Bab 63

Fanfiction Series 42303

Dia menunggu suaminya pulang di atas sofa. Sesekali Nana menoleh ke tepi untuk melihat jikalau suaminya itu pulang. Dia nekad! Dia akan cuba minta maaf walau macam mana sekalipun. Sebenarnya dia juga rindu dengan manja Tengku Nabil. Namun, disebabkan dirinya juga, dia kehilangan semua itu. Remote TV beberapa ditekan dan ditutup kembali. Skrin TV sekejap cerah, sekejap gelap. Dirinya jadi tidak keruan menunggu suaminya pulang ke rumah. Kakinya kirinya disilangkan sebelah. Mana dia ni? Patutnya masa-masa macam ni dah balik. Pandangan di atur ke cermin menampakkan suasana Kuala Lumpur di malam hari. Terlihat seketul bulan mencerahkan langit malam. Ditambah dengan bintang di sekeliling, ya Allah, cantik indah ciptaan-Mu. Tit tit tit tit titttttt. Kedengaran pintu lock ditekan dah dibuka. Segera dia berdiri menghadap muka pintu. Kelihatan Tengku Nabil yang berbaju kemeja biru sedang melangkah masuk. Mungkin suaminya itu tidak perasan dengannya, ialah maklumlah mereka dipisahkan dengan dinding bercorak kayu halus. Nana cuba menghampiri suaminya perlahan. Dia melihat Tengku Nabil sedang membuka kasutnya.
"Ehem. Dah makan?" tanya Nana perlahan. Cuba membuka perbualan. Tengku Nabil mengangkat kepalanya. Dia hanya melontar pandangan kosong. Setelah kasutnya dibuka, terus Tengku Nabil berlalu pergi tanpa menjawab soalan Nana.
"Eh ehh ehhh...kejap." ujar Nana lagi. Tanpa tak sengaja dia memegang lengan sasa milik Nabil. Inilah kali pertama mereka berdua bersentuhan setelah perang dingin diisytiharkan. Tengku Nabil menoleh ke arahnya.
"Sorry... I mean. Kalau awak belum makan lagi. Jom lah kita makan kat luar." kata Nana selepas melepaskan tangannya. Dia memandang wajah Tengku Nabil. Masih tiada senyuman di bibir. Tersentap sangat gayanya itu.
"Dah makan". Itu sahaja! Itu sahaja yang dijawab suaminya lalu melangkah pergi menuju ke biliknya. Dia ketinggalan berseorangan di ruangan itu. Erk? Inilah kali pertama dirinya di reject oleh seorang bernama SUAMI. Dia terkedu. Chis! Tak berjaya pula. Hmmmmm.. Kena fikir cara lain ni. Perut berbunyi digosok perlahan. Alahai cacing pula lapar! Itulah tadi suruh beli makanan awal-awal taknak. Kan dah mendapat. Dia mengatur langkah menuju ke kabinet atas dapur. Ditarik kedua pintu kabinet, terserlah beberapa paket maggi. Sebenarnya kalau nak diikutkan, dirinya ini bukanlah pandai masak sangat. Tambah lagi, bahan yang tinggal di dalam peti adalah bahan yang dia tidak tahu masak. Selalunya, breakfast, lunch, dinner, suaminya itu lah yang selalu masuk dapur. Dirinya tinggal keluar apabila semua telah siap sahaja! Satu paket Maggi kari dikeluarkan. Nasiblah kau, harini jadi alas perut aku. Hmmm. Periuk kecil di ambil dan dimasukkan air tapis. Selepas itu dia letak di atas dapur elektrik. Ditekan ke suhu 23. Sementara sedang menunggu air menggelegak, dia mengambil sebotol air mineral dan di teguk rakus. Laparnya. Entah kenapa perutnya terasa senak lain macam. Takkanlah gastrik datang? Dia menoleh kecil ke arah pintu bilik Tengku Nabil. Masih tertutup elok tanpa ada tanda-tanda ingin dibuka dari dalam. Takpe, nak pujuk kena ada tenaga dulu! Terdengar bunyi air sedang menggelegak. Dia segera membuka plastik paket Maggi. Aduh apehal susah sangat ni! Ditarik lagi. Tarik lagi! Tarik lagi! PAPPPPPPP!! Dung dung dung!! Akibat tangannya tersentak, dia tertolak periuk kecil manggi. Habis jatuh periuk itu ke bawah.
"Aduhhhhhhhhhh panas panas panassss!!" jerit kecil Nana. Dah lah dia pakai seluar pendek pula tu! Kakinya terasa membakar dan pedih. Tangannya pula dah memerah. Terasa sakit yang sampai ingin membuatnya menangis. Entah kenapa dirinya emo. Semuanya tak kena dengan dirinya. Air mata keluar mengalir. Nana teresak menangis.
"Kenapa ni?!" kedengaran suara Tengku Nabil bergegas ke arahnya. Dia mengangkat kepalanya. Melihat riak wajah kerisauan suaminya.
"Huaaaaaaaaaaaaaa!!" berderai tangisannya tatkala melihat suaminya pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience