Kak Ndah membantu Nana mengemaskan beberapa helai baju. Kemungkinan dia akan bermalam ni UK sehari dua. Seluar dilipat dan dimasukkan ke dalam luggage. Dia melihat Nana yang termenung di tingkap biliknya. Serius sahaja muka.
"Miss Nana, cukup ke banyak ni baju?" soalnya setelah siap mengemas barang Nana. Nana yang tersentak lalu memusing kan badannya.
"Ha'aah cukup Kak Ndah. Terima kasih sebab tolong Nana packing baju." Nana menghadiahkan senyuman kepada Kak Ndah. Dia menghampiri pembantu rumah papanya itu, lalu diambil sepasang tangan yang membesarkannya.
"Kak Ndah, Nana nak minta tolong sikit. Sehari dua ni boleh tolong tengokkan papa? Nana risau dia tu. Nanti kalau ada apa-apa, Kak Ndah call je Nana okay?". Kak Ndah yang mendengar mengangguk tanda faham.
"Tahulah Kak Ndah tengokkan Dato tu. Kamu tu, hati-hati sampai sana. Jaga diri." balas Kak Ndah sambil memeluk Nana. Dia dah anggap Nana macam anak kandungnya sendiri dah. Dijaga dari kecil ibarat menatang minyak yang penuh. Kak Ndah berlalu pergi meninggalkan bilik Nana. Nana termenung lagi. Kisah silam yang menimpa adiknya itu berlalu di fikirannya. Dia marah! Dia benci! Dia geram! Dia sedih! Segala rasa yang di buku di hati kembali marak. Dia menarik selimut menutupi badannya. Fikirannya kini hanya fokus pada adiknya, Mawar!
______
Jam loceng berbunyi tepat pukul 5.30 pagi. Memang sudah menjadi rutin Nana untuk bangun awal pagi. Dia membersihkan dirinya. Setelah selesai, baju kemeja berwarna putih di sarung ke badan. Seluar slack hitam dipakai. Blazer berwarna brown di sarung ke badan. Rambutnya di bentukkan ala-ala bun. Dia menacap sedikit lip tint dan bedak. Cukuplah itu sahaja. Langkah diatur ke bawah, kelihatan Kak Ndah sedang memasak di dapur sambil menyanyi. Perlahan-lahan Nana menghampiri Kak Ndah.
BAHHHHHHHH!! Kejut Nana pada Kak Ndah yang sibuk memasak sampai tidak sedar kehadirannya.
"Oh mak kau hijau jatuh sungai masuk longkang padi tanam eh ehhhh" latah Kak Ndah. Terkejut dibuatnya. Bila masa pula Nana ada di belakangnya? Nana hanya mengekek ketawa.
"Ya Allah budak ini. Nasib baik Kak Ndah tidak ketukkan kepala kamu tadi dengan senduk ini" sambung Kak Ndah.
"Hehehehe sorry lahhh. Seronok sangat tengok Kak Ndah masak tu." terus dia memeluk pinggang Kak Ndah dari belakang. Bau meehun goreng memasuki rongga hidungnya. Sedapnya bau!
"Sedapnya bau. Masak apa tu?" soal Dato Keith saat menapak turun dari bilik atas. Dia melihat Nana dan Kak Ndah di dapur. Nana melihat ke belakang, kelihatan papanya baru selesai solat subuh. Terus dia mendapati papanya. Dipeluk erat papanya.
"Yes princess? Btw your flight pukul 8 pagi. Nanti papa hantarkan eh?" kata Dato Keith sambil menapak menuju meja makan.
"Alright papa." balas Nana yang juga menapak ke arah meja makan.
"Nanti sampai sana jangan lupa telefon tau. Mawar dah tahu ke Nana nak ke sana?" soalnya lagi. Nana menggelengkan kepalanya.
"Nana tak bagitahu. Saja nak buat surprise." balasnya sambil menuangkan air teo pada cawan papanya dan dia.
______[di KLIA]
Dato Keith dan Nana berjalan menuju ke arah kaunter print tiket. Setelah mereka mendapati tiket Nana, langkah diaturkan menuju ke stesen pelepasan. Kelihatan kapal terbang telah tiba. Dato Keith dipeluk Nana.
"Nana gerak dulu ye papa. Nanti sampai sana Nana call. Bye - bye. Take care tau. Apa-apa call je Nana" Nana bersalaman dengan ayahnya. Dia terus mengorak langkah menuju ke dalam pesawat. Kelihatan pramugari dan pramugara sedang busy membantu beberapa passengers. Nana di hampiri oleh seorang pramugari, "May I see your ticket please?" tanyanya sambil tersenyum. Tangan di hulurkan. Nana mengeluarkan tiket lalu diberikan kepadanya.
"Please follow me" sambungnya lalu membuka laluan kepada Nana ke first class. Nana hanya mengikutinya. Setelah tiba di seatnya, dia melabuhkan duduk nya di window seat. Pandangan ya diatur keluar. Terasa dirinya diperhatikan, dia memandang sekeliling. Lalu dia terdiam sejenak. Senyuman sinis di bibir terukir. Unbelievable. Terus dia buat tidak tahu dan membuang pandangan ke luar tingkap. Kedengaran captain bersuara menyatakan bahawa pesawat sudah ingin berlepas. Nana memakai seatbelt seperti yang di arahkan, dan dia meletakkan phonenya dalam airplane mode. Terus kepalanya diletakkan pada kepala seat. Terlalu banyak perkara bermain difikirkannya sekarang ini. Eye mask dipakai dan headphone yang disediakan di letakkan pada telinga. Sambil itu dia berkata.. "Siapa hantar kau?" lantas soalannya disambung dengan bisikan enjin oleh pesawat yang sudah hendak berlepas itu. Lalu dia mendiamkan diri.
Share this novel