Peluh sejuk di dahi diseka menggunakan belakang tapak tangannya. Pelbagai soalan diserang oleh umi Tengku Nabil tadi. Nasib baik dia bagi alasan nak ke tandas sekejap. Dapatlah lari! Dia segera menuju ke belakang rumah di mana menempatkan ruangan kolam. Di kipas-kipaskan sedikit wajahnya bagi hilang bahang wajah. Dia kerling sedikit melalui dinding, kelihatan umi Tengku Nabil masih berborak dengan anak-anaknya yang lain. Dada diurut perlahan. Tengku Nabil pun satu! Lepas je dia gerak ambil makanan, terus hilang dari pandangan. Tinggalkan aku macam tu je! Dia meneruskan langkah menuju ke arah belakang rumah. Dilihat terdapat satu kerusi panjang disitu. Dia ingin menenangkan dirinya sebentar. Namun langkahnya terhenti apabila terdengar suara seperti orang bergaduh di sebalik dinding memisahkannya. Nana terus sandar pada dinding. Macam familiar je suara. Dia mengintai sedikit. Kelihatan Tengku Nabil dan satu wanita yang memakai gown navy blue paras lutut sedang bertekak. Macam pernah nampak perempuan tu? Kat mana ek?
"Elisya stop it! I don't love you anymore! Stop it. I'm in love with someone else." terdengar suara Tengku naik satu oktaf. Kelihatan Elisya berusaha merayu kepada Tengku Nabil. Nana memerhatikan sekeliling, takde orang. Nasib baik lah tempat ni macam tersorok sedikit. Hah! Baru dia teringat, perempuan tu lah yang ada dengan Tengku masa dekat hospital hari tu. Masa tu pun dengar suara gaduh juga! Mesti ex ni... Jentik hati Nana. Macam best lah pula dengar orang gaduh. Dia mencuri telinga lagi. Dengar lagi suara Tengku Nabil dan Elisya silih ganti.
"Kak Nana, dengar apa tu?" bisik Tengku Batrisyia dari belakang. Terjongket kecil bahu Nana akibat terkejut. Dia memusing kan kepalanya dan menunjukkan isyarat senyap pada bibirnya. Tengku Batrisyia mengangguk tanda faham, lalu mereka berdua pun bercangkuk disitu mendengar suara pergaduhan. Sekali sekala, mereka berdua tergelak kecil. Dah macam drama TV 3!! Tengku Batrisyia menyenggol sedikit lengan Nana di sebelah. Mereka berdua tergelak.
"Aku dah tak sukakan kau!" ajuk Tengku Batrisyia. Nana menutup mulutnya menahan gelak. Air mata di tubir mata dilap sedikit. Lawak dengan lakonan Tengku Batrisyia. Sebiji weyh! Sedang mereka gelak, terlihat sepasang kasut di hadapan mereka berdua. Terus terhenti gelakkan tersebut. Perlahan-lahan kedua pasang mata itu naik ke atas. Tengku Nabil! Gulp. Nana dan Tengku Batrisyia memandang sesama sendiri. Ops! Tertangkap pula. Dilihat Tengku Nabil bercekak pinggang.
"Bangun." sepatah perkataan keluar dari mulut Tengku Nabil menyebabkan kedua-duanya lantas berdiri serentak. Dah macam askar! Nana menundukkan pandangannya. Tangan kirinya dirangkul lembut oleh Tengku Batrisyia, kelihatan dirinya meminta semangat dan pertolongan darinya. Aduh macam mana akak nak tolong? Akak sendiri pun tersangkut!
"Errr kita orang tak dengar apa-apa pun. Kita orang dekat sini saja nak menikmati air kolam kan. Hahaha kan Batrisyia? Kan kan?" terang Nana sempat menolak kecil lengan Batrisyia di sebelahnya. Tengku Batrisyia berulang kali menganggukkan kepalanya.
