Berdebar rasanya tidak mampu ditutup dengan lagu yang kedengaran daripada halaman rumah . Ditarik nafas dalam-dalam untuk menghilangkan gugup nya. Bukannya dia nak berkahwin pun! Cuma birthday party macam biasa. Tapi kenapa kali ni dia terasa gugup lain macam. Berkali-kali dilihat penampilannya di cermin. Seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam penampilannya malam ini busy membetulkan rambutnya. Tadi dia mendapat message dari Nana mengatakannya dia sedang otw. Maksudnya dah nak sampailah memandangkan rumahnya dan Nana tidaklah begitu jauh.
"Hey Tengku, cubalah you relax sedikit. Susah I nak jengket-jengket betulkan you punya rambut. I ni dah lah pendek." kata Kak Sal atau patutnya dipanggil Bang Sal. Mungkin?
"Entah! Apa yang diresahkan sangat pun tak tahu. Birthday party je pun! Bukannya kahwin." sampuk Tengku Batrisyia, adik kepada Tengku Nabil dan Tengku Azhar. Tengku memandang adiknya itu dari anak mata. Sudah lama tidak melihat seorang ini, serupa macam abang sulungnya itu! Cuma bezanya Tengku Batrisyia busy dengan spm, Tengku Azhar dengan kerjanya. Dengar cerita, uminya gesak semua untuk pulang ke rumah sempena birthdaynya ini. Tengku Batrisyia perasan yang abangnya itu macam cacing kepanasan. Kesian Kak Sal duk jengket-jengket nak betulkan rambutnya.
"Eyyyy mulut! Cili kang..." saja Tengku Nabil berkata begitu. Tengku Batrisyia hanya membalas dengan menjelir kan lidahnya lalu berlari keluar. Bimbang abangnya itu menangkapnya! Dah lah berapa lama dia spend time make up. Dapatkan ke Tengku Nabil, menangis dia! Dentingan telefon bimbit berbunyi lagi. Kelihatan notifikasi daripada Azmir. Dia membuka message tersebut. 'Nana tak sampai lagi, kau settle lah dulu kat atas'. Okay nice!
"Ermmm lambat lagi ke bro" soal Tengku. Saat ini wajahnya di tepek-tepek dengan apa pun dia tak tahu. Naik bulu badannya saat benda berbulu melekat di wajahnya.
"Bro? Broo?! Hey ingat ini cerita gangster ke bro bro! CALL me sis. Remember. S. I. S! Sis okay sis! No bro bro. Macam mana I nak siap, kalau you duk gini gini.. Payahlah I. Statik macam pokok boleh?" jawab Kak Sal a.k.a Bang Sal. Tengku bermadah dalam hati ; ada hati SIS, tu burung kat bawah tu nak simpan untuk siapa? Grrrrrrr... Setelah hampir 20 minit berlawanan, akhirnya siap juga. Tengku Nabil memusing kan badannya ke hadapan cermin. Not bad~. Tuxedo berwarna putih padanya menaikkan kehenseman dirinya. Pintu bilik diketuk, dilihat wajah uminya.
"Dah siap? Waaaahhhh hensemnya anak umi ni! Terpikat rasanya. Jom turun. Semuanya dah sampai rasanya." ajak umi lalu merangkul lengan Tengku Nabil. Belum sempat Nabil nak mengambil telefonnya, umi nya dah tarik dia dahulu. Mereka berdua terus menuju ke arah halaman rumah yang luasnya boleh dibuat padang bola sepak. Dilihat beberapa tetamu sedang menikmati dessert yang disediakan. Tengku Batrisyia pula sedang berbual dengan Tengku Azhar di hujung meja sana. Suasana malam yang tenang memeriahkan lagi partynya. Memang sengaja dia pilih untuk buat malam, sebab tak perlulah dia atau tetamu cancel kerja just for this. Dia bukan macam tu! Kebanyakkan kenalan yang berada di sini semuanya rakan sekerjanya atau pun rakan sekerja ayahnya. Biasalah business man, dekat mana-mana pun mesti tak putus.
"Tengku Nabil, meh ayah kenalkan kamu kepada kenalan ayah. Nanti bolehlah kerjasama dengan dia orang." ajak Dato Tengku Azhar lalu merangkul bahu anaknya menuju ke salah satu kumpulan lelaki yang agak berusia seperti ayahnya. Setiap satu pasti ada seorang perempuan yang sebaya dengannya. Yang pasti itu semua anaknya! Bukan scandal okay. Tengku bermonolog dalam hatinya sendiri, ini takde kerja lainlah, nak kenalkan aku dengan anak dia! Dia pelik, kenapa zaman dah moden tetapi fikiran masih kolot! Nak majukan business tapi guna cara ini. Dia dah masak sangat! Sedang memperkenalkan diri, tiba-tiba lampu spotlight terpadam. Gelap gelita semua! Semua pelik. Kedengaran suara daripada tingkat atas menjerit ; "SORRY ADA PROBLEM SEKEJAP." Tengku Nabil mendengus, dia dah bayar mahal-mahal, takkan benda kecil macam ni tak boleh settle! Nasib baiklah ramai orang. Kalau tak memang aku ganyangkan je kau ni. PAP! Bekalan lampu hidup semula. Lampu spotlight yang sepatutnya di suluh pada Tengku Nabil menandakan dialah hero pada malam ini, di suluh pada figura seorang wanita yang baru sahaja masuk ke perkarangan halaman rumahnya. Tengku memandang sosok itu dengan teliti. Namun akibat lampu spotlight yang memancari figura itu dia jadi silau. Namun entah kenapa, dirinya rasa tertarik pada sosok itu. Perlahan dia mendekati cahaya lampu tersebut. Setapak demi setapak. Suasana yang tadinya bising kini hening antara mereka berdua. Wangian masing-masing menerjah masuk ke dalam rongga pernafasan kedua-duanya. Jantung Tengku yang tadinya melantun kan melodi instrumental kini bertukar music rock. Langkah yang terakhir diberhentikan setelah dia betul-betul di hadapan figura ini. Wangian jenis channel menyedarkannya. Disebabkan badan Tengku yang agak tinggi menutupi lampu tersebut, kini jelas lah wanita di hadapannya ini adalah wanita yang ditunggu-tunggunya. Nana. Wajah Nana yang dioles makeup nipis dipandang. Dia menilik wajah itu. Tidak sangka dia mampu melihat wajah Nana sedekat ini. Pandangannya perlahan bertukar dari kening, mata, hidung, pipi... dan bibir. Terus dia tersentak! Astaghfirullah. Cepat-cepat dibuang fikiran kotor tadi!
"Baru sampai?" soal Tengku perlahan. Nana hanya tersenyum sebelum menjawab.
"Sorry lambat, jalan jammed tadi.".
"You're so beautiful tonight." puji Tengku memandang anak mata Nana yang berwarna hazelnut. Dilihat pipi Nana kemerahan. Lalu, Tengku mengajak Nana untuk berjumpa dengan keluarganya. Pada satu meja, kelihatan uminya , Tengku Batrisyia, Tengku Azhar dan Dato Tengku Zahar sedang berborak antara satu sama lain. Maklumlah dah lama tak jumpa! Perbualan mereka terganggu dengan kehadiran Tengku Nabil, atau lebih tepat kehadiran seorang wanita di sebelahnya. Pandangan mata uminya melekat, walaupun pemakaiannya ini tidaklah berapa menutup, tetapi entah kenapa dirinya terasa sejuk sahaja memandang Nana.
"Let me introduce.. This is Nana or Hanna. But you can call her as Nana. And Nana, this is my family. Tengku Zahar my big brother, Tengku Batrisyia my annoying sister, Datin Hanim my beloved mother and..." belum sempat Tengku Nabil menghabiskan ayatnya, Nana menyambung.
" And Dato Tengku Zahar, your father. Am I right? "soal Nana kembali memandang wajah Nabil di sebelahnya. Tengku memandang dan membalas senyuman. Pandangan mata mereka bertemu. Kini dunia bagaikan terhenti seketika buat kali kedua.
" Impressive. How did you know? "soal Dato Tengku Zahar mematikan pandangan mereka berdua.
"Well, salah seorang business man yang terkenal di Malaysia malah di luar negara. Pengasas pelbagai produk yang terkenal di dunia. Founder syarikat elektronik. Macam-macam lagilah....such a big pleasure to meet you." jawab Nana. Memang menjadi kebanggaan buat dirinya untuk berdiri di hadapan salah seorang candidate business man yang sangatlah terkenal di dunia. Dato Tengku Zahar tergelak besar mendengar pujian sebegitu. Dati Hanim menepuk-nepuk lengannya. Amboi gelak tak ingat dunia! Awak tu tak berapa sihat Dato Tengku Zahar. Cover sikit.
"Nana kan? Dah makan. Meh lah duduk sebelah umi. Banyak umi nak borak dengan Nana." pelawa Datin Hanim sambil menepuk-nepuk ruangan kosong di sebelahnya.
"Ha'ah jom lah kak Nana. Nak dengar juga macam mana akak boleh jumpa dengan my super annoying brother ni." sampuk Tengku Batrisyia lalu menjeling Tengku Nabil di sebelahnya. Tengku Nabil membalas dengan penumbuk. Apabila dia melihat pandangan tajam oleh Tengku Azhar, dia segera menurunkan tangannya. Abangnya itu nampak je pendiam, tapi menakutkan mengalahkan uminya.
"Hahahahahah wekkk!!" sakat Tengku Batrisyia. Dia ada yang backup! Padan mukaaaaaa... Nana tergelak melihat suasana bahagia family ini, entah kenapa dia rasa warm sahaja saat berada dalam lingkungan ini. Teringat pula dahulu kala saat ibunya masih hidup, mungkin begini memori mereka berempat. Sebak pula dirinya apabila teringat situasi familynya sekarang. Dengan adiknya yang kini mula merana penyakit dahulu. Papanya pula tidak berapa sihat sangat. Fikiran jauhnya terganggu apabila Tengku memakaikan dirinya blazer putih milik Tengku Nabil. Dia memandang ke sisinya.
"Are you okay? Sejuk ke?" soal Tengku dengan prihatin. Dia melihat Nana termenung jauh tadi. Disebabkan cuaca malam yang agak sejuk, ditambah pula pakaian Nana ala Halter dress, dia meminjamkan blazernya untuk Nana.
"Nana, meh sini. Kita borak ye. Tengku Nabil, kamu ambilkan makanan untuk Nana. Pergi pergi. Umi nak pinjam Nana sekejap." sampuk Datin Hanim,lalu ditarik lembut lengan Nana duduk di sebelahnya. Datin Hanim menilik satu persatu wajah Nana, bersihnya. Cantik pula tu! Suka suka!!
" Nana suka anak umi tak? " soal Datin Hanim. Terkejut beruk Tengku Batrisyia dan Tengku Azhar di sebelahnya. Tak payah kata Nana, kalau mukanya boleh berubah, memang dah beruk ditukar nya!
"Huh?" tanya Nana kembali. Soalan macam apa ni..
"Maksud umi.. Tengku Nabil. Nana suka?". Terbeliak anak mata Nana. APAAAAAAAAAAA???????
Share this novel