Suasana hening di bilik bawah tanah yang menempatkan salah satu bilik rahsianya memenuhi segenap ruangan. Nana menyilangkan tangannya. Telinga menangkap bait-bait penjelasan daripada Boy di kerusi bertentangan dengannya. Riak wajah serius dipamerkan dengan setiap kata yang dikeluarkan. Giginya diketapkan rapat. Chis! Hilang lagi...dia berdecit perlahan.
"Sorry Nana, we lost him again" kata terakhir Boy. Selepas mereka bertiga, Nana, dirinya dan Mawar dinner di salah sebuah restoran Arab, mereka berdua menuruni ke bilik rahsianya setelah Nana menghantar Mawar ke bilik. Boy memandang muka Nana dengan seribu perasaan menyelinap segenap hatinya. Dia serba salah. Lelaki yang ditangkap oleh anah buahnya ketika di UK sebelum ini, cuma lah seorang stalker sahaja. Bukanlah seperti yang mereka harapkan. Nana bangun dan mendengus kasar. Dia berjalan menuju ke arah punching bag yang memang tersedia di satu sudut bilik itu. Dipandang punching bag itu seolah-olah wajah yang dicari ya selama hidupnya ini. Walaupun tidak pernah melihat wajah tersebut, namun geram hatinya masih tersisa malah makin membara. Akibat terlalu geram,dia menumbuk punching bag. PAP! Tangannya yang tersangkut pada punching bag di tarik keluar. Bocor. Terkeluar sisa-sisa dalam punching bag ibarat air terjun yang mengalir. Dia meraupkan rambutnya ke belakang. Dilihat Boy menghampirinya. Sejujurnya ikutkan hati, memang nak je dia lanyak kan Boy. Tapi fikirkan kawan rapat. Terpaksa dia tahan sahaja. Bahunya dipegang dari belakang.
"Sorry Boy, I have too.." katanya sebelum memegang kembali tangan Boy. Dia slide ke bawah sebelum kaki belakang Boy ditendang. Akibat ketidakseimbangan, Boy tersadung ke hadapan. Tangannya masih dalam pegangan Nana. Dia melihat Nana di belakangnya. Mata yang membakar itu, kini dia faham apa yang Nana nak. Boy merentap tangannya kembali, dan memusingkan badan Nana ke belakang. Dia memegang kedua-dua tangan Nana lalu menolaknya merapati dinding. Dia tersenyum sinis. Not bad ~. Nana yang telah terkunci meronta-ronta meminta ruang agar dia boleh kembali mengambil langkah. Akibat terlalu kuat Boy mengunci pergerakannya, dia menolak badan Boy menggunakan belakang badannya sekuat hati. Apabila ruang tercipta antaranya dengan dinding, dia menapakkan kakinya ke dinding dan memusingkan badannya ke belakang Boy. Belum sempat Boy mengambil langkah, Nana mengambil lengan Boy dan melayangkan badannya ke lantai. DUM!! Bergema satu ruangan tersebut dengan hentakan itu. Terdengar Boy mengerang kesakitan. Nana mengelap peluh di lehernya menggunakan tangannya. Di cekak pinggangnya lalu memandang Boy di bawah. Boy menatap mata Nana. Lalu dia tergelak gembira. Pandangan mata Nana telah berubah. Dia tahu saat Nana bengang, atau marah yang teramat sangat, salah satu cara untuk melempiaskannya adalah dengan lawan. Iya, walaupun itu tidak termasuk dek akal dengan gaya seorang doktor pada pandangan orang luar, namun, Boy tahu itulah Nana yang sebenarnya. Diri Nana yang orang luar malah Aisyah pun tidak tahu. Karakter yang membuatkannya lebih jatuh hati dengan Nana.
"Hahahaha nice move princess. Not bad even dah lama tak kena..." balas Boy yang masih mencari nafas. Sakit di belakang badannya tak terkata. Walaupun skill Nana telah pun dia baca, sengaja dia tidak menggunakan skillnya. Nak bagi Nana puas!
"Well you too..." sambung Nana lalu menghulurkan tangannya untuk membantu Boy bangun. Hulurannya disambut Boy. Nampak je badan Boy besar ala-ala masculine, tapi jangan tengok badan Nana yang kecil macam ni atas bawah. Walaupun badannya kecil molek, skillnya dalam berlawan amatlah kuat. Tengoklah diri Boy pun boleh diangkatnya ke udara. Nana menepuk-nepuk bahu Boy.
"Thanks btw. Next time do your work.." sambung Nana lalu melangkah menaiki tangga. Dia ingin kembali ke biliknya untuk membersihkan badan. Setelah puas mengerjakan Boy, dia ingin merehatkan mentalnya pula.
Share this novel