Bab 35

Fanfiction Series 42303

"Okay jangan gerak... Sikit je lagi" kata seorang staff yang bernama Alif di dalam ruangan yang memisahkan mereka berdua. Nana hanya terbaring diam sahaja saat mesin MRI memasuki ke dalam terowong. Sinaran biru menerjah masuk ke anak matanya. Akibat di bebel dan dipaksa oleh Mimi, dia kini berada di dalam bilik X-ray. Setelah selesai, dia kembali ke ruangan persalinan baju untuk menukar bajunya kembali. Dia mencari getah rambutnya. Aik mana hilang? Setahunya dia letak sekali dengan bajunya yang lain. Aduhh.... Akhirnya dia melepaskan sahaja rambutnya. Selepas selesai menukar baju, dia menuju ke ruangan xray kembali, diminta result xray tadi. Maklumlah, dia pun doktor, mesti tahu baca result xray. Di suluh helaian xray tadi ke cahaya lampu. Mimi di sebelah juga meniliknya satu persatu biar puas hati. Bibirnya mengukir senyuman. Di hulurkan helaian itu pada Mimi.
"See? I told you. There's no problem. Maybe sebab shock, that's why jadi macam ni. Aku makan panadol okay lah tu." terus Nana melajukan langkahnya menuju ke arah office nya. Jam di tangan dipandang menunjukkan hampir menjengah maghrib. Mimi mengikutinya dari belakang.
" Takdelah aku risau je.... " ujar Mimi. Dipandang Nana di sebelahnya. Nana hanya tersenyum. Mereka berdua menunggu lif di lobby. Nana memandang Mimi.
"EH kejap... Kau tak nak balik ke?" soal Nana. Patutnya jam sebegini, Mimi dah pulang ke rumah. Dah habis waktu bekerja. Disebabkan terlalu sibuk menyuruhnya xray, dia pula balik lewat. Nasib baiklah kesayangan ada ambilkan pergi balik!
"Eh? Ehhh? Ehhhhhhh ha'ah lah! Laki aku!! Weyh aku cau dulu. Bye!" terus Mimi teringat suaminya yang telah menunggunya di luar hampir 1 jam. Berlari dia ke lokernya dahulu untuk mengambil bagnya. Nana tergelak kecil melihat tingkah laku Mimi. Dia bersyukur. Walaupun rakan-rakannya semuanya masuk air, namun kasih sayang padanya seperti seorang keluarga sebenar. Dentingan lif mengganggu lamunannya. Dia memberikan laluan kepada beberapa staff dan pesakit yang berada di dalam lif lalu setelah lif kosong, dia memasukinya. Ditekan butang 2 untuk ke officenya. Sementara itu, telefonnya dibuka. Kelihatan message dari Boy dan Mawar dari notifikasi. Dibuka message Mawar dahulu.
'Kak Nana! Nanti malam ni kita gi makan nak? Dengan Abang Boy. Nanti kami ambil akak kat hospital! See youu'. Dia tersenyum sendiri. Dibalas 'Okay, see you too'. Dibuka pula message dari Boy 'Nanti aku dengan Mawar ambil kau kat hospital. Kita dinner sesama'. Dia hanya membaca message Boy. Lalu menutup kan kembali phonenya ke dalam poket kot putihnya. TING! Pintu lif terbuka lalu dia menuju ke office untuk mengemas barang-barangnya. Rasanya Boy dan adiknya dah bergerak ni. Sedang mengemas, matanya tertangkap termos di sisi mejanya. Dia mengambil termos berwarna merah itu. Dia berfikir sejenak. Lalu di sangkutkan beg jenama Coach pada bahunya dan termos tersebut diambil sekali. Dia berjalan menuju ke lif dan butang 3 ditekan. Dia ingin singgah bilik Tengku dahulu sebelum pulang ke rumah. Baru sahaja ingin melangkah masuk, dia melihat Tengku dan Azmir sedang menunaikan solat maghrib bersama. Perbuatannya terhenti. Terusik kecil hatinya melihat Tengku menjadi imam solat mereka berdua. Teringat pula, saat keluarganya bersama-sama berjemaah sewaktu ibunya masih hidup lagi. Namun, setelah ketiadaan ibunya, dia menjadi on off solatnya. Terjentik hatinya dengan perbuatannya. Ya Allah, jauhnya aku dariMu. Air mata diseka ditubir mata. Tersedar betapa jauhnya dia dengan Penciptanya. Di jengah kembali ke dalam, kelihatan Tengku dan Azmir telah selesai berjemaah. Dia mengetuk pintu dahulu sebelum melangkah masuk. Tengku menoleh ke arah pintu. Senyumnya terukir di wajah.
"Hye, mengganggu ke?" soalnya kepada Tengku dihadapannya. Wajah Tengku di tatap. Patutlah dia berasa sangat tenang setiap kali berada berdekatan Tengku.
"Eh taklah! Baru siap solat. Kenapa ye?" soal Tengku ramah. Terkejut juga dia, waktu macam ni dia didatangi Nana. Azmir hanya melihat mereka dari sofa. Eleh! Nak sweet pun janganlah depan aku! Hormat sikit orang single. Dia mencebik!
"Ouh tak saja singgah sebelum balik. Errr... Semalam okay tak? I mean boleh tidur tak?" tanya Nana. Termos di tangan di eratkan. Tak tahu nak bagi macam mana.
"Macam tu jelah.. On off tidurnya. Kejap terjaga sendiri. Hahahaha biasalah dah tua kot.." jawab Tengku sambil gelak kecil. Dia melihat termos di tangan Nana. Untuk aku ke?
"Apa tu Dr Nana?" tanya Azmir sambil memuncung kan bibirnya menunjuk ke arah termos yang dipegangnya.
"Ouh hah.. Ni ni. Saya ada buat jujube tea. I mean.. Mawar. My sister ada insomnia. So, she always told me to make this. Its good for your sleep and health. So, saya ada buat lebih untuk awak. Minum lah. Kalau tak boleh telan, tambah madu sikit. Biar ada manis-manis. "jawab Nana sambil menghulurkan termos kepada Tengku. Perlahan Tengku mengambil nya. Dibuka penutup termos. Dia menghidu aroma jujube tea. Sebelum ni dia selalu juga ke Korea, memang dia tahu jujube tea sangat sesuai untuk insomnia person. Cuma belum lagilah dia tergerak hati nak mencuba. Alang-alang buah hati dah bawa, dapatlah juga merasa!
"Wow thank you so much Nana. I'm going to love this so much!" balas Tengku sambil tersenyum. Berbunga hatinya mendapat hadiah dari buah hatinya!
"Amboi love tea tu je. Bukan tuannya sekali tau. Kalau nak tuannya sekali, kena minta izin!" sampuk Azmir di tepi. Tengku menjelingnya. Ada je nak menyibuk!
"Hahahah enjoy. Saya gerak dulu eh. Bye, assalamualaikum" sambung Nana lalu melangkah keluar dari bilik. Saat di muka pintu, dia tersenyum sendiri. Love this? Aishhhhhh janganlah gitu! Dia tersengih sendiri.
"Dr okay ke? Kenapa muka merah tu?" soal salah seorang staff nurse yang bertugas malam itu. Nana memegang pipinya yang dah kepanasan. Alamak kantoi blushing! Telefon di dalam poket berbunyi, diangkat panggilan daripada Boy.
"Hello? Hah. Dah ada kat bawah eh? Kejap aku turun" jawab Nana lalu melangkah laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience