Bab 11

Fanfiction Series 42303

Menu diberikan kepada Nana di hadapannya.
"Thanks" balas Nana sambil menyambut menu yang diberikan. Tertulis pelbagai jenis aneka makanan. Western style. Kampung style. Japan style. Korean style. Dia jadi keliru nak pilih mana. Mata sekejap ke kiri,sekejap ke kanan. Nana stop. Dia terasa seperti diperhatikan oleh seseorang. Terus matanya perlahan diangkat. Kelihatan Tengku sedang memandangnya. Errrr.... Dah kenapa? Terus dia mengetuk meja, untuk menyedarkan kembali Tengku.
"Tengku. Kenapa pandang? Muka saya ada apa-apa ke?" soalnya kembali. Camera telefon dibuka. Tiada apa-apa pun di mukanya. Dia kembali memandang Tengku. Tengku yang malu ditangkap, terus memandang menu kembali.
"So awak dah decide?" soal Tengku memecahkan kesunyian antara mereka. Nana hanya mengangguk.
"Waiter" panggil Tengku perlahan. Datang seorang pelayan lelaki yang siap dengan buku kecil di tangan.
"Awak nak apa Nana?" soal Tengku sambil memandang Nana di hadapannya.
"Saya nak nasi goreng kampung lah, telur mata. Buat pedas-pedas tau. Air... Saya nak... Jus epal hijau lah. Tu aje" sambung Nana lalu menutup menu di tangan. Entah kenapa anak tekaknya terasa nak makan pedas-pedas. Tengku pula menyambung ; "Saya nak nasi putih, ayam masak kunyit. Untuk air... Saya nak jus anggur jelah. Itu sahaja. Thank you" sambung Tengku lalu memberikan set menu kepada pelayan tadi. Nana menggosok pinggang kembali. Entah kenapa sakitnya dari jatuh tadi tak hilang-hilang. Makin sakit pula tu. Suasana dipecahkan oleh soalan Tengku.
"So, how's your day?" soalnya. Dia ingin tahu lebih pasal Nana. Cuma, tidak tahu ingin mula dari mana. Nana yang mendengar, hanya membalas ; "Well... Macam biasa je. Datang kerja. Balik kerja. Like always. Takde apa-apa yang menarik pun." balasnya. Sebagai seorang doktor kecemasan, memang dia tiada masa untuk enjoy. Sometimes, masa cuti dia hanya tidur berehat dirumah, selesaikan report, buat kes, kalau ada masa lagipun, dia lebih gemar ke rumah ayahnya. Lagi best! Dapat makan macam-macam. Teringat pula kepada ayahnya itu. Apalah khabarnya? Disebabkan terlalu busy dengan kerja. Jarang sekali dapat meluangkan masa bersama ayahnya.
"Awak okay ke Nana?" tambah Tengku melihat Nana asyik menggosok pinggangnya. Riak risau di mukanya terpacar. Nana yang perasan dengan soalan itu, terus meletakkan kembali tangannya.
"Tadi ada lah accident sikit." balasnya perlahan. Bila teringat kejadian jatuh kerusi tadi, geramnya pada Aisyah bertambah-tambah. Sampai sekarang masih terasa. Isyh tak tahan sangat ni!
"Excuse me sekejap. Saya nak gi toilet kejap." sambung Nana sambil berdiri. Supppppp!! Alamak. Merah mukanya menahan. Aduh kenapa sekarang kau nak datang! Dia memandang ke bawah. Cari pasal! Dah lah dia pakai seluar putih harini. HUAAAAA PAPA!!! Dia merintih sendirian dalam hati. Macam mana ni? Nak duduk balik ke? Kang lagi kotor pula seluarnya. Kalau jalan ni kang, memang keluar banyak ni. Dia menepuk dahinya! Aku lupa bawak pad!!!
Tiba - tiba dia berasa ada orang memeluk pinggangnya dari belakang. Namun, peliknya. Tidak dia lawan. Bau perfume jenama channel dari badan seseorang membuatnya tenang seketika. Hilang serabut di kepala. Dia memandang ke pinggangnya. Kelihatan sepasang tangan sedang mengikat blazer kepada pinggangnya dari arah belakang. Nana memusingkan badannya. Terkedu dia dengan perlakuan Tengku.
"Awak pergi toilet dulu. Saya belikan sekejap. Wings or no wings?" soalnya. Nana pelik? Wings? Dia nak aku terbang ke mana? Muka pelik Nana menghamburkan tawa Tengku. Muka Tengku dibawa sedikit ke sisi telinga kiri Nana. Nana menahan nafas.
"I mean... Pad. Awak nak wings or no wings?" soalnya kembali. Membahang muka Nana menahan malu. Tengku masih menunggu jawapan darinya.
"Ehem. Wings please. Thank you. Saya pergi toilet dululah" balas Nana lalu melangkah pergi menuju toilet. Tengku yang melihatnya hanya gelak kecil. Comel!
_____[di toilet]
Nana mengunci pintu bilik airnya. Dia memegang pipinya terasa membahang. Aduh mesti Tengku melihat wajahnya tadi. Malunya. Dia kembali memandang pinggangnya yang kini diselimuti blazer Tengku. Nana tersenyum sendirian. Entah kenapa hatinya terasa berbunga-bunga. Pipinya ditampar. Wake up Nana! Terus dia membersihkan dirinya.
______
Tengku mengambil nafas dalam-dalam. Alah setakat beli pad. Apalah sangat kan. Dia melangkah masuk ke dalam 7-eleven. Terus dia mencari kedudukan pad wanita. Terpusing-pusing dia. Kejap ke belakang. Kejap ke depan. Pekerja di store itu memandangnya pening. Terus dia mendekati Tengku. Baik dia tolong. Kalau tak, haji dah pemuda ini duk terpusing je dalam store. Di hulurkan satu paket pad wanita berserta wings jenama kotex kepada pemuda di hadapannya. Tengku memandangnya berulang kali. Aik? Macam mana dia tahu aku cari natang ni? Perlahan - lahan tangannya menyambut sepaket pad itu.
"Thank you" balasnya lalu bergerak menuju ke kaunter. Segan pula dibuatnya!
"Rm7.50" kata si pekerja setelah scan barang pemuda itu. Kelihatan Tengku mengeluarkan sekeping note Rm10 dari beg dompetnya. Dia kembali melihat wajah pekerja lelaki di hadapannya ini.
"Macam mana tahu saya cari benda ni?" soal Tengku sambil menyambut baki wang tadi. Pekerja itu memandangnya.
"Dari abang nak masuk tadi saya duk perhatikan je. Tu muka abang merah-merah. Tahulah saya. Alah abang. Apa nak malunya? Nanti ada isteri pun kena biasakan diri benda-benda macam ni. Baru nak gentle" balas pemuda itu sambil ketawa. Tengku yang mendengar perkataan isteri.. Tersenyum sendirian.
"Isteri..."bait kata itu meniti di bibirnya. Lalu dia mengambil plastik bungkusan tu dan bergerak menuju ke restoran kembali.
______
Sedang menunggu, Nana dikejutkan dengan suara seorang wanita dari luar pintu.
" Miss Nana. Ni ada bungkusan untuk miss. "kata seorang wanita dari luar.
"Haaa takpe. Bagi dari bawah ni boleh?" balasnya kembali. Terlihat lah sebuah pek kotex. Dia mengambilnya lalu tersenyum. Not bad! Terus dia membersihkan diri. Blazer dicapai dan diikat pada pinggang. Seluarnya dah kotor. Terpaksalah cover dengan blazer buat sementara waktu. Seusai membersihkan diri, dia melangkah keluar. Saat di pintu toilet, dia bertembung dengan Tengku. Tunggu aku ke?
"Dah siap?" soal Tengku yang sedang bersandar pada dinding. Ceh! Gaya ni macam tengah tunggu awek!
"Dah. Thank you sebab belikan benda tu. And sorry saya dah kotorkan blazer awak. Nanti saya basuhkan" jelas Nana. Kesian pula pada Tengku. Habis blazernya kotor sebab darahnya. Nasib baik lah colour blazer Tengku berwarna gelap. Takde lah nampak sangat!
"No its okay. Guna dulu. Nanti esok-esok awak boleh pulangkan balik. Jom makan. Makanan dah sampai. Nanti sejuk pula tak sedap" ajak Tengku lalu memberikan laluan kepada Nana dahulu. Ladies first! Sebenarnya dia nak menjaga Nana daripada menjadi pandangan orang. Nanti tak selesa dibuatnya. Nana hanya melangkah menuju ke arah meja mereka. Dia perasan Tengku melindunginya dari belakang. Dia terharu. Alahai Tengku, jangan macam-macam.

Sorry kalau story line tidak sebagus expectations you alls! I hope you enjoy! <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience