Kereta porsche miliknya diparkir di hadapan ruangan parkir khas untuk VIP. Bumbung kereta ditutup kembali saat ingin tiba ke University tersebut. Sengaja nak surprise kan adiknya! Sekali-sekala mata manja menjeling ke arah pintu keluar dari koridor. Kelihatan beberapa students melangkah keluar dari situ. Dah habis kelas agaknya. Soalnya lalu melihat jam tangan jenama Dior. Betullah dah habis kelas. Kejap di jengah lagi. Cermin mata hitam dibetulkan. Dibetulkan pula rambutnya. Cermin pada seat driver ditarik, okay make up pun cun! Dia menarik nafas dalam-dalam. Gaya macam nak jumpa laki! Walhal adiknya pun. Dada diurut perlahan untuk tenangkan diri. Chill Nana chill! You can do it.
"Relax lah princess. Adik kau tak makan kau pun" kata Boy kepada Nana. Dia rimas tengok Nana gabra macam hilang anak. Nana di sebelah menjeling.
"Ehhhh lama tak jumpa. Nervous lah!" balas Nana kembali. Dia menutup kan cermin kereta. Dipandang pula ke arah koridor. Kot-kot adiknya muncul.
"Eleh nervous lah tu. Oh masa dekat Airport kemain lagi wristlock the guys, nak jumpa adik nervous pula. Buat hal kat sana tak nervous?" perli Boy sambil gelak. Teringat pula saat dia memerhatikan tindakan Nana kepada 3 pengawal keselamatan di Airport kemarin. Lengan Boy yang dilapisi jaket denim dicubit kuat. Merengek kesakitan Boy jawabnya.
" Aduh aduhhhhhh.. Sakit lah.! Lepas lepas! Princesssss !!! Okay I'm sorry" jerit Boy minta dilepaskan. Dilepaskan cubitannya setelah mendengar Boy merengek setengah mati. Puas hati aku!
"Isyhhh sakitnya!" balas Boy sambil menggosok lengannya. Di selak sedikit hujung lengan jaket ya, kelihatan tompok merah. Dipandang pula Nana di sebelah. Buat dunno sahaja. Eyyyy nasib baik sayang! Nana pandang semula ke arah koridor. Kelihatan satu figura yang amat dikenali ya sedang menuruni tangga. Mawar! Jerit kecil hatinya. Kelihatan adiknya itu sedang busy bermain telefon bimbit.
"Boy! Mawar tu Mawar!" jerit Nana sambil menepuk Boy di sebelah. Aduh! Sekali lagi? Dia ni memang favourite pukul orang ke? Boy memandang ke hadapan. Haah memang Mawar. Tapi perlu ke tangan tu gerak sekali dengan mulut.
"Pergi lah turun. Jom aku temankan" ajak Boy. Mereka berdua turun dan bergerak menuju ke arah Mawar yang masih leka. Nana berhenti betul-betul di hadapan Mawar. Buk! Mereka berlanggaran.
"Ops I'm so sorry... I do not mean it-" belum sempat Mawar menghabiskan ayatnya,dia terkejut dengan kehadiran kakaknya itu. Kak Nana!
"Kak Nana?!" jeritnya. Beberapa students memandang mereka berdua pelik. Nana yang mendengar jeritan menutup telinga seolah-olah bising dengan jeritan itu.
"Yes I am. Janganlah jerit. Malu orang pandang!" bisik Nana pada telinga Mawar. Mawar masih terkedu.
"Kak Nana!!!" jeritnya lagi lantas memeluk erat kakak kesayangannya itu. Rindunya pada seorang ini. Nana membalas pelukan adiknya. Mereka berdua tenggelam dalam lautan kasih sayang antara dua beradik. Boy di belakang memandang sambil memeluk tubuh. Suka melihat kesayangannya bahagia. Bilalah nak bahagia dengan aku pula Nana?
"Abang Boy!" jerit Mawar sekali lagi apabila terpandang Boy di belakang Nana.
"Aik? Baru perasan abang ke? Dari tadi lagi kat sini." perli Boy sambil bergerak menuju ke arah mereka.
"Alah abang ni! Sorry lah. Tak nampak. Kecik sangat. Hahahaha" balas Mawar sambil gelak kecil. Boy yang mendengarnya tidak kecil hati pun. Sengaja menyakat Mawar! Diusap kepala Mawar yang ditutupi snowcap.
"Jom pergi makan. Lapar tunggu Mawar." sambung Nana sambil berjalan ke arah kereta miliknya bersama dengan Boy. Mereka memasuki kereta dan enjin dihidupkan. Kali ini, Boy yang drive. Dia nak berborak dengan adiknya itu. Banyak sangat yang nak diceritakan! Deruman kereta memecahkan suasana bising di ruangan private parking. Semua mata tertumpu kepada mereka. Vrooommmmmmmmmm!!
Share this novel