Bab 58

Fanfiction Series 42303

Gaun putih yang tersarung pada badan dikemaskan oleh staff. Dia menilik seluruh badannya melalui cermin besar di hadapannya kini. Rambutnya yang disanggul dan diselitkan veil pada sanggul tersebut. Make up nipis menaikkan seri wajahnya. Tambah lagi pada hari bahagianya ini. Bahagia? Entahlah. Dia pun tidak pasti. Dia masih ragu-ragu. Dia pun tidak tahu bagaimana boleh menerima lamaran Tengku Nabil. Cincin berlian pada jari manisnya di pandang. Teringat pula pagi tadi, saat dirinya iijab kabul. Kini dirinya telah menyandang tahta seorang isteri kepada Tengku Nabil. Walau bagaimanapun perasaan dia yang sebenarnya, pesanan papanya disemat di dalam hati. 'Ingat Nana, papa hormat keputusan kamu. Tapi, tolong sangat. After this, hormat lah dia sepertimana kamu hormatkan papa. Tanggungjawab kamu pada dia sebagai seorang isteri, laksanakan. Inn shaa Allah, Allah berkati hubungan kamu berdua'. Dia mengelus lembut tahta berlian di jari menggunakan ibu jarinya. Kedengaran suara riuh rendah di luar rumah parents Tengku Nabil. Kedengaran pintu bilik diketuk kecil, perlahan muka pintu terbuka. Kelihatan separuh wajah maskulin milik Tengku Nabil, merangkap suaminya. Dia tersenyum manis. Kedua staff perempuan segera keluar memberi ruang kepada pasangan di hadapan ini. Tengku Nabil perlahan berjalan ke arah belakangnya. Bahunya dipegang. Nana menatap wajah Tengku Nabil melalui cermin di hadapan. Tengku Nabil mengukirkan wajah di senyumannya. Tangannya dilingkarkan ke pinggang ramping milik Nana. Tersentak kecil bahunya. Ialah! Segan woi! Dia terkedu. Mukanya membahang merah. Dibulatkan matanya. Kini, wajah Tengku Nabil terletak elok di bahu kanannya. Tengku Nabil membenam kan wajahnya ke leher milik Nana. Terasa deruan nafas menempel pada leher nya. Dia terasa meremang satu badan. Geli mungkin? Setelah hampir beberapa minit berada di posisi sebegitu. Tengku Nabil mengangkat kepalanya kembali.
"Okay recharged! Let's go sweetheart." ujar Tengku Nabil sambil membuka ruang lengannya untuk dipaut Nana. Nana memandangnya berulang kali. Lambat laun dia memasukkan tangannya ke dalam lengan milik Tengku Nabil. Terasa lengannya yang tegap dengan otot. Uish! Dia menelan air liur yang terasa berat.
"Ready sweetheart?" bisik Tengku Nabil perlahan ke telinga milik Nana. Nana tersenyum dan mengangguk kecil. Hidungnya dicuit.
"Cute!" tambahnya lagi lalu mereka berdua melangkah keluar menuju ke ruangan bawah. Kini ada majlis yang lagi penting untuk diselesaikan. Nana hanya menurut sahaja. Dub dab dub dab kini hatinya melaungkan lagu Rock kapak. Berdebar rasanya! Saat mereka berdua melangkah menuruni tangga, Nana berhenti. Dia cuba mengambil nafas. Entah kenapa terongkongnya terasa sempit. Tangannya digenggam kan pada lengan milik Tengku Nabil,memberi isyarat. Tengku Nabil menoleh ke arah Nana di anak tangga belakangnya.
"Why sweetheart?" soal Tengku Nabil risau. Dia melihat peluh Nana menitik di dahi mulus miliknya. Tangannya menggenggam tangan milik Nana. Memberi semangat.
"Nervous..." jawab Nana sambil mengelus lembut dadanya. Perlahan dia mengintai ke ruangan bawah. Kelihatan tetamu sedang berdiri menanti mereka berdua. Aduh! Macam mana ni.... Dub dab dub dab dub dab. Tengku Nabil kembali naik satu anak tangga. Berdiri bersebelahan dengan Nana. Dia memandang anak mata Nana dalam-dalam. Kedua tangan Nana digenggam erat.
"Look sweetheart... There's nothing to be nervous at all. It's our day. Our precious day. Let it be as a beautiful memories to us. I'll be here for you sayang. Always Inn shaa Allah" pujuk Tengku Nabil lalu mencium lembut jari jemari Nana. Perlahan dia memeluk Nana. Dalam diam, Nana mengamati situasi dan perasaan saat itu. Jujurnya, dia berasa tenang saat bersama Tengku Nabil. Adakah dia telah disumpah? Jikalau dahulu, dia terlalu benci kan lelaki. Kini, manusia berjantina lelaki ini jugalah yang memberinya satu perasaan yang tidak boleh dia ungkapkan rasanya. Perlahan pelukan dibalas.
"Ehem.. Rasanya malam nanti boleh sambung kot?" sampuk Tengku Batrisyia dari belakang. Mereka berdua segera leraikan pelukan. Tengku Batrisyia dan Mawar dipandang.
"Entah, nanti jelah sambung. Ni ramai tunggu ni." tambah Mawar di sebelah. Amboi mentang-mentang dah ada kawan baru!
"Ehhh korang berdua ni. Bagi lah Abang Nabil bermesra sikit dengan Kak Nana kau ni. Barulah cepat dapat anak buah!" jawab Tengku Nabil lagi. Nana terkejut mendengar ayat terakhirnya. Belum apa-apa lagi dah fikir anak! Dicubit lengan sasa milik Tengku Nabil.
"Adui sakitlah sweetheart. Ingatkan cubitan ketam umi je sakit. Awak pun sama... Eyyy sebaik sayang" kata Tengku Nabil lagi saat Nana melepaskan cubitannya.
"Nakal lagi! Mendapat lah. Orang dah lah tengah nervous ni. Dia pula tambahkan nervous kita lagi." ujar Nana kembali.
"Ouhhh nak saya nakal ke malam ni?" usik Tengku Nabil perlahan. Dia menayangkan wajah gatalnya.
"Eyyshhh nyampah!"

Sorry sbb tak update. Baru2 ni rumah saya ada buat majlis. Tu yang tak sempat nak up apa2 bab. Sorry sangat! BTW enjoy <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience