Lantunan lagu dari poket kot putihnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia menutup fail di tangan dan phonenya dicapai. Dilihat pada skrin, tertera panggilan daripada adiknya, Mawar. Dia tersenyum. Panggilan diangkat.
"Hello?" soalnya. Terdengar suara yang ceria dari hujung panggilan.
"Kak Nana balik bila ni? Cepatlah balikkkkk. Mawar bosan lah duduk rumah." rengek adiknya. Dia dah bosan keliling rumah, nak keluar tak boleh. Dilarang papanya dan Abang Boy. Dia mencebikkan bibir. Dah rasa macam katak bawah tempurung!
"Hahahaha iyaaa nanti akak balik ye. Ni ada kerja sikit. Tunggu ye?" jawab Nana memujuk adiknya itu. Manja tak bertempat! Kalah manja dengan papanya. Panggilan ditamatkan. Dia kembali menyambung kerjanya tadi. Dimasukkan data setiap pesakitnya kedalam rekod. Setelah selesai,dia mematikan pcnya. Beg sandang kecilnya dicapai. Jam di dinding di tilik, 10.30 am. Dah lewat sangat ni. Terus dia melangkah menuju ke arah lif. Difikir sejenak. Pergi? Tak? Pergi? Tak? Pergi? Tak? Pintu lif terbuka. Tanpa disedari, butang 2 ditekan. Dia masih lagi tidak sedar. Apabila pintu lif terbuka, dia melangkah keluar. Aik? Kenapa pelik semacam lobby ni... Dia mengangkat kepalanya sedikit, floor 2. Lahhhhh macam mana kakinya boleh melangkah ke sini? Dia perlahan-lahan menuju ke room VIP yang menempatkan Tengku Nabil.
"Eh doktor Nana... Tak balik lagi ke?" tanya salah seorang nurse yang bertugas malam itu. Nana hanya menggeleng perlahan.
"Nak check patient kejap, baru balik." Dia sambung melangkah menuju ke arah bilik itu. Dilihat dari cermin pintu sahaja. Kelihatan Tengku Nabil sedang membaca buku di tangan. Tak tidur lagi? Dah lewat dah ni. Matanya tertangkap Azmir yang sedang enak tidur pada sofa yang disediakan. Amboiiii, boss tak tidur anak buah dah lelap dulu! Langkah bendul betul. Dia kembali menatap Tengku Nabil. Kelihatan dirinya itu seperti mayat tak cukup tidur. Setelah puas melihat dari jauh, dia memajukan langkah untuk pulang ke rumah. Takpelah, esoklah aku lawat. Lagipun dah malam. Jentik hatinya.
*** Belum sempat dirinya membuka kasut di kaki, dia dah disambar adiknya dari muka pintu. Nasib baik tak tersembam ke belakang. Pelukan adiknya di kemaskan. Kepala adiknya diusap manja.
"Kenapa tak tidur lagi ni?" soalnya lantas melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi je. Mesti papanya dan Kak Ndah dah tidur. Adiknya sahaja yang mata masih bersinar-sinar.
"Tak boleh tidur.... Tak tahu kenapa." jawab Mawar lemah. Berkali-kali dia cuba memejamkan mata. Tak dapat lelap! Akhirnya dia menelefon kakaknya itu.
"Lah kesiannya adik kak Nana ni... Kejap ye akak buatkan jujube tea." balas Nana lalu menyinsingkan lengan bajunya hingga ke siku. Pintu peti sejuk dibuka. Sepaket jujube dikeluarkan. Dia mengambil periuk kecil dan diletakkan ke atas electric range cooker. Dimasukkan pula air tapis ke dalam periuk kecilnya itu. Sementara menunggu air panas, dia membersihkan semula jujube. Kemudian, dia memasukkan jujube ke dalam air yang sudah panas. Dibiarkan beberapa minit. Setelah air berubah warna, dia mematikan api dan menuangkannya ke dalam dua termos. Mawar melihat dari meja makan pelik. Kenapa banyak sangat kak Nana buat?
"Banyaknya kak Nana buat... Ni Mawar kena habiskan sorang ke ni?" tanya Mawar pelik. Dia mendekati kakaknya itu. Nana hanya tersenyum. Setelah itu, di tuang segelas jujube tea untuk adiknya. Di hulurkan mug comel itu. Mawar menyambutnya dengan senyuman.
"Thank youuuu kak Nana. Sedapnya bau! Lama tak minum." balasnya lalu menyisip sedikit air di mug. Pahit! Dia membuat muka. Dipandang Nana dihadapannya.
"Pahit... Werk!" sambungnya lagi. Ditolak mug kecil itu. Tak dapat nak habis! Tak sedap. Biasanya kakaknya buat elok je. Maybe sebab dah lama tak kena tekak, tu yang tak boleh terima.
"Hahahaha. Kejap kak Nana buat magic" tambah Nana lalu melangkah menuju ke peti ais kembali. Diambil sebotol jar yang berisi madu. Dia mencedok satu sudu madu dan dikacau bersama jujube tea tadi. Di hulurkan kembali mug kepada Mawar.
"Try it." kata Nana. Kelihatan Mawar masih teragak-agak nak minum. Disisip sedikit hujung bibirnya air yang telah dimagickan oleh kakaknya itu. Hmmmmm... Sedap! Dah tak pahit! Dia mengukir senyuman.
"Good girl. Now go upstairs and sleep. Dah lewat ni." sambung Nana. Mawar mengangguk dan melangkah pergi dengan girang. Nana kembali menutup termos yang diisi jujube tea tadi. Cup! Terkejut dirinya! Dia memusing ke kiri dilihat Mawar tersenyum.
"Goodnight kiss! Hehehe" terus Mawar berlari pergi menuju biliknya di atas. Nana tersenyum. Bahagia! Dia menyimpan termos itu ke dalam almari atas. Kemudian di langkah menuju ke arah biliknya. Penat di badan masih terasa. Katilnya dah terbayang di fikiran. Best nya!
Sorry sbb tak post. Lately ni, saya dah kena panggil balik untuk cont study. So mmg takde banyak masa untuk up chapter. But I will urge myself to do it at least per day. Thank you everyone! Love you all <3
Share this novel