelas pelayan tersebut. Tak perlu tunjuk invitation card or nama, dia dah tahu siapa pemuda di hadapannya ini. Terkenal tau! Idol setiap orang tak kira jantina dan usia. Inilah term orang kata makin tua makin menarik. Tengku yang mendengar hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Dia menarik kan sedikit kerusi untuk uminya. Ayahnya mengambil tempat di sebelah uminya. Suasana di ballroom dengan irama muzic classic menenangkan suasana. Tengku membisikkan ke telinga uminya, "Umi nak air? Nak makan apa2 tak?" soal Tengku. Uminya hanya tersenyum dan menjawab ; "Umi nak air je. Penat. Thank you sayang".
Ayahnya di sebelah memandang mereka. Aik? Aku ni halimunan ke? Dari tadi asyik uminya saja!
"Eh umi je? Ayah takde tanya ke?" rajuk ayahnya. Tengku dan umi tergelak halus.
"Okay okay. Ayah. Ayah nak apa? Nak air? Nabil ambilkan ye?" gelaknya sambil berjalan menuju ke bouquet makanan yang disediakan. Sengaja dia berjalan ambil sendiri, walhal boleh je dia memanggil waiter. Dia nak berjalan sikit. Tengok siapa yang hadir dalam ceremony ni. Dia menuju ke arah air. Terdapat seorang pelayan yang menjaga disitu.
"Yes Tengku?" tanyanya ramah.
"Hurm... Nak refresher strawberry acai 2."
Saat sedang menunggu, di dalam kegelapan ballroom. Dia melihat sekeliling. Matanya tertacap pada seorang perempuan yang samar-samar sedang memegang lengan seorang lelaki secara twist ke belakang. Kelihatan lelaki itu mengerang kesakitan. Perempuan itu membisikkan sesuatu kepadanya. Selepas itu, kelihatan muka lelaki tua itu berubah ketakutan. Terus perempuan itu melepaskan tangannya. Dia berlalu pergi menuju ke arah Tengku Nabil. Wow! Impressive. Nice move. Tengku Nabil tersenyum. Dia melihat perempuan itu menuju ke arahnya, lantas mati senyumannya. Alamak! Aku nak kena smack down pula ke ni? Terus Tengku Nabil tak senang berdiri. Dia tak tahu ingin ke mana. Weyh siapa je tak takut? Buatnya tetiba dia kena smack down kat sini bebetul! Malu dia kena tibai dengan perempuan.
"Eh tepi lah sikit. Orang nak lalu ni." jerkah perempuan tersebut. Minyak wangi jenama channel dihidu. Wanginya. Lembut je bau dia. Dia memandang ke bawah. Kelihatan dalam samar perempuan itu menjeling. Macam familiar je suara. Tapi dalam kesamaran bunyi akibat music yang dibuka, dia jadi tak pasti. Menungan dia terganggu.
"Eh ehhhh apa ni main tolak-tolak orang?" soalnya tatkala ditolak oleh perempuan tadi.
"Gila punya laki" jawab perempuan tu lalu berlalu pergi meninggalkan Tengku terpinga-pinga.
HAH DIA LAH! Terus Tengku memusing kan badannya. Mencari kelibat perempuan tadi. Dialah perempuan yang langgar aku hari tu. Namun hampa, tak jumpa. Asyik hilang je perempuan ni? Pakai ilmu apa.
"Sayang" panggilan tidak diendahkan.
"Sayang!" kalini lebih kuat namun tidak diendahkan lagi. Tengku Nabil masih mencari kelibat perempuan tersebut.
"Tengku Nabil!" Datin Hanim mencubit lengan anaknya itu. Dari tadi tunggu air. Tak sampai-sampai. Akhirnya dia pergi sendiri mencari anaknya. Lihat-lihat anaknya duk termenung sendiri.
"Aduh umi sakitlah" terus dia sedar kedatangan uminya.
"Cari apa lagi tu? Dari tadi umi ayah tunggu air." tanya uminya tatkala melihat anaknya itu sedang mencari sesuatu.
"Ah ? Ahhh takdelah. I just saw someone familiar je. Ouh ah air air. Jom jom kita duduk balik. Sorry Hehehe" balas Tengku sambil mengambil kedua gelas air tadi lalu kembali ke meja.
Dia kembali termenung, betulkan tadi tu? Perempuan tu? Entah kenapa hatinya teringin nak tahu pasal perempuan tu. Hatinya meronta-ronta. Setiap kali terjumpa dengannya, mesti ada something. Dia nak confirmkan. Namun perempuan tu lebih bijak menghilangkan diri. Lesap bagai angin. Hilang tiada jejak. Susah betul nak kesan dia. Selepas pertemuan mereka di pelantar minyak tersebut, dia cuba juga mencari maklumat berkenaan wanita itu. Namun tidak jumpa. Pelik! Hampir seluruh manusia di dunia dia boleh dapat information dengan hanya memetik jari. Semua boleh dapat. Namun dalam kes perempuan ini, hanya tahu namanya dan pekerjaannya sahaja Hanna atau nama panggilannya Nana. Itu sahaja maklumat yang didapatinya sendiri. Dia curious. Perempuan ini ibarat sebuah kantung yang dikunci rapat. Aku akan cuba cari kunci. Hanna. Nama perempuan yang di titip perlahan pada bibirnya.
Hanna.
Thank you sebab support! Hope you enjoy <3
Share this novel