"Errrr apa? Haaaa kejap Batrisyia pergi. Eh angah, dengar tak tu? Abang long panggil lah. Bye kak Nana!" terus Tengku Batrisyia melarikan dirinya. Sorry Kak Nana! I tak sanggup. Nana melihat Batrisyia melarikan diri tak mampu terkata apa-apa. Kini tinggallah dirinya dan juga Tengku Nabil. Perlahan dia memandang wajah Tengku Nabil di hadapan nya. Anak matanya menikam segenap wajah Nana. Uish kalau laser lah mata tu. Dah tembus dah aku ni! Nana mengetap bibirnya. Tak tahu nak kata apa.
"Well well.. Seronok dengar drama tadi?" soal Tengku dengan nada berbisik. Setapak dia kehadapan, Nana pula mengambil setapak ke belakang.
"Hmmmm??" tanya Tengku Nabil lagi. Sebelah tangan kirinya dilekapkan ke dinding belakang Nana. Kini jarak mereka hanyalah terpisah beberapa jengkal. Terasa deruan nafas masing-masing. Nana tak sanggup mengangkat kepalanya. Takut nanti bertembung pandangan mata. Aduh macam mana ni! Degupan jantung keduanya cukup kuat untuk didengar.
"Errr er... Saya.. Ehem. Saya tak dengar apa apa! Sumpah. Tak caye tanya Batrisyia. Kita orang lepak je kat sini. Tak dengar apa-apa pun antara awak dengan Elisya." terang Nana mempertahankan dirinya. Entah apa dia cakap pun tak tahu! Ah lantak lah.
"Ouhhh so awak dengarlah tadi tu?" usik Tengku Nabil lagi. Dia mendekatkan wajahnya pada Nana. Biar tak keruan! Denda sebab degil.
"EH mana ada!" terus Nana mengangkat kepalanya. Matanya bertentang dengan anak mata milik Tengku Nabil. Kali ini, dunia ibarat terhenti untuk memberi laluan kepada mereka berdua. Deruan nafas milik Tengku terasa di pipinya. Masing-masing tenggelam dalam pandangan lautan cinta keduanya.
"Ehhhh adik jangan lari!" terdengar jeritan seorang wanita kepada anaknya yang masih kecil berlari ke arah belakang. Bup! Budak kecil itu terlanggar kaki milik Tengku. Disebabkan tidak seimbang, CUP! Bibir milik Tengku Nabil tersinggah pada dahi mulus milik Nana. Masing-masing tergamam seribu bahasa. Semua itu terjadi dalam jangka masa yang amat cepat. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Muka Nana dan Tengku Nabil membahang merah. Terus Nabil me jarakkan dirinya. Dia melihat Nana kelihatan gelisah.
"Eh sorry sorry. Anak saya ni memang nakal." sampuk si ibu dengan menggendong anaknya. Terus dia menghilangkan dirinya.
"Ehem.. Sorry.. Saya takde niat pun.." kata Tengku memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Dia taknak pula dicop gatal! Walhal tadi memang lah dia sengaja nak usik Nana sedikit, tidak pula dia tahu sampai jadi sebegini! Nana tidak mengeluarkan satu suara pun. Dia tak tahu nak kata apa! It's okay? Nampak macam dia tu murah sangat. No you can't do this? Nampak macam dia tu garang sangat, padahal Tengku tak sengaja pun! Nana mengetap bibirnya lagi.
"Errr saya nak ke depan dulu..." jawab Nana lalu terus melajukan langkahnya untuk ke hadapan kembali. Tengku mengejarnya dari belakang. Ingin membetulkan kembali suasana antara mereka. Dia perlu jelaskan sebenarnya! Dia takde niat pun.
