Kalendar di tangan dibelek-belek. Telefon di tangan kanannya di hentak perlahan. Dia terfikir jauh. Hmmmmm macam mana ek? Kerusi di ruangan peribadinya di pusing ke kiri dan ke kanan. Dia baru teringat, lusa merupakan hari jadinya yang ke 32 tahun. Itu pun nasib baik semasa dinner tadi uminya memberitahu, kalau tak sampai sudah dia tak ingat. Asyik busy je dengan kerja. Patutlah dia pelik, kenapa uminya asyik suruh dia pulang terus. Rupanya dah di plan nak sambut birthday. Baginya, tak perlu sambut pun takpe. Dah tua orang kata! Berbeza pula dengan uminya, lagi tua lah lagi buat memories. Barulah ada makna hidup! Terpaksalah dia ikut. Alang-alang tu bolehlah dia jemput Nana sekali! Senyuman di bibir terukir. Ketukan di pintu menyedarkan nya dari lamunan. Kelihatan uminya masuk dengan segelas susu panas di tangan. Tahulah anaknya itu insomnia. Jam di dinding dah menunjukkan pukul 2 pagi, tapi masih tidak tidur.
"Umi kenapa tak tidur lagi ni? Dah lewat. Tak elok untuk kesihatan lahh" tegur Tengku apabila melihat uminya yang masih segar.
"Ini umi buatkan susu panas. Kamu tu jangan pula minum Coffee! Nanti tak boleh tidur. Tengok jam dah pukul berapa ni. Tak tidur-tidur lagi! Umur tu bukannya makin muda, makin tua dah. Bilalah umi dapat menantu macam ni... Hmm" jawab Datin Hanim. Sengaja membuat riak wajah sedih. Terkelip-kelip matanya memandang Tengku.
"Isyhhh umi ni. Nabil muda lagilah! Nabil nak enjoy dulu ni" jawab Tengku kembali. Ahhh sudah! Uminya tak habis-habis mention pasal kahwin kahwin kahwin. Bukannya dia taknak, masalahnya calonnya tu susah nak dekat! Tiba-tiba dia teringat dekat Nana. Cawan susu tadi diambil dan di teguk habis.
"Jujube tea..." baris ayat itu meniti di bibir. Teringat detik di mana Nana membuatkannya jujube tea semasa dia di warded kan. Senyuman terukir di bibir.
"Hah senyum apa tu? Amboiiiii...Ingat kosongkan jadual kamu lusa! Jangan lupa!" berkali-kali Datin Hanim mengingatkan anak keduanya ini. Biar melekat sikit dekat otak! Setelah berkata begitu, terus uminya berjalan keluar. Tengku terdiam memikirkan cara bagaimana nak mengajak Nana. Dia terfikir inilah cara nak memperkenalkan Nana dengan keluarganya. WhatsApp Nana ditekan.
'Dah tidur ke' butang send ditekan. Dalam beberapa saat, kelihatan Nana sedang typing.
'Not yet.. Why?' tanya Nana. Aik? Lambat nya tidur. Dah pukul berapa ni baru nak tidur...'Free tak esok? Nak ajak lunch' Tengku membalas. 'Boleh je. Jumpa esok'. Terasa dirinya ingin melompat keriangan melihat jawapan seperti itu. Yes! Step first dah berjaya. So semuanya bergantung kepadanya esok. Semoga plannya berjalan dengan lancar. Aminnnnnnn!!!!
Share this novel