"Eh Nana..." baru sahaja tangannya ingin mencapai lengan Nana. Terdengar bunyi percikan air dari kolam belakangnya diiringi suara jeritan seorang wanita. Terus dia dan Nana memusing kan badannya. Kelihatan si ibu tadi sedang meraung meminta tolong kepada orang ramai. Di dalam kolam pula kelihatan anak lelaki kecilnya sedang tergadai-gapai. Terus Nana berlari ingin menyelamatkannya. Belum sempat dia terjun, Tengku menyambar lengannya dari belakang.
"You wear dress.. Let me" terus Tengku terjun masuk ke dalam kolam tersebut. Jeritan si ibu tadi itu menarik minat semua untuk ke belakang rumah. Kolam itu diciptakan memang agak dalam. Setelah Tengku mendapatkan badan budak lelaki itu, dia membawanya ke sisi kolam. Kelihatan budak lelaki itu tidak bergerak. Nana terus mendapatkan budak tersebut. Di tepuk badannya berkali kali, tiada respon. Di tepuk tapak kakinya, tiada respon.
"Dik dikkk!! Adikkkk!!!" Nana menjerit, namun tiada respon. Terus Nana membongkok kan dirinya ke mulut budak lelaki itu, tiada nafas. Diletakkan dua jarinya ke nadi carotid, no pulse. No chest movement! Compression start!
"Someone please call 999!" jerit Nana lalu mencondongkan (tilt) kepala budak itu untuk melihat ke dalam mulutnya jikalau terdapat makanan atau apa-apa yang menghalang pernafasan. Compression dimulakakan. Satu! Dua! Tiga! Empat! Lima!. Sekelilingnya mula penuh dengan manusia yang ingin melihat situasi. Ada yang sedang merakam dirinya. Inilah manusia! Bila orang dalam susah, bukan nak tolong dulu! Tapi sibuk mencari views. Nana meneruskan compression sebanyak 30 kali, lalu di hembuskan 2 kali ke dalam mulut budak lelaki itu. Diteruskan lagi compression. Setelah hampir 3 cycle, budak lelaki itu terbatuk mengeluarkan air dari mulutnya. Nana menghentikan compression lalu meletakkan budak lelaki itu dalam recovery position. Ditepuk sedikit belakang badan budak lelaki itu. Bahu Nana di tepuk perlahan, kelihatan Tengku memberikan senyuman kepadanya.
"Good job Nana. Proud of you!" puji Tengku Nabil. Terasa berbunga Nana mendengarnya. Bukanlah satu prosedur yang besar baginya, namun dia bangga apabila dapat mempraktikkan skillnya pada masa sebegini. Terdengar siren ambulans di luar rumah, pasukan penyelamat terus membawa budak kecil itu ke dalam ambulans untuk ke hospital. Salah seorang staff berterima kasih kepada Nana dan Tengku.
"Thanks Tengku Nabil.. And also Thanks to you, Dr Nana. Kami gerak dulu." kata terakhir staff itu lalu ambulans bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya. Datin Hanim mendapatkan Nana.
"Nana are you okay?" soal Datin Hanim risau. Tengku di sebelah membuntangkan matanya. Aik? Yang terjun tadi tu aku. Bukannya Nana!
"Eh Nana je? Nabil yang terjun tadi umi!" sampuk Tengku. Tengku Batrisyia terus menolaknya ke tepi untuk mendapatkan Nana.
"Akak Nana Dr ke? Doctor? Betul ke?" soal Tengku Batrisyia tatkala mendengar staff tadi memanggil Nana dengan panggilan Dr.
"Ermmm ha'ah" jawab Nana perlahan. Bukanlah dia nak bangga pun dengan jawatannya. Sebab tu sengaja dia tidak beritahu.
"WOW impressive nyaaaaaaaa" jerit Tengku Batrisyia keriangan.
"Mestilah impressive! Menantu umi niii" sambung Datin Hanim lagi. Haaaa sudah! Nana memandang Tengku di sisinya. Malangnya, Tengku hanya tersenyum manis. Ehhhh suka pula dia!
Share this